Thursday, April 19, 2012

Tuhan bayar 'cash'


Assalamualaikum,

Semasa banjir kilat di daerah Klang, Selangor...seluruh blogger dan media pro-BN mencanang akan kegagalan kerajaan negeri Selangor mengurus hal-ehwal tebatan banjir. Sedangkan banjir kilat yang berlaku kerana hujan luarbiasa yang melanda Klang dan bukan kerana kegagalan sistem perparitan.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS Selangor) adalah agensi kerajaan negeri yang bukan sahaja bertanggungjawab kepada kerajaan negeri Selangor tetapi juga bertanggungjawab kepada kerajaan persekutuan kerana hal-ehwal pengairan dan saliran adalah dibawah bidang kuasa bersama negeri dan persekutuan.

Permohonan peruntukan RM 1 billion JPS Selangor yang ditolak oleh kerajaan persekutuan menunjukkan diskriminasi yang diamalkan kerajaan persekutuan BN kepada kerajaan negeri PR.

Banjir di KL - salah siapa pula ?

Kuala Lumpur berbangga kerana mempunyai sistem tebatan banjir yang canggih iaitu Terowong SMART yang dicanang di seluruh dunia sebagai terowong banjir yang moden hingga ia dipaparkan dalam rancangan Discovery Channel.

Namun, tahun ini sahaja sudah lebih 3 kali KL dilanda banjir kilat sehingga menenggelamkan kenderaan dan rumah penduduk. Terbaru adalah banjir di Segambut Dalam dan Kepong (KL).

Salah siapa pula bila banjir di KL?...sedangkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditadbir oleh kerajaan persekutuan (BN) melalui Kementerian Wilayah Persekutuan.

Kuala Lumpur yang bersaiz kecil (hanya 246 km persegi) pun kerajaan BN sudah tidak mampu nak urus..macam mana nak urus Selangor yang berkeluasan 8,145 km persegi ?....apalagi keluasan Malaysia (313,000 km persegi)...

Jelas..BN sudah GAGAL untuk menjadi kerajaan yang baik....

sekadar pandangan

Friday, April 13, 2012

Menjawab Tuduhan UMNO - PTPTN dan Anwar Ibrahim

Assalamualaikum,

Pada ketika Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR mencadangkan pemansuhan pinjaman PTPTN..ada kalangan ahli/pemimpin UMNO mempertikaikan dan menuduh Anwar Ibrahim tidak konsisten kerana dakwa mereka Anwar Ibrahim yang bertanggungjawab menubuhkan PTPTN.

Berikut adalah penjelasan bagi menjawab tuduhan UMNO :

PTPTN ditubuhkan pada 1 November 1997 selepas kelulusan Akta PTPTN pada Julai 1997....Iye..memang ketika itu Anwar Ibrahim adalah Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan Malaysia. Namun, ada fakta yang cuba dikesampingkan oleh UMNO.

Jika mereka mengatakan bahawa Anwar Ibrahim antara yang meluluskan Akta PTPTN..iye memang benar kerana ketika itu Anwar Ibrahim adalah Ahli Parlimen bagi UMNO/BN..sudah tentu apabila pembentangan Akta PTPTN, beliau menyokongnya.

Namun, ada fakta yang cuba diselindungkan iaitu :

1. Akta PTPTN seingat saya tidak dibentang oleh Menteri Kewangan sebaliknya Akta PTPTN dibentang oleh Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu... (cuba teka siapa Menteri Pendidikan pada tahun 1997)

2. PTPTN dibawah kuasa Menteri Pendidikan (sekarang Menteri Pengajian Tinggi) dan bukan Menteri Kewangan

3. PTPTN ditubuhkan susulan daripada Akta Pendidikan 1996...siapa yang bentangkan Akta Pendidikan 1996?...

Jelas bahawa UMNO/BN penipu dan tukang fitnah....

Tuesday, April 10, 2012

Hassan Ali masih Ahli Majlis MAIS

Assalamualaikum,

Walaupun Dr Hassan Ali telah digugurkan sebagai Exco Agama Islam Negeri Selangor ekoran pemecatan beliau daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), namun sehingga kini beliau masih lagi memegang jawatan sebagai Ahli Majlis (Majlis Agama Islam Selangor, MAIS).

Cuma bezanya jika sebelum ini beliau adalah Timbalan Pengerusi MAIS, namun kini beliau hanya sebagai Ahli Majlis biasa sahaja. Ini bukti...Malahan ikut tempoh lantikan, beliau akan terus memegang jawatan tersebut sehingga tahun 2014.

Kita sedia maklum bahawa hal-ehwal Agama Islam di Selangor ditadbir oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...satu agensi yang ditubuhkan melalui Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003, yang berkuasa penuh terhadap hal ehwal Agama Islam di Selangor.

Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli Majlis MAIS dilantik dibawah kuasa penuh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Malahan MAIS mempunyai kuasa penuh memberi arahan kepada agensi Agama Islam lain iaitu :

1. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
2. Jabatan Mufti Negeri Selangor
3. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor
4. Lembaga Zakat Selangor
5. Perbadanan Wakaf Selangor
6. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Jika sebelum ini menjadi amalan bahawa Exco Agama Islam Selangor secara automatik dilantik menjadi Timbalan Pengerusi MAIS...namun kini TIDAK LAGI...

Melalui pindaan Enakmen pada 2008 (dikhabarkan atas cadangan Exco Agama Islam ketika itu)..Sultan tidak lagi perlu mendapat nasihat Menteri Besar untuk melantik Ahli Majlis MAIS tetapi Sultan berkuasa penuh dalam urusan pelantikan berkenaan.

Ini terbukti apabila Tan Sri Khalid Ibrahim tidak dilantik menjadi Ahli Majlis MAIS walaupun beliau memegang portfolio agama Islam kerana tempoh lantikan hanya tamat pada 2014. Bayangkan jika ADUN PAS dari Sijangkang iaitu Dr Ahmad Yunus Hairi diberi jawatan Exco Agama Islam..sudah tentu Dr Ahmad Yunus tidak dapat mengawal MAIS, JAIS dan agensi lain kerana dia bukan Ahli Majlis MAIS.

Maka, Tan Sri Khalid terpaksa mengambil portfolio berkenaan kerana walaupun beliau bukan Ahli MAIS..tetapi beliau adalah Menteri Besar Selangor..Ketua Kerajaan Negeri..maka beliau boleh memberi arahan kepada MAIS atas kapasiti Menteri Besar...sedangkan Dr Ahmad Yunus nak beri arahan atas kapasiti apa?...Exco tiada kuasa eksekutif kerana Exco bukan bertaraf Menteri.

Jadi langkah Tan Sri Khalid sangat tepat untuk "mengawal" MAIS dan JAIS...Syabas...

Friday, April 6, 2012

Menjawab tuduhan UMNO...siapa dia Konrad ?

Assalamualaikum,

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dituduh mempunyai kaitan dengan sebuah yayasan yang dinamakan sebagai Konrad Adenauer Foundation yang dituduh sebagai sebuah yayasan milik Yahudi Israel.

Ini satu tuduhan yang tidak berasas dan menyerlahkan kebodohan UMNO/PERKASA/JATI yang jelas buta fakta. Sedangkan dalam dunia tanpa sempadan ini, kita dengan mudah dapat menemui pelbagai jenis maklumat dan fakta dengan hanya 'klik' di internet.

Siapa dia Konrad Adenauer Foundation ?

Konrad Adenauer Foundation sebenarnya adalah sebuah badan/yayasan milik parti politik utama Jerman iaitu Christian Democratic Union (CDU) yang memerintah Jerman masakini.

Malah nama Konrad Adenauer adalah sempena nama Canselor Jerman pertama yang juga pengasas parti Christian Democratic Union (CDU). Konrad Adenauer BUKAN berbangsa Yahudi tetapi adalah berbangsa Jerman yang juga penganut Roman Katolik.

Konrad Adenauer Foundation ditubuhkan oleh CDU sebagai yayasan yang mempromosikan nilai-nilai keadilan, perhubungan antarabangsa yang adil serta turut mendokong nilai Demokrasi Kristian serta menyokong penyatuan Eropah. Ia juga memberikan bantuan kewangan kepada mana-mana badan yang menyanjung keadilan politik di seluruh dunia.

Jadi..apa kaitan Konrad Adenauer Foundation dengan Yahudi Israel???..sedangkan kita tahu bahawa mazhab Kristian Roman Katolik adalah mazhab Kristian yang anti-Yahudi?....malah John F Kennedy, Presiden Amerika Syarikat yang dibunuh pada tahun 1963 oleh CIA kerana John F Kennedy adalah penganut mazhab Roman Katolik yang anti-Yahudi !....

Siapa dia Christian Democratic Union (CDU)

CDU adalah parti politik utama di Jerman. Ia parti berasaskan agama yang menolak sekular sebaliknya menyokong politik disatukan dengan agama. Dalam sejarah, 5 daripada 8 Canselor Jerman adalah dari parti CDU.

CDU juga memerintah di 10 daripada 16 negeri di Jerman (di negeri Bavaria CDU diwakili oleh parti negeri yang dinamakan sebagai Christian Social Union of Bavaria, CSU).

Kesimpulan

Jelas bahawa UMNO/PERKASA/JATI dan penyokong mereka adalah buta sejarah, buta fakta dan lebih suka tuduh/fitnah secara melulu. Sekian. rujukan