Monday, May 7, 2012

Destinasi pilihan : Pangkor-Lumut-Manjung-Teluk Intan

Assalamualaikum,

Kali ini saya ingin berkongsi info percutian dalam negeri dan negeri pilihan saya adalah negeri Perak. Manakala destinasi utama kali ini adalah kawasan sekitar Pangkor-Lumut-Manjung-Teluk Intan.

Bagaimana ke sana?

Ada dua pilihan jalan ke sana.

Pertama : adalah melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Kuala Lumpur hingga susur keluar ke Tapah. Kemudian anda terus mengikut jalan menghala ke Teluk Intan dan seterusnya ke Manjung dan Lumut.

Kedua : anda mengikut jalan menghala ke Kuala Selangor samada melalui Sungai Buloh atau anda mengikut lebuhraya LATAR. Anda akan melalui Kuala Selangor, Sekinchan, Tanjong Karang, Sungai Besar, Sabak Bernam hingga ke Teluk Intan dan kemudian berpatah balik menghala ke Manjung-Lumut.

Saya sukakan pilihan kedua kerana sepanjang jalan Kuala Selangor hingga ke sempadan Perak anda akan melalui kawasan kampung, sawah padi yang menghijau dan sepanjang jalan di tepi-tepi jalan penuh dengan gerai buahan,sayuran malahan gerai makan yang sedap seperti nasi ambeng, cendol durian dan banyak lagi.

Teluk Intan

Destinasi pertama adalah Teluk Intan. Tidak banyak tempat menarik disini kecuali Menara Condong Teluk Intan. Jika anda tidak berpeluang melihat Menara Condong Pisa di Italy..cukuplah anda melihat menara condong Teluk Intan ini. Ia sudah cukup menarik.




Bandar Teluk Intan bagi saya kurang tersusun..agak kotor dan jalan-jalannya kurang baik. Kereta anda akan sentiasa 'bergegar' apabila memandu di Teluk Intan.

Manjung

Seterusnya perjalanan ke Manjung. Anda akan melalui kawasan Batak Rabit, Seberang Perak , Lekir sebelum memasuki Manjung. Pemandangan indah sepanjang perjalanan ke sana.


Selepas melalui perjalanan menarik yang anda akan berjumpa dengan bandar Manjung (seperti gambar diatas).



Lumut

Selepas melepasi Manjung..anda pun berjumpa dengan Pekan Lumut.





Untuk makluman penginapan di Lumut anda boleh dapatkan info di :

Majlis Perbandaran Manjung 
Tourism Perak
Agoda.com

Saya pula memilih menginap di Hotel Putra Lumut yang bagi saya walaupun hotelnya agak kurang memuaskan namun ia murah dan berkedudukan sangat strategik iaitu di hadapan Jeti Lumut.

Pada waktu malam, Lumut sunyi sahaja walaupun banyak gerai cenderamata dibuka dan orang ramai suka melepak di hadapan dan sepanjang jeti Lumut. Anda boleh menikmati makan malam yang sedap di Medan Selera Lumut yang terletak bersebelahan dengan bangunan medan tempat letak kereta Lumut.

Lumut juga banyak gerai dan kedai menjual makanan laut. Banyak pilihan ada di Lumut. Jika rajin, anda boleh memandu ke Teluk Batik dan Titi Panjang. Di situ juga banyak tempat menarik untuk diterokai.

Pulau Pangkor

Anda perlu menaiki feri ke Pangkor melalui Jeti Lumut. Saya memilih Feri Mesra dengan tambang pergi dan balik sebanyak RM 10 untuk orang dewasa.



Pangkor menyediakan tempat menarik seperti :

Pantai Bogak
Teluk Dalam
Teluk Gedung
Dutch Fort
Kilang Satay di Jeti Sungai Pinang
Teluk Penyu
Batu Bersurat...dan banyak lagi

Anda boleh menyewa motorsikal untuk "round island"..ia lebih sesuai memandangkan jalanraya di Pangkor kecil dan sempit






Percutian kali ini memang benar-benar menghilangkan stress dan tension selepas seminggu penat bekerja..selamat melancong

Untuk 'review' percutian ke Kuala Kangsar (klik sini)

1 comment: