Tuesday, October 4, 2022

AMERIKA SYARIKAT DAN CUACA

Amerika Syarikat bukan sahaja sebuah negara yang besar dan luas tetapi juga mempunyai banyak jenis iklim. Ada negeri di Amerika yang iklim empat musim bersalji seperti Minnesota. Ada negeri yang iklim empat musim tidak bersalji seperti California. Ada negeri iklim tropika seperti Florida dan Hawaii. Ada negeri sentiasa bersalji seperti utara Alaska. Ada negeri padang pasir seperti Nevada dan Arizona.

Amerika Syarikat juga terdedah kepada bencana alam yang banyak seperti ribut tropika, ribut salji, puting beliung, taufan, banjir dan banyak lagi. Maka, Amerika Syarikat memerlukan satu ramalan kaji cuaca yang tepat bagi memudahkan segala urusan. Ditambah pula, cuaca mempengaruhi kegiatan ekonomi dan kesan ekonomi bukan sedikit. 


Oleh itu, Amerika Syarikat telah menubuhkan sebuah agensi persekutuan yang dikenali sebagai National Oceanic and Atmospheric Administration (Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan) atau lebih dikenali sebagai NOAA. Agensi ini diletakkan dibawah United States Department of Commerce (kementerian perdagangan amerika). NOAA dibantu oleh pusat kajicuaca U.S. Navy (tentera laut AS), U.S. Air Force (tentera udara AS) dan NASA. NOAA juga dilengkapi dengan 10 buah pesawat peninjau cuaca, 15 kapal dan pelbagai jenis satelit cuaca. 


Ramalan kajicuaca NOAA telah terbukti banyak membantu kerajaan persekutuan Amerika Syarikat dan kerajaan-kerajaan negeri dalam bersiap sedia menghadapi bencana alam seperti taufan Ian, Michael dan banyak lagi. NOAA terbukti berpengalaman dan amaran yang dikeluarkan oleh NOAA kepada Kedutaan Amerika tidak harus dipandang ringan dan enteng. Sekian.