Thursday, December 8, 2011

Menteri kabinet Malaysia terlalu ramai...mesti dikurangkan !!

Salam...

Malaysia banyak duit..Malaysia kaya..sebab negara kita merupakan negara pengeluar petroleum dan gas...negara kita juga antara pengeluar utama minyak kelapa sawit...tapi ke mana duit negara kita yang banyak itu ???...sehingga hutang Malaysia mencecah RM 540 billion ?

Mungkin sebab pentadbiran negara kita banyak membazir duit..sehingga duit negara tinggal sedikit untuk rakyat....antaranya ialah..jumlah Menteri kabinet kerajaan persekutuan kita yang terlalu ramai jika nak dinisbahkan kepada jumlah penduduk dan keluasan negara kita...

Berikut adalah perbandingan antara Malaysia dengan negara lain...

Australia
Keluasan : 7,617,930 km persegi
Penduduk : 22,784,672 (KDNK per kapita : US$ 66,983)
Menteri Kabinet : 20 orang
Nisbah penduduk : 1 menteri bagi 1,139,233 org penduduk

Malaysia
Keluasan : 329,847 km persegi
Penduduk : 28,334,135 (GDP per capita : US$ 8,624)
Menteri Kabinet : 28 orang
Nisbah penduduk : 1 menteri bagi 1,011,933 org penduduk

Tidakkah fakta di atas jelas menunjukkan bahawa negara kita terlalu ramai menteri kabinet jika dinisbahkan dengan jumlah penduduk dan kemampuan kewangan rakyat (pembayar cukai)...

Beberapa kementerian di Malaysia tidak sepatutnya wujud sebaliknya digabungkan :

1. Kementerian Pelajaran / Kementerian Pengajian Tinggi = Kementerian Pendidikan
2. Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi / Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar = Kementerian Sains, Sumber Asli & Alam Sekitar

Sekadar pandangan....

1 comment: