Monday, March 17, 2014

Percutian : Mersing, Johor

MERSING, JOHOR

Kenali Mersing

Mersing merupakan daerah paling utara bersebelahan kawasan timur negeri Johor. Berkeluasan 2,838 km persegi, Mersing hanya mempunyai seramai 70,000 orang penduduk. 

Mersing ditadbir oleh dua entiti iaitu :
1.  Pejabat Daerah dan Tanah Mersing





Bagaimana ke sana?

Jika menaiki kereta dari Kuala Lumpur...anda perlu memandu melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah ke Selatan atau arah ke Johor Bahru. Ambil EXIT Ayer Hitam dan terus menghala ke bandar Kluang. Apabila sampai di bandar Kluang, anda ikut sahaja tanda arah ke Mersing.

Anda akan melalui kawasan hutan simpan, dan ladang FELDA, FELCRA hingga anda sampai ke Kahang. Selepas itu, anda boleh mengikut arah Jemaluang ataupun anda ikut jalan pintas melalui FELDA NITAR hinggalah anda sampai ke bandar Mersing.

Penginapan

Ada banyak hotel bajet di Mersing. Namun, pilihan saya adalah :
1. Hotel Timotel
2. Hotel Riverside
3. Hotel Seri Malaysia

Tempat menarik

Antara aktiviti menarik di Mersing adalah :

1. Berehat dan bersantai di persisir pantai Mersing khususnya di Dataran Pulau yang terletak di Jalan Tun Dr Ismail off Jalan Abu Bakar.

2. Anda boleh menjelajah Hutan Rekreasi Gunung Arong yang terletak arah utara ke sempadan Pahang. Anda juga boleh mandi-manda di Pantai Air Papan yang terletak bersebelahan Gunung Arong.

3. Membeli belah makanan laut khususnya keropok di Medan Niaga Seri Tanjung di Jalan Makam.

4. Mersing adalah pintu masuk ke Pulau Tioman, Pahang. Anda boleh menaiki feri di Jeti yang terletak di Mersing

Tempat makan

Anda boleh menikmati makan yang sedap di restoran yang terletak di sebelah kanan arah utara ke Endau-Rompin selepas melintasi SMK Mersing...(saya lupa nama restoran tu)..memang sedap dan best.