Friday, December 30, 2011

Jangan bayar zakat ke Wilayah Persekutuan

Salam...

Kes seleweng duit zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bukanlah perkara baru. Seingat saya perkara ini sudah berbangkit sejak tahun 1998 lagi iaitu sejak Tun Mahathir masih Perdana Menteri.

Cuma selama ini tiada sebarang tindakan susulan diambil walaupun MAIWP beberapa kali menjadi sasaran teguran Ketua Audit Negara. Entahlah..masih kabur siapa yang benar dan siapa yang salah..tetapi kebenaran pasti akan tertegak juga..

Zakat pendapatan/penggajian TIADA dalam Mazhab Syafie

Bila Dr Asri Zainul Abidin kemukakan hujah bahawa kita boleh campur amalan semua Mazhab Syafie, Maliki, Hanbali dan Hanafi dalam beribadah...ramai yang menuduh Dr Asri salah dan Wahabbi...semua kata "kita kena berpegang hanya kepada Mazhab Syafie"..hujah dangkal golongan fanatik mazhab.

Sedangkan betul apa hujah Dr Asri bahawa kesemua Mazhab iaitu Syafie, Maliki, Hanbali dan Hanafi adalah betul dan kita boleh berpegang kesemua mazhab asalkan ia masih dalam ruang lingkup Ahlul Sunnah wal-Jamaah....sebarang perbezaan pendapat antara mazhab Ahlul Sunnah hanya perbezaan yang sangat kecil. Jadi ikutlah yang mana sesuai dan terbaik dan tidak taksub pada satu sahaja.

Kepada mereka yang berhujah bahawa kena mazhab Syafie sahaja..kenapa pula pihak berkuasa agama negara kita mewajibkan membayar zakat pendapatan/penggajian sedangkan dalam Mazhab Syafie TIADA zakat pendapatan/penggajian..

Berikut hujah yang dikemukakan oleh Ustaz Azhar Idrus.


Aikkk..pihak berkuasa agama kata kena ikut Mazhab Syafie sahaja..tapi kenapa bab duit ikut amalan Mazhab Maliki?...waaa..maksudnya selama ini tak wajib pun kita bayar zakat kan...cuma elok lagi la bayar zakat daripada bayar cukai LHDN.

Tapi bukanlah wajib hukumnya dan kita boleh bayar beberapa banyak yang kita mampu..tak perlulah ikut kalkulator zakat yang disediakan oleh pusat pungutan zakat. Bayar RM 50 pun dah cukup.

Benda yang was-was baik dijauhkan

Disebabkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sudah banyak kali diheret dalam isu seleweng duit zakat...saya cadangkan kepada semua..jangan bayar zakat ke Wilayah Persekutuan....

Bayar sahaja ke pusat zakat yang bebas skandal seperti Lembaga Zakat Selangor (Majlis Agama Islam Selangor)..atau bayar ke Pusat Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan...asalkan jangan ke MAIWP.

Sekadar cadangan dan pandangan peribadi.

PRU 13 - Prospek Negeri KEDAH

 File:Menara as.jpg


Negeri Kedah Darul Aman
Ibu Negeri : Alor Setar
Bandar Utama : Alor Setar, Sungai Petani, Kulim
Keluasan : 9,500 km persegi
Penduduk : 2 juta orang
Kepadatan : 210 orang per 1 km persegi
KDNK : RM 18.637 bilion
KDNK perkapita : RM 13,294

Politik Negeri
Parlimen : 15
DUN : 36

Analisis PRU 13
Kedah boleh la ditafsirkan sebagai 'serambi Madinah'...ini kerana selepas negeri Kelantan, negeri Kedah la yang paling banyak melahirkan golongan cerdik pandai agama. Malah, anak negeri Kedah adalah kedua teramai selepas anak Kelantan yang melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah khususnya Universiti Al-Azhar.

Golongan konservatif agama masih ramai di negeri Kedah khususnya di Daerah Baling, Sik, Padang Terap, Pendang dan Kubang Pasu. Golongan ini yang gembira dengan pemerintahan ulama seperti Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah sekarang ini akan pasti memberi undi kepada calon PAS dan PKR.

Manakala kaum Cina masih majoriti yang akan undi Pakatan Rakyat khususnya DAP sementara golongan India akan terpecah kepada dua kelompok yang mengundi BN dan PR. Manakala golongan Melayu bandar akan memilih PR berbanding BN.

Walaupun prestasi Kerajaan Negeri Kedah dilihat lebih kurang baik daripada jirannya Perlis dan Pulau Pinang..namun kerajaan PAS sekarang dilihat jauh lebih baik daripada kerajaan BN sebelum ini. Dijangkakan PAS dan PR akan dapat mengekalkan pemerintahan di negeri Kedah.

Ramalan PRU13
Parlimen : 5 BN / 10 PR
DUN        : 11 BN / 25 PR

post sebelum : prospek negeri Perlis

PRU 13 - Prospek Negeri PERLIS


Negeri Perlis
Ibu Negeri : Kangar
Bandar Utama : Kangar, Arau, Kuala Perlis
Keluasan : 821 km persegi
Penduduk : 200,000 orang
Kepadatan : 243 orang per 1 km persegi
KDNK : RM 2.946 bilion
KDNK per kapita : RM 15,296

Politik Negeri
Parlimen : 3 (Kangar, Padang Besar, Arau)
DUN : 15

Analisis PRU13 : 
BN dijangka akan terus memerintah negeri Perlis. Walaupun dari sudut sejarah, PAS lebih yakin menang di Perlis daripada di Kelantan. Pilihanraya 1959, PAS sebenarnya mensasarkan akan memerintah Perlis..namun kuasa Allah menentukan sebaliknya apabila PAS berjaya memerintah Kelantan dan tidak pernah berjaya memerintah Perlis.

Namun pengaruh Ustaz Harun Din sangat besar..kedudukan Ustaz Harun Din sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS akan menyebabkan golongan Melayu khususnya pengikut bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin pasti akan memberi undi kepada PAS.

Manakala kaum Cina dan India akan ramai mengundi PR daripada BN.

Ramalan PRU13 :
Parlimen : 2 (BN) / 1 (PR)
DUN : 8 (BN) / 7 (PR)

Thursday, December 29, 2011

Bantah monopoli MAS AirAsia - jangan pinggirkan Sabah dan Sarawak

Salam...

Saya pernah menetap di Sabah selama 5 tahun...dan selama itu, kapal terbang umpama bas bagi saya kerana sering ulang-alik dari Kuala Lumpur ke Sabah...manakala Lapangan Terbang KLIA dan LCCT umpama stesen bas bagi saya kerana sering menaiki penerbangan ke sana.

Saya cukup kecewa bila mendapat tahu bahawa MAS melalui syarikatnya Firefly telah membatalkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan dan Kota Kinabalu. Kini laluan penerbangan ke Sandakan dimonopoli oleh AirAsia sepenuhnya.

Manakala laluan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu..walaupun MAS masih membuat penerbangan ke sana tetapi penarikan Firefly mengurangkan jumlah penerbangan antara Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.

Begitu juga laluan penerbangan ke Kuching dan Bintulu yang dirancang oleh Firefly..kini tidak lagi dibuat. Firefly telah menarik semua pelaburannya untuk destinasi penerbangan ke Malaysia Timur.

AirAsia nampaknya telah cuba memonopoli sepenuhnya penerbangan dari Semenanjung ke Malaysia Timur...kesan daripada kerjasama perjanjian antara MAS dan AirAsia yang lebih menguntungkan AirAsia dan merugikan rakyat.

Jurang Wilayah yang terlalu jauh

Sudah 48 tahun Malaysia terbentuk melalui gabungan negeri-negeri Malaya dengan Sabah dan Sarawak serta Labuan...tetapi masalah jurang antara wilayah Malaysia Barat (Semenanjung) dengan Malaysia Timur (Sabah/Sarawak)..masih berlaku dan ketara. Faktor utama adalah kerana masalah perhubungan dan pengangkutan antara kedua wilayah.

Kalau dulu..tambang kapal terbang antara kedua wilayah adalah sangat mahal..maka tak ramai rakyat mampu bergerak antara Malaysia Barat ke Malaysia Timur. Hanya golongan kaya sahaja yang mampu membeli tiket sedangkan golongan rakyat biasa tidak mampu...ini menyebabkan integrasi antara kedua wilayah tidak berjalan dengan baik.

Kesannya...orang Semenanjung salah sangka dengan orang Sabah dan Sarawak...dan begitu juga sebaliknya...orang Sabah/Sarawak salah sangka juga dengan orang Semenanjung.

Konsep penerbangan tambang murah harapan integrasi wilayah

Apabila AirAsia memperkenalkan konsep penerbangan tambang murah..saya yakin seluruh rakyat Malaysia bergembira..kerana itu adalah peluang untuk rakyat menaiki kapal terbang yang selama ini hanya sekadar impian semata.

Berbondong-bondong la rakyat biasa orang Semenanjung membeli tiket AirAsia yang murah itu untuk pertama kali menjejak kaki ke negeri Sabah dan Sarawak dan merasai keindahan wilayah Malaysia Timur itu yang selama ini mereka hanya sekadar mampu bermimpi di siang hari untuk ke sana...

Berbondong-bondong jugalah warga Sabah dan Sarawak menaiki penerbangan tambang murah itu untuk ke Semenanjung dan menikmati keindahan dan kemajuan di wilayah Malaysia Barat itu.

Kesannya...integrasi antara wilayah Malaysia Barat dan Timur semakin erat dan rapat..segala salah tanggapan antara penduduk kedua wilayah semakin dapat dihapuskan....saya lihat sendiri..sentimen anti-Malaya oleh anak-anak muda Sabah dan Sarawak semakin hilang malah mereka berasa gembira dapat berkawan dengan rakan dari Semenanjung...

Begitu juga sentimen asing anak muda Semenanjung kepada Sabah Sarawak sudah hapus sama sekali..malahan Sabah dan Sarawak adalah destinasi utama anak-anak muda dari Semenanjung untuk bercuti kerana cintakan keindahan dan kebaikan masyarakat Sabah dan Sarawak.

Monopoli MAS-AirAsia gugat integrasi wilayah

Kesan monopoli ini ialah tambang penerbangan menjadi mahal dan jumlah penerbangan menjadi sedikit lantaran tiada persaingan sihat seperti sebelum ini. Ini akan menggugat integrasi wilayah yang sedang rancak sekarang ini...menyebabkan jurang antara penduduk Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak akan kembali lebar.

Pergaulan antara keduanya menjadi semakin sukar dan akhirnya salah tanggapan seperti sebelum ini akan kembali subur...ini bahaya kepada perpaduan satu Malaysia. Bersatu kita bantah monopoli MAS-AirAsia.

rujukan : kekecewaan kerajaan Sabah terhadap monopoli MAS-AirAsia

Wednesday, December 28, 2011

Lawak atau hina?

Salam..

Gambar ini saya dapat daripada blog antarabangsa...anda nilai sendiri..adakah gambar ini niat menghina atau sekadar buat lawak...



Persoalannya..siapa yang edit gambar tersebut??...

Panglima Ludah taknak ludah orang yang hina negara kita ker???..link blog tersebut acidcow

Sekadar berkongsi

Wednesday, December 21, 2011

Terbelakah orang Melayu oleh pejuang Melayu?...

Salam...

Tak perlu kita tanya apa nasib Melayu Pulau Pinang..apa nasib Melayu Selangor, Perak dan lain-lain..tengok dulu fakta ini yang menunjukkan nasib orang Melayu/Bumiputra seluruh Malaysia sejak 54 tahun diperintah oleh pejuang Melayu (UMNO)..


Jika ikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia...peratus populasi penduduk Malaysia mengikut kaum dan etnik tahun 2010 adalah seperti berikut:

1. Melayu/Bumiputra : 17,042,100 orang (66.11%)
2. Cina                           :   6,451,300 orang (25.03%)
3. India                          :   1,924,600 orang (7.47%)
4. Lain-lain                    :      358,800 orang (1.39%)

Purata pendapatan isi rumah (bulanan) mengikut kaum :
1. Melayu/Bumiputra : RM 3,624
2. Cina                           : RM 5,011
3. India                          : RM 3,999
4. Lain-lain                    : RM 3,640

Orang Melayu/Bumiputra adalah kaum majoriti dengan 66.11% daripada jumlah warganegara Malaysia...namun purata pendapatan isi rumah kaum Melayu/Bumiputra adalah paling rendah  iaitu RM 3,624...

Orang India yang hanya sedikit bilangannya pun purata pendapatan isi rumah mereka lebih tinggi..begitu juga kaum lain-lain...orang Cina tak payah cakaplah..paling tinggi dengan purata RM 5,011 sebulan.

Selama 54 tahun pejuang Melayu (UMNO) memerintah..apa yang pejuang Melayu buat??..semua Perdana Menteri Malaysia adalah Presiden UMNO..tapi apa mereka buat?..orang Melayu masih rendah pendapatan mereka berbanding kaum lain sedangkan orang Melayu majoriti dan memegang kuasa politik !!...

Daripada pemuda UMNO sibuk nak meludah dan membelasah mahasiswa Melayu bernama Adam Adli..baik mereka tengok statistik ini..apa yang pejuang Melayu dah buat????...ludah diri sendiri sebelum nak ludah orang lain.

Sekadar berkongsi...

Negeri mana paling tinggi kadar jenayah ?

Salam..

Hari ini saya hendak kemukakan fakta negeri mana di Malaysia yang mempunyai kadar jenayah paling tinggi...dan negeri mana yang paling selamat diduduki.

Kiraan adalah mengikut kadar jenayah per 100,000 orang penduduk...

Bermakna..jika data menunjukkan bahawa kadar jenayah adalah 989 per 100,000 orang penduduk = negeri tersebut punya kadar jenayah yang sangat tinggi.

dan jika data menunjukkan bahawa kadar jenayah adalah 2 per 100,000 orang penduduk = negeri tersebut punya kadar jenayah yang sangat rendah.

Berikut adalah senarai kadar jenayah per 100,000 populasi di negeri-negeri di Malaysia :

Negeri
Jumlah penduduk
indeks jenayah
jenayah per 100,000 populasi
Kuala Lumpur
1,809,699
18,869
1,043
Selangor
5,180,000
33,814
653
Melaka
770,000
3,600
468
Pulau Pinang
1,578,000
7,354
466
Johor
3,385,000
15,635
462
Negeri Sembilan
1,014,000
4,660
460
Kedah
2,000,000
8,330
417
Perlis
241,000
882
366
Perak
2,393,000
7,387
309
Pahang
1,543,000
4,577
297
Kelantan
1,635,000
4,596
281
Terengganu
1,121,000
2,771
247
Sarawak
2,504,000
4,774
191
Sabah
3,400,000
2,127
63

Jelas menunjukkan bahawa Kuala Lumpur adalah negeri paling tidak selamat dimana kadar jenayahnya sangat tinggi iaitu kadar 1,043 per 100,000 orang penduduk. Manakalah negeri kedua Selangor dan seterusnya Melaka.

Negeri paling selamat pula adalah negeri Sabah dengan kadar jenayah yang rendah iaitu 63 per 100,000 penduduk..diikuti Sarawak dan Terengganu. (tahniah Borneo...bukti Sabah Sarawak makmur dalam Malaysia..takkan nak merdeka jugak kot)..

Saya terima hakikat yang negeri kelahiran saya Kuala Lumpur mempunyai kadar jenayah yang tinggi..mungkin ini harga yang perlu dibayar untuk menjadi negeri kaya kot...apapun Polis Kuala Lumpur kena tingkatkan usaha banteras jenayah dan bukan sibuk nak tangkap mahasiswa atau orang politik.

Polis dibayar gaji untuk banteras jenayah dan bukan banteras ahli politik pembangkang..sebab pembangkang pun bayar cukai. (sekadar nasihat)...

Kesimpulannya...Malaysia semakin tidak selamat..

Tuesday, December 20, 2011

Negara paling selamat di dunia

Salam..

Kali ini saya akan kemukakan fakta kajian menunjukkan negara paling selamat untuk diduduki di seluruh dunia. Selamat di sini bermaksud :
1. kadar jenayah yang sangat rendah
2. kadar korupsi (rasuah) yang sangat rendah
3. tiada peperangan saudara atau sebarang jenis perang
4. bebas daripada sasaran pengganas
5. kebebasan berpolitik dan bersuara

Skala pemarkahan adalah seperti CGPA (cumulative grade per average)...di mana markah tertinggi adalah 4.00 dan markah terendah adalah 0.00

Berikut senarai negara paling selamat di dunia :


 Rank
Negara 
2009
2010
2011
1
Iceland
3.94
3.94
3.93
2
Norway
3.89
3.84
3.84
3
Ireland
3.48
3.60
3.61
4
Finland
3.68
3.64
3.58
5
Sweden
3.09
3.04
3.21
6
Singapore
3.08
3.44
3.11
7
Canada
2.95
2.63
3.05
8
Denmark
3.33
3.20
3.04
9
New Zealand
3.29
3.05
3.00
10
Slovenia
2.74
2.94
2.92
11
Japan
2.87
2.93
2.89
12
Switzerland
2.77
2.83
2.87
13
Taiwan
2.93
2.93
2.85
14
Australia
2.99
2.79
2.75
15
Portugal
2.57
2.57
2.48

Di mana agaknya kedudukan Malaysia ???...

Rank
Negara
2009
2010
2011
53
Malaysia
0.29
0.04
-0.16

Macam mana kerajaan boleh kata bahawa negara kita makin selamat..sedangkan ikut kajian menunjukkan Malaysia semakin merbahaya..malahan markah Malaysia menurun setiap tahun dan pada tahun 2011..markah negara kita -0.16...negatif !!....

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat kenaikan gaji yang banyak dalam SBPA..harap pihak Polis terus komited membanteras jenayah di Malaysia.

Sekadar kongsi pandangan...info sila rujuk sini (klik)

Monday, December 19, 2011

Benarkah anak Kelantan paling ramai di IPTA ?

Salam...


Stigma mengatakan bahawa anak negeri Kelantan mendominasi tempat pengajian di Institusi Pengajian Awam (IPTA)..benarkah?....mari kita tanya Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia..

Berikut adalah statistik pelajar IPTA mengikut negeri kelahiran :


Bil
Negeri
anak negeri di IPTA
1
Kelantan
51,304
2
Johor
47,462
3
WP Kuala Lumpur
40,989
4
Selangor
39,356
5
Perak
38,789
6
Kedah
32,894
7
Terengganu
28,419
8
Pahang
26,738
9
Sarawak
22,219
10
Pulau Pinang
21,590
11
Sabah
20,332
12
Negeri Sembilan
14,884
13
Melaka
14,214
14
Perlis
8,570
15
Labuan
625
16
Putrajaya
226


Nampaknya..benar bahawa anak Kelantan mendominasi tempat di IPTA....tahniah Kelantan....cuma apa yang memeranjatkan saya bahawa anak negeri Johor adalah kedua paling ramai di IPTA...

Sedangkan ramai berhujah bahawa ramai anak Kelantan pandai sebab Kelantan diperintah oleh PAS..bagaimana pula Johor???...tidak pernah diperintah PAS..hanya UMNO yang perintah sejak dulu..tapi menduduki carta nombor dua?...

So...janganlah taksub kepada politik kepartian sehingga kekadang membutakan mata menafikan kebenaran..terima kebenaran walaupun pahit...

Sekadar berkongsi......