Friday, December 9, 2011

Bahasa Inggeris jadikan kita maju?..statistik Bank Dunia buktikan sebaliknya

Salam...

Berikut saya buktikan melalui statistik Bank Dunia..bahawa 5 daripada 5 negara terkaya di dunia..TIDAK menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam urusan pendidikan, perniagaan dan perdagangan...

1. Monaco
KDNK per kapita : US$ 172,676
Luas : 1.98 km persegi
Bahasa Rasmi : Bahasa Perancis digunakan secara rasmi dalam semua urusan pendidikan dan perniagaan
2. Liechtenstein
KDNK per kapita : US$ 134,915
Luas : 161 km persegi
Bahasa Rasmi : Bahasa Jerman digunakan secara rasmi dalam semua urusan pendidikan dan perniagaan
3. Luxembourg
KDNK per kapita : US$ 108,921
Luas : 2,586 km persegi
Bahasa Rasmi : Bahasa Luxembourg, Jerman dan Perancis digunakan secara rasmi dalam semua urusan pendidikan dan perniagaan
4. Norway
KDNK per kapita : US$ 84,840
Luas : 385,252 km persegi
Bahasa Rasmi : Bahasa Norway digunakan secara rasmi dalam semua urusan pendidikan dan perniagaan (kerajaan Norway wajibkan rakyat asing belajar bahasa Norway)
5. Switzerland
KDNK per kapita : US$ 66,934
Luas : 41,285 km persegi
Bahasa Rasmi : Bahasa Perancis, Jerman, Italy, Roman digunakan secara rasmi dalam semua urusan pendidikan dan perniagaan

Masih nak agungkan Bahasa Inggeris?...tepuk dada, tanyalah selera..

1 comment:

  1. sbb tula sy berstuju dengan pemansuhan PPSMI dalam pendidikan sbb tanpanya pun kita mampu melahirkan pemimpin yg bagus... BI tu hanya bhasa kedua bg setiap bhs ibunda... ianya dikira sebagai kemahiran tambahan je

    ReplyDelete