Monday, April 8, 2024

Resepi : Telur Mata Goreng Cili Padi

 



Bahan-bahan
  • Bahan Kisar
    • 1 ulas Bawang Merah
    • 5 ulas Bawang Putih
    • 5 biji Cili Merah
    • 5 biji Cili Hijau
  • 1 tangkai Serai
  • Telur 
  • Sos Tiram, Sos Ikan, Kicap Manis, Garam, Gula, Perasa
Cara Penyediaan
  1. Goreng telur dengan minyak yang banyak supaya crispy (jangan terbalikkan).
  2. Tumis bahan kisar.
  3. Masukkan Serai dan kacau.
  4. Masukkan 1 sudu sos tiram
  5. Tambah 1 sudu Sos Ikan
  6. Tambah 1/2 Kicap Manis
  7. Tambahkan garam, gula, perasa secukup rasa.
  8. Masukkan semua telur yang telah digoreng tadi.
  9. Hidang.

Rujukan ; Khairul Aming

Friday, March 22, 2024

Resepi 5 : Sup Sayur


Bahan-bahan:
  • 1 paket bebola ikan
  • sedikit udang
  • cendawan tiram
  • karot
  • jagung muda atau baby corn
  • sayur sawi
  • serbuk pati ayam
  • garam
  • sedikit lada sulah
  • daun sup
  • bawang goreng
  • Bahan-bahan cincang halus:
    • 1 inci halia,
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 biji bawang merah
Cara Penyediaan:
  1. Panaskan sedikti minyak dan tumis bahan cincang halus.
  2. Masukkan bebola ikan, karot dan baby corn. Pada waktu menumis ni kita masukkan semua jenis sayur yang keras dan perlukan lebih masa untuk lembut.
  3. Tuang air secukupnya dan masukkan udang, cendawan tiram dan sayur sawi.
  4. Masak hingga mendidih.
  5. Perasakan dengan garam, serbuk pati ayam dan sedikit lada sulah.
  6. Taburkan daun sup dan bawang goreng.
Kredit : Resepi Che Nom

Saturday, August 19, 2023

Resepi 4 : Nasi Lemak

NASI
Bahan-bahan
  • Beras
  • Daun Pandan (2 hiris)
  • Santan (1 kotak)
  • Garam
  • Gula
Cara-cara
  • Masak nasi seperti biasa
  • Tuangkan santan 1 kotak
  • Masukkan sedikit garam
  • Masukkan sedikit gula
  • Letakkan daun pandan
SAMBAL
Bahan-bahan
  • 1 labu bawang holand.
  • 5 ulas bawang merah.
  • Halia.
  • Belacan.
  • Ikan Bilis
  • Gula
  • Garam
  • Air Asam Jawa
  • Perisa Tambahan
Cara-cara
  • Blanderkan bawang holland, bawang merah, sedikit halia, sedikit belacan dan ikan bilis.
  • Tumis sampai pecah minyak.
  • Masukkan cili kisar 6 sudu besar.
  • Masukkan gula/nisan, garam, sedikit air asam jawa dan perasa tambahan.
Selepas masak, hidangkan.