Saturday, October 26, 2013

GST : Apa Negara Lain Buat Terbaik?


Apabila GST (Good and Service Tax) ingin dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia, ini hujah Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan :

Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, lebih 160 buah negara di dunia telah pun melaksanakan GST. Ini menunjukkan bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan.

Sekiranya GST ini memudaratkan rakyat dan negara, masakan majoriti negara di dunia telah mengguna pakai sistem percukaian ini. Hampir semua negara maju telah lama melaksanakan GST atau VAT atau cukai nilai ditambah ini, malah negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Filipina, Laos dan Cambodia telah melaksanakannya. Malahan, negara-negara seperti Burkina Faso, Burundi, Zimbabwe, Rwanda dan Kenya pun telah melaksanakan GST.

Betulkah terbaik?

Jika GST dikatakan sistem cukai terbaik hanya kerana bersandarkan hujah bahawa ia telah dilaksanakan di lebih 160 buah negara, ia bukan merupakan hujah yang tepat.

Tidak semestinya apa yang dilaksanakan oleh semua negara lain itu terbaik untuk dilaksanakan di Malaysia. Sebagai contoh, semua negara Islam membenarkan orang Kristian menggunakan kalimah Allah...kenapa Malaysia melarangnya sedangkan semua negara Islam lain membenarkan?...

Fikirkan...