Friday, December 16, 2011

Pengakuan Ikhlas : Maafkan saya Dr Asri

Salam...

Universiti Sains Malaysia (USM)....disinilah saya kenali tokoh Ulama tajdid masakini Dr Asri Zainul Abidin...semasa saya menuntut di USM dari tahun 2001-2005...ketika itu Dr Asri adalah pensyarah kanan pengajian Islam di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM.

Dr Asri juga adalah orang penting di Pusat Islam USM...malah sering menjadi imam di Masjid Al-Malik Khalid, USM...saya sering menunggu hari Jumaat..kerana saya sangat suka mendengar khutbah yang disampaikan oleh Dr Asri..penuh ilmu dan pengajaran.

Saya takkan lupa pada tahun 2004, ketika solat Jumaat yang dihadiri oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan dan Menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh..Dr Asri menyampaikan kuliah mengkritik dasar kerajaan yang berat sebelah..bergegar Masjid Al-Malik Khalid, USM ketika itu..begitu berani dan tegas Dr Asri menyampaikan hujahnya tanpa mengira siapa pun di depannya.

Malahan Dr Asri merupakan pensyarah kesukaan hampir kesemua mahasiswa USM ketika itu..kuliah Dr Asri dalam kursus pengajian Munakahat adalah yang paling popular kerana cara Dr Asri menyampaikan kuliah..sangat mengujakan...malah ramai yang tidak mengambil kursus tersebut tetap datang ke kuliah beliau kerana mahu mendengar ilmu yang disampaikan oleh Dr Asri.

Ketika Dr Asri menjadi Mufti Perlis

Semasa Dr Asri menjadi Mufti Perlis...saya berada di Sabah..bertugas di bumi negeri dibawah bayu...saya mula rasa marah dan kurang senang dengan penulisan Dr Asri di Utusan Mingguan Malaysia melalui kolum 'Pena Mufti'...

Sikap Dr Asri pada masa itu..saya anggap pro-UMNO dan BN serta sering mengkritik PAS dan Pakatan Rakyat...(padahal saya tak baca penuh pun tulisan beliau)....saya jadi prejudis kepada Dr Asri. Hanya mendengar tuduhan ramai pihak yang tidak suka dengan Dr Asri, saya jadi benci dan marah pada beliau.

Malah ketika keluar Youtube yang menggelar Dr Asri sebagai 'bapak setan'..saya bersetuju waktu itu..betapa marah,benci dan dendam saya pada Dr Asri...malah saya sering memberi komen dalam laman Tranungkite mengutuk dan mencerca Dr Asri....menuduh dia Wahabbi...menuduh dia pengkhianat..menuduh dia ulama yang menjual agama demi jawatan mufti.

Ketika itu..saya ada menulis dalam youtube...saya tulis post-post yang menghina dan hentam Dr Asri...saya label dia Wahabbi..sesat dan macam-macam lagi....hanya berdasarkan tuduhan pihak-pihak yang tidak senang kepada beliau, saya ambil bulat-bulat dan terima (ramai daripada anda juga begitu kan)..

Allah bayar 'cash'

Allah Maha Besar....menjelang tahun 2009..hidup saya jadi tak menentu..semua kerja serba tak menjadi..pengajian Master saya di sebuah universiti tertangguh..malah saya digantung pengajian...(dibuang kemudiannya)

Saya mula berbalah dengan ketua jabatan....sering berlaku macam-macam kejadian yang tidak menyenangkan.

Saya mula muhasabah diri..apa yang sebenarnya saya dah buat....muhasabah punya muhasabah..saya jadi buntu dan kaku...saya buat solat istikharah pohon petunjuk dari-Nya...

Nasihat kawan menyedarkan saya

Datang seorang kawan memberi nasihat..."aku rasa, kau dah fitnah seseorang ni...buat solat istikharah..mohon petunjuk..besar dosa fitnah orang ni..balasan Allah juga besar"

Yaaa..saya terkesima..saya mula tersedar...Saya solat istikharah...mohon petunjuk...sehinggalah saya bermimpi berada di USM..berjumpa Dr Asri..dan kawan-kawan lama.

Saya bingung..takkanlah saya dah fitnah Dr Asri sedangkan saya yakin pada waktu itu bahawa Dr Asri adalah ulama pengkhianat, wahabbi dan pencacai UMNO.

Tetapi..saya tetap terima petunjuk itu..lalu saya jalankan penyelidikan dan kajian.

2 tahun saya kaji, selidik dan teliti...hasilnya....

Saya kumpul semua kuliah-kuliah Dr Asri...nota-nota kuliah semasa di USM..video-video kuliah Dr Asri semua saya kumpul...buku-buku dan penulisan Dr Asri juga semua saya kumpul...saya baca dengan mendalam..saya kaji..saya buat perbandingan...dengan teliti...selama 2 tahun ! (2010,2011)

Allah Maha Besar...baru saya sedar..baru saya tahu..bahawa semua tuduhan kepada Dr Asri hanyalah FITNAH dan TIDAK BENAR !

1. Dr Asri bukan Wahabbi
Ramai menuduh Dr Asri adalah seorang wahabbi...dan wahabbi sesat...sedangkan mengikut penulisan Tuan Guru Hadi Awang, Presiden PAS dalam bukunya Akidah dan Fahaman Umat Islam...Tuan Guru Hadi Awang menjelaskan golongan Wahabbi adalah berakidah Ahlul Sunnah wal-Jamaah. Malah seluruh Ulama bersetuju bahawa Wahabbi adalah Ahlul Sunnah..mana mungkin Ahlul Sunnah sesat...yang sesat hanya Syiah !! bersama Muktazilah dan Khawarij.

Mengikut para ulama..Ahlul Sunnah wal Jamaah adalah terdiri daripada mazhab Maliki, Hanbali, Hanafi, Syafie, golongan Wahabbi dan Salafi..

Dr Asri bukan Wahabbi..sebaliknya beliau tergolong dalam golongan Salaf atau Salafi...iaitu sealiran dengan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS...(TG Nik Aziz juga pernah dituduh wahabbi semasa beliau bukan Mursyidul Am PAS..malah sekarang pun ada golongan sekolah pondok di Kelantan yang menuduh TG Nik Aziz wahabbi)

Apa yang Dr Asri perjuangkan ialah supaya kita tidak fanatik mazhab..kerana bagi Dr Asri...selagi mana kita berpegang akidah Ahlul Sunnah wal Jamaah..semua mazhab Maliki, Hanbali, Hanafi, Syafie, Wahabbi dan Salafi..adalah benar...maka kita jangan hanya belajar dan ikut Imam Syafie sahaja..tetapi belajar semua hujah dan pandangan Imam Mazhab lain dan pilih mana yang kita rasa terbaik dan dekat dengan amalan Nabi SAW.(kalau kita kata Syafie jer betul..sedarkah kita bahawa Imam Malik adalah guru kepada Imam Syafie..)

Dalam bab baca Qunut misalnya....Ulama terkemuka, Dr Yusof Qardhawi menjelaskan..sesiapa yang mahu mengikut Imam As-Syafie membaca Qunut..betul..dan sesiapa yang nak ikut Imam Malik, Hanafi, Hanbali, dan golongan Wahabbi untuk tidak baca Qunut..juga betul..tidak salah..

Dalam bab bersentuh antara suami isteri..sesiapa yang nak ikut pandangan Imam Syafie bahawa batal wuduk..betul..sesiapa nak ikut pandangan Imam Hanafie bahawa tak batal wuduk..pun betul...ikutlah mana yang kita rasa TERBAIK..selagi berakidah Ahlul Sunnah wal Jamaah..semuanya adalah benar...

Yang salah dan menyeleweng adalah jika kita ikut Syiah (yang jelas sesat kerana mengkafirkan Abu Bakar, Umar dan Usman serta Aisyah)..juga sesat adalah golongan Muktazilah dan Khawarij...

2. Dr Asri tidak gila publisiti dan pangkat
Dr Asri yang saya kenal..sanggup kehilangan pangkat dan jawatan demi mempertahankan perjuangan memartabatkan kesucian Islam...buktinya apabila beliau tidak mahu menyambung kontraknya sebagai Mufti Kerajaan Perlis.

Jika dia gila pangkat..sudah tentu dia akan sambung kontraknya sebagai Mufti Perlis sedangkan Raja Perlis (ingat..Raja Perlis adalah Canselor USM) sukakan beliau.

Malah, tuduhan bahawa Dr Asri melobi untuk menjadi Mufti Kerajaan Pulau Pinang juga adalah fitnah dan tidak benar.

3. Dr Asri dibenci kerana keilmuannya

Saya dapat simpulkan bahawa ramai yang benci Dr Asri mungkin kerana dengki dan iri hati akan keilmuannya dan pandangannya yang lain daripada yang lain. Dr Asri adalah seorang pakar hadis...dan pejuang Ahlul Sunnah...

Sudah tentu golongan Syiah yang ada sekarang sangat benci kepada beliau...kerana bagi Syiah..Ahlul Sunnah wal Jamaah halal dibunuh..sudah tentu mereka akan benci kepada pejuang Ahlul Sunnah seperti Dr Asri.

Apa yang menyedihkan..ada kalangan orang agama dalam Ahlul Sunnah yang dah tertipu dengan fitnah yang dilemparkan kepada Dr Asri...wallahualam.

Maafkan saya Dr Asri...kini saya sedar..tuan adalah pejuang Islam sama seperti Tuan Guru Nik Aziz dan yang lain-lain..cuma tuan tidak memilih platform politik dalam perjuangan tuan...teruskan perjuangan dan bersabarlah dengan segala cabaran dan rintangan kerana pejuang Islam takkan sunyi dengan ujian.....

Wassalam

11 comments:

  1. apa aqidah ahli salafi dan wahabi ini? bab feqah tak mengapa sangat. tapi bab aqidah, macamana? bid'ah membid'ah? semua mazhab salah? ahbash, sufi?

    ReplyDelete
  2. sudah dijelaskan bahawa akidah salafi dan wahabbi adalah Ahlul Sunnah wal Jamaah...bab bida'h membida'ah tu..pada kalangan yg fanatik sahaja..sama la kepada fanatik Mazhab Syafie yang menuduh mazhab lain sesat...

    ReplyDelete
  3. sy da faham mengenai mazhab2 :)
    slama ni..saya ingatkan..kena bpegang dgn satu mazhab..tak boleh byk2,.
    tp sy rasa.. masih lg dlm jalan yg benar kalau kita nak ikut sikit2+campur dgn mazhab yg lain..apa yg salahnya ?
    alhamdulillah..lega sgt bila da pasti pasal persoalan ni..
    terima kasih ^_^

    ReplyDelete
  4. Amirah..terima kasih kembali..iye betul tu..ikutlah mana pandangan mazhab yg kita rasa terbaik dan dekat dengan amalan Nabi SAW..dan terus menuntut ilmu kerana kewajipan menuntut ilmu hingga ke liang lahad...

    taukah bahawa dalam Mazhab Syafie..tiada zakat pendapatan..Mazhab Maliki yang wajibkan bayar zakat pendapatan...tapi kenapa negara kita yg berpegang mazhab Syafie wajibkan bayar zakat pendapatan?..

    bukti bahawa semua mazhab adalah benar selagi berada dalam kerangka Ahlul Sunnah wal Jamaah...kesimpulannya..semua Ahlul Sunnah iaitu mazhab syafie,maliki,hanafi,hanbali,wahabbi dan salafi adalah benar....

    ReplyDelete
  5. Salaam..
    Terharu rasanya membaca pengakuan di atas. Begitulah jadinya apabila seseorang percaya dan taksub tanpa sebab yang sahih.. Saya tertarik dengan ayat anda:

    "Sikap Dr Asri pada masa itu..saya anggap pro-UMNO dan BN serta sering mengkritik PAS dan Pakatan Rakyat...(padahal saya tak baca penuh pun tulisan beliau)..."

    Sedar atau tidak, pada hari masih ramai yang masih suka membuat tuduhan membuta tuli seperti yang anda lakukan itu? Adalah wajar bagi seseorang yang normal untuk membuat pertimbangan dengan membaca sesuatu secara menyeluruh, ataupun membaca dari pelbagai sumber yang berbeza sebelum menyimpulkan sesuatu kemudian, untuk dianalisa dengan akal yang dianugerahkan Allah.

    Mereka2 inilah yang masih lagi dalam lingkungan taksub tak bertempat. Tapi syukur, anda telah menyedari betapa tidak 'bijak' nya anda pada waktu itu...

    Mohd. Razi

    ReplyDelete
  6. Mazhab adalah ciptaan manusia beratus tahun selepas wafatnya Rasulullah SAW. Noktah.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah anda tersedar akan kebenaran itu... saya bukan pengikut tegar dr asri... cuma sehingga sekarang saya mengakui keikhlasan beliau... bagi mereka2 yg mendalami ilmu syariat secara tersusun.. pastinya akan meraikan perbezaan pendapat dalam keluasan fiqh... syariat sifat sahih & tetap... manakala pandangan fiqh yg bersumber dr syariat itu sifat luas & dinamik.. syariat adalah dari kalam Allah & Nabi.. fiqh adalah kefahaman yg dibuat drpd ulama terhadap syariat.. jika kita faham ini, kita takkan gaduh2

    ReplyDelete
  8. Terbaik ... Islam itu mudah itu yg cuba disampaikan oleh dr asri. Selagi tidak bercangah dengan al quran dan hadis nabi

    ReplyDelete
  9. Saya terkesan dengan post yang ini. Saya memandang dari sudut keilmuan yang benar dan praktis, bukan cakap tapi tak buat.

    ReplyDelete
  10. Baru baru ini, selesai solat di masjid ada seorang ustaz ada menyentuh mengenai wahabi 'extreme' yg terpesong jauh dan secara sinis mengatakan golongan wahabi ni datang pulak solat jemaah di masjid, sah ke solat korang? " agak2 begitulah yang dikatakan. Keliru sebab saya baca saudara tulis wahabi, salafi dan mazhab lain adalah termasuk dlm ahlul sunnah wan jamaah.

    ReplyDelete
  11. memang tn guru hj abdul hadi awang ade beberapa kali sentuh pasal wahabi ni dlm kuliah beliau, bleh check sendiri kt youtube...mmg beliau akui fahaman salafi wahabi ni sama sahaja dan still dlm kerangka ahli sunnah sbb mazhab akidah ada berbagai,salah satunya salafi, asya'iorah (maaf kalau salah eja) dan maturidiyyah..bukan sy kata tapi ayoh chik (bhsa mudah) yg kata..golongan salaf pkai zohir hadits n tidak mentakwilkan ayat2 mutasyabihat,adapun golongan khalaf (asya'iorah & maturidiyyah) mentakwilkan ayat tersebut sbb dtgnya muktazillah yg kuat dgn hujjah.ni bukan saya ambil dr kata2 beliau..dr asri memang sy yakin dgn beliau..mesti semua tertanya2 bagaimana sy boleh yakin dgn dia dgn pelbagai tuduhan wahabi yg beliau dpt..jwpnnya mudah sahaja xkira dr asri atau sapa2 ustaz yg kita kenal, sebaiknya dlm menuntut ilmu ni kene ikhlas n bukn nak buat berbalah dlm laman sosial seperti fb dan sebagainya. yg kedua, lbh baik kalau kita sendiri tnya allah,istikaharah pd allah,tahajjud dan berdoa pd allah supaya ditunjukkn kpd guru yg benar sekalipun kita x suka dia..saya bukn hendak kata dr.asri benar tetapi allah tu xzalim,kalau kita bnr2 ikhlas nk cr kebenaran ditmbh pula kita sering buat tahajjud,doa tgh mlm dgn hati yg khusyuk (menangis seorng diri tnpa siapa tahu) dan x riak,inshaallah allah akan tunjuk kebenaran tu..sbb bukn semua org berpeluang duduk pondok/madrasah atau pengajian ilmu secara mendalam,kita semua ada tanggungjwb juga terhadap dunia ni,nk majukan ekonmi umat islam lg nk jaga politik lg,jdi sebagai org awam kbyknnya hnya berpeluang pergi dgr ceramah kt masjid setiap mlm tp byk mana?setakat asas bab akidah fekah boleh la..dan kita pun xtau ustaz2 tu benar atau x..jadi saranan saya sebagai hmba allah ni itu sahaja,buat istikaharah,tahajjud dan bykkn berdoa minta ditunjukkn kpd murabbi2 yg bnr..wallahualam

    ReplyDelete