Sunday, January 27, 2013

20% kepada negeri tidak akan bankrap Petronas

Salam,

Dakwaan bahawa pemberian 20% royalti kepada negeri-negeri pengeluar petroleum dan gas oleh Petronas boleh menyebabkan Petronas atau negara Malaysia bankrap adalah satu dakwaan bohong. Pemberian 20% royalti akan mengkayakan negara Malaysia sebenarnya. Ini fakta :

Ambil contoh Emiriyah Arab Bersatu (UAE)

UAE sama dengan kita, mereka merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem PERSEKUTUAN. UAE hanya berkeluasan 83,600 km persegi dengan mempunyai 7 buah negeri (emirate) iaitu Abu Dhabi, Dubai, Ajman, Fujairah, Ras al-Khaimah, Sharjah, dan Umm al-Quwain.

UAE seperti yang kita maklum adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber petroleum dan gas. Namun, kerajaan persekutuan UAE tidaklah membolot sumber ini sebaliknya meletakkan hal ehwal sumber minyak dan gas kepada kerajaan negeri.

File:UAE en-map.png
                                              Peta negara UAE

File:Flag of the United Arab Emirates.svg
                       bendera UAE

Hasil petroleum dan gas pula diberikan sebanyak 70% kepada kerajaan negeri, manakala kerajaan persekutuan hanya mengambil sebanyak 30% sahaja.

Adakah UAE bankrap apabila kerajaan persekutuan hanya mengambil 30% sahaja hasil???..jawapannya TIDAK !....ini faktanya :

1. Setiap negeri yang kaya hasil petroleum dan gas telah maju dan kaya raya. Negeri yang berkenaan adalah Abu Dhabi dan Dubai.

2. Walaupun kerajaan pusat hanya ambil 30% hasil minyak dan gas..namun kerajaan persekutuan tetap untung besar dari sudut kutipan cukai dimana sudah tentu negeri Abu Dhabi dan Dubai membayar cukai kepada kerajaan persekutuan.

3. Negeri lain yang tiada sumber minyak dan gas juga menjadi kaya raya melalui peruntukan kerajaan persekutuan dengan membangunkan industri yang lain pula.

File:Zabeel Park.jpg
                                                                          Dubai

Akhirnya, setiap negeri UAE sekarang menjadi kaya raya DAN kesannya seluruh UAE adalah kaya, aman dan makmur. Teori domino juga boleh berlaku dalam ekonomi dan terbukti di UAE.

Kesimpulan, percayalah..jika Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Pahang kaya raya melalui hasil petroleum dan gas....seluruh negeri dalam Malaysia juga akan kaya dan kerajaan persekutuan juga menjadi kaya melalui kesan domino ekonomi akibat daripada kemakmuran yang melimpah dari negeri-negeri berkenaan seperti mana yang berlaku di UAE.

File:Abu Dhabi - Family Park Fountain.jpg
                                                             Abu Dhabi

No comments:

Post a Comment