Wednesday, December 14, 2011

Wilayah Riau mahu merdeka dan sertai Malaysia ??

Salam...

Di saat ramai orang Indonesia yang cuba melaga-lagakan rakyat Malaysia dengan cuba menimbulkan sentimen anti-Semenanjung di kalangan warga Sabah dan Sarawak...mereka lupa yang ada wilayah-wilayah Indonesia yang mahu keluar dari Indonesia.

Dalam penulisan lepas, saya ada beri bukti orang Indonesia dalang kepada promosi kemerdekaan negeri Sabah dan Sarawak http://batuditepijalan.blogspot.com/2011/12/sabah-dan-sarawak-mahu-keluar-dari.html

Malah bukalah laman Facebook dan blog-blog..banyak laman yang anti-Semenanjung itu ditaja oleh orang Indonesia..(saya pernah menetap di Sabah dan Sarawak, saya boleh bezakan samada mereka orang Indon atau bumiputera Sabah dan Sarawak)...

Malah..ramai bloger..dan dalam group Facebook itu orang Indonesia yang menyamar sebagai orang Sabah dan Sarawak dan menuduh macam-macam fitnah kepada Semenanjung supaya orang Sabah dan Sarawak benci orang Semenanjung dan kerajaan pusat Putrajaya.

Wilayah Riau tuntut merdeka

Hari ini saya terjumpa pula laman blog dan facebook yang menuntut kemerdekaan untuk wilayah Riau...maka saya secara peribadi menyokong tuntutan Riau untuk merdeka daripada Indonesia (dan mungkin sertai Malaysia)

laman berikut : http://dykozyo.wordpress.com/2010/03/01/gerakan-riau-merdeka-menggugat-sentralisme-yang-berlebihan-5/#comment-22

http://azizonmenggugat.blogspot.com/2008/03/riau-merdeka-atau-otonomi-khusus.html

http://www.facebook.com/pages/Riau-Merdeka/115446938487216

http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TLQ06CESQQ3E4MM9I

Hubungan Riau dengan Malaysia

Riau pernah menjadi sebahagian daripada Empayar Johor-Riau..malahan bendera kemerdekaan Riau juga tidak jauh beza dengan bendera negeri Johor, Malaysia.

Bendera Riau merdeka

Jelaskan bahawa ada persamaan antara bendera Riau dengan negeri Johor. Riau terpisah daripada Malaysia dan Johor melalui perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang memisahkan dan membahagikan Empayar Johor-Riau kepada dua entiti.

Kesannya...Riau terkeluar daripada British Malaya dan semasa Indonesia merdeka pada 1948...Riau dipaksakan menjadi wilayah Indonesia.

Semasa Malaya pula merdeka..dan ditambah penubuhan gagasan Malaysia..wilayah Riau mahu sertai Malaysia kerana dari segi budaya..orang Riau lebih mirip budaya Malaya daripada budaya Indonesia. Kerana itu, Sukarno menentang gagasan Malaysia dan mempopularkan konsep ganyang Malaysia sehingga berlaku konfrantasi pada 1963.

Malah kini Riau dipecahkan kepada dua iaitu Provinsi Riau dan Provinsi Kepulauan Riau sebab Jakarta tidak mahu Riau bersatu (andaian saya).

Buli balik

Maka..dikala orang Indonesia sibuk promosi supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia..saya pula mahu promosi supaya Wilayah Riau dan Kepulauan Riau keluar dari Indonesia dan sertai Malaysia....baru adilkan....

Sekadar luahan bicara....

13 comments:

  1. jom lawat blog ni. banyak info menarik pasal sejarah melayu. sebarkan
    =D

    ReplyDelete
  2. bagus lah kalau Riau mahu sertai malaysia. barulah perjanjian malaysia 1963 boleh dikaji balik. sebab perjanjian tersebut sudah terbatal sejak penyingkiran singapura 1965 oleh malaya tanpa persetujuan sabah sarawak. dokumen asal di England masih ada tandatangan singapura. kalau ikutkan yang betul, seharusnya satu perjanjian baru dibuat antara Malaya, Sabah, Sarawak. kalau Riau sertai malaysia, adakah malaya berani mengkaji balik perjanjian malaysia 1963? I wonder. sebab sabah sarawak akan kata 'No more Malaysia Formation!'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau riau nak join buat perjanjian baru le.. Malaysia dh wujud .. APA masalah nya.. Kau punya wonder x kemana..

      Delete
    2. Sabah sarawak menyertai malaysia dulu kerana majoriti rakyat sabah sarawak ingin bersama malaysia.
      Yg penting apa yg majoriti rakyat tempatan mahukan bukan keinginan segelintir kelompok manusia. Sekarang sabah cemas kerana ancaman sulu. Apa boleh pertahankan diri sendirian bila diserang kesultanan sulu atau bila SABAH dituntut sulu dimahkamah antarabanga,Tampa bantuan ATM?. Mahu bergantung pada indonesia? Indonesia lagi masih pusing dgn papua yg belum ada tanda akan selasa. Saya cadang kamu gabung aja dgn selatan philifina itu ya..

      Delete
  3. aku lebih setuju kalau Johor dan Riau bersatu membentuk negara sendiri... Negara Malaysia kotor dengan dosa2 politikus... Pas, DAP, BN bercakaran..... aku lbih rela Johor keluar dari Malaysia dan dipertintah oleh 1 kuasa Mutlak iaitu Sultan Johor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau je bodoh kau pikir lah sedikit kau pikir Malaysia ni kotor ke Bahau lagi negara yang kotor kau je bodoh bangsat

      Delete
  4. kalo riau gabung dengan malaysia bisa bisa nasipnya sama dengan sabah sarawak, lihat batam sebentar lagi menyaingi singapura.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama seperti sabah sarawak?
      sabah sarawak juga lebih maju dari provinsi-provinsi lain di Indonesia terutama Kalimantan.
      Lihat lah perbedaan Kalimantan dengan Sabah Sarawak.... " Jauh panggang dari api". Rakyat Sabah Sarawak syukur dengan kemajuan yang ada berbanding nasib saudara-mara mereka di Mindanao dan Kalimantan.

      Delete
    2. lebih bagus riau bersatu dengan MALAYSIA.

      Delete
  5. Sebenarnya, Indonesia itu Jawa dan Jawa itu lah Indonesia, yg lain2 wilayah dari Aceh diSumatra hingga ke Papua hanya lah tanah yg dijajah oleh orang Jawa. Seluruh Sumatra, bukan Riau saja, tidak mahu menyertai gugusan Indonesia Raya yg dipelopori oleh Jawa Sukarno.Dan sememangnya betul diperbatasan Malaysia Kalimantan, ramai anak dari kalimantan yg lebih senang memilih untuk bersekolah diMalaysia(Sabah/Sarawak) daripada diIndonesia sendiri.
    https://www.youtube.com/watch?v=iV_eqpPoVYg
    Keadaan RIAU akan lebih maju jika meyertai Malaysia berbanding dgn Indonesia disebabkan dasar pemerentahan yg berbeza. HIDUP MELAYU..

    ReplyDelete