Tuesday, October 9, 2012

Kenapa hartanah mahal?

Kenapa hartanah sekarang mahal?

Jika di negeri Selangor dan Kuala Lumpur, harga purata rumah teres sekarang adalah minimum 350ribu dan ke atas...

Di negeri Johor pula, harga rumah khususnya di daerah Johor Bahru sudah mula naik mendadak...

Negeri Sembilan...harga rumah sudah mula nak sama dengan Selangor khususnya di Nilai dan Seremban...

Perak...harga rumah dah naik lebih 30% mengatasi kenaikan harga rumah di negeri lain.

Pulau Pinang....jangan harap dapat rumah murah di kawasan pulau...

Sabah...harga rumah jauh lebih mahal kerana semua kena import...dari simen,pasir,besi semua import dari Semenanjung..harga rumah di Kota Kinabalu dan Sandakan..melampau mahal...

kenapa..kenapa..kenapa?

Ini pandangan peribadi saya (mungkin betul..mungkin juga silap)...

Kerana kebodohan kerajaan persekutuan...program Malaysia My Second Home menyebabkan ramai warga asing khususnya dari Taiwan, Hong Kong, China, Macau telah datang ke Malaysia membeli rumah...

Apalah sangat dengan harga rumah RM350-500 ribu nak dibanding dengan duit mereka yang jauh lebih tinggi nilai berbanding dengan RM....

Ramai pembeli khususnya dari Taiwan telah berhijrah dan duduk di Malaysia..memandang mereka lebih selesa tinggal di Malaysia berbanding Taiwan yang banyak bencana alam dan masalah diplomatik dengan China.

Mereka mendapat taraf penduduk tetap dengan menyertai program Malaysia My Second Home...maka mereka gunakan kelebihan itu untuk bermain pelaburan hartanah di sini....

Dengan nilai duit yang besar..mereka telah membeli banyak rumah dan dijualkan semula dengan harga tinggi...mereka untung besar..tetapi rakyat Malaysia yang rugi kerana tak mampu membeli rumah disebabkan rumah yang mahal...

Jika beli pun, rakyat tetap rugi kerana membeli pada harga yang mahal....

So..ubahlah sebelum terlambat...sekadar memberi pandangan...