Tuesday, December 13, 2011

Siapa sebenarnya Wanita Pertama (First Lady) Malaysia

Salam...

Tahniah diatas pelantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Sultan Badlishah sebagai Yang Dipertuan Agong yang baru. Timbul persoalan, siapakah Wanita Pertama Malaysia..

Adakah Raja Permaisuri Agong,Sultanah Hajjah Haminah binti Hamidun ?..atau Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia ?

jawapannya...Wanita Pertama Malaysia ialah Raja Permaisuri Agong (seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia)....

Perlembagaan Persekutuan (perkara 32) menjelaskan bahawa :

Perkara 32. Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isterinya.
1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.
(2) Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.

Mengikut istilah dalam kamus...Wanita Pertama atau First Lady adalah :
First Laddy is the unofficial title used in some countries for the spouse of an elected head of state. rujukan klik sini (rujukan) 


Ini bermakna..isteri KETUA NEGARA adalah Wanita Pertama atau First Lady...sebagai contoh :

Perancis
Ketua Negara : Presiden Perancis
Ketua Kerajaan : Perdana Menteri Perancis
Wanita Pertama : isteri Presiden Perancis

Russia
Ketua Negara : Presiden Russia
Ketua Kerajaan : Perdana Menteri Russia
Wanita Pertama : isteri Presiden Russia

Amerika Syarikat
Ketua Negara : Presiden Amerika Syarikat
Ketua Kerajaan : Presiden Amerika Syarikat
Wanita Pertama : isteri Presiden Amerika Syarikat

Britain
Ketua Negara : Ratu Elizabeth
Ketua Kerajaan : Perdana Menteri Britain
Wanita Pertama : isteri Perdana Menteri Britain
(kes Britain unik..ini disebabkan Ketua Negara adalah Ratu Elizabeth iaitu seorang perempuan..maka Wanita Pertama jatuh kepada isteri Perdana Menteri)

Norway
Ketua Negara : Raja Norway
Ketua Kerajaan : Perdana Menteri Norway
Wanita Pertama : Permaisuri Norway

Malaysia
Ketua Negara : Yang Dipertuan Agong
Ketua Kerajaan : Perdana Menteri Malaysia
Wanita Pertama : Raja Permaisuri Agong

Maka jelas..bahawa Wanita Pertama Malaysia ialah Raja Permaisuri Agong....

Jelas dengan penerangan saya??...jika tidak sila beri soalan dan komen..terima kasih

3 comments:

  1. patutnya masa Permaisuri Nur Zahirah kita da label First Lady ni. hehehehe

    bagi sedar sikit pada org yg tak sedar diri ni.

    ReplyDelete