Tuesday, April 10, 2012

Hassan Ali masih Ahli Majlis MAIS

Assalamualaikum,

Walaupun Dr Hassan Ali telah digugurkan sebagai Exco Agama Islam Negeri Selangor ekoran pemecatan beliau daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), namun sehingga kini beliau masih lagi memegang jawatan sebagai Ahli Majlis (Majlis Agama Islam Selangor, MAIS).

Cuma bezanya jika sebelum ini beliau adalah Timbalan Pengerusi MAIS, namun kini beliau hanya sebagai Ahli Majlis biasa sahaja. Ini bukti...Malahan ikut tempoh lantikan, beliau akan terus memegang jawatan tersebut sehingga tahun 2014.

Kita sedia maklum bahawa hal-ehwal Agama Islam di Selangor ditadbir oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...satu agensi yang ditubuhkan melalui Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003, yang berkuasa penuh terhadap hal ehwal Agama Islam di Selangor.

Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli Majlis MAIS dilantik dibawah kuasa penuh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Malahan MAIS mempunyai kuasa penuh memberi arahan kepada agensi Agama Islam lain iaitu :

1. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
2. Jabatan Mufti Negeri Selangor
3. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor
4. Lembaga Zakat Selangor
5. Perbadanan Wakaf Selangor
6. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Jika sebelum ini menjadi amalan bahawa Exco Agama Islam Selangor secara automatik dilantik menjadi Timbalan Pengerusi MAIS...namun kini TIDAK LAGI...

Melalui pindaan Enakmen pada 2008 (dikhabarkan atas cadangan Exco Agama Islam ketika itu)..Sultan tidak lagi perlu mendapat nasihat Menteri Besar untuk melantik Ahli Majlis MAIS tetapi Sultan berkuasa penuh dalam urusan pelantikan berkenaan.

Ini terbukti apabila Tan Sri Khalid Ibrahim tidak dilantik menjadi Ahli Majlis MAIS walaupun beliau memegang portfolio agama Islam kerana tempoh lantikan hanya tamat pada 2014. Bayangkan jika ADUN PAS dari Sijangkang iaitu Dr Ahmad Yunus Hairi diberi jawatan Exco Agama Islam..sudah tentu Dr Ahmad Yunus tidak dapat mengawal MAIS, JAIS dan agensi lain kerana dia bukan Ahli Majlis MAIS.

Maka, Tan Sri Khalid terpaksa mengambil portfolio berkenaan kerana walaupun beliau bukan Ahli MAIS..tetapi beliau adalah Menteri Besar Selangor..Ketua Kerajaan Negeri..maka beliau boleh memberi arahan kepada MAIS atas kapasiti Menteri Besar...sedangkan Dr Ahmad Yunus nak beri arahan atas kapasiti apa?...Exco tiada kuasa eksekutif kerana Exco bukan bertaraf Menteri.

Jadi langkah Tan Sri Khalid sangat tepat untuk "mengawal" MAIS dan JAIS...Syabas...

No comments:

Post a Comment