Monday, June 18, 2012

Tol LDP patut dimansuhkan



Salam sejahtera,

Lebuhraya Damansara-Puchong atau LDP adalah dimiliki dan diurus oleh syarikat Litrak Sdn Bh. Sejak tahun 1999, LDP telah mengutip TOL sepanjang lebuhraya berkenaan yang sebenarnya dahulu adalah Jalan Persekutuan yang boleh dilalui secara percuma.

Kita sedia maklum dan sesiapa yang biasa menggunakan LDP tahu bahawa laluan berkenaan sentiasa sesak walaupun selepas jam 10 malam terutama laluan yang merentas Kelana Jaya, Bandar Sunway, dan Puchong.

Sedangkan pengguna perlu membayar harga TOL sekali lalu sebanyak RM 1.60 dan jika pengguna melalui dari Damansara hingga ke Puchong, sebanyak dua kali TOL terpaksa dilalui dimana bayaran TOL menjadi RM 3.20. Itu baru sehala..jika pergi balik ?...dan setiap hari?...


LITRAK sudah untung berjuta/billion?

Litrak sudah mengutip TOL sejak 1999 bermakna sudah 13 tahun!!!...dan laluan LDP memang sentiasa sesak dan penuh dengan kenderaan. Ini bermakna Litrak sepatutnya sudah dapat mengutip segala kos pembinaan LDP malahan memperolehi keuntungan berlipat kali ganda.

Jadi buat apa TOL mahu dikutip lagi?....apa guna pengguna membayar TOL sedangkan laluan berkenaan sentiasa sesak malah lebih sesak daripada jalan yang tidak berTOL???....

Litrak dan Kementerian Pengangkutan memang kejam kepada pengguna.

Diharap pihak PR jika berjaya menawan Putrajaya supaya memansuhkan semua laluan berTOL yang menyusahkan rakyat...

Sekian