Friday, November 30, 2012

Jalan Kebun banjir sebab dicuci ?

Salam,

Jalan Kebun..anda tahu dimana?...ia terletak di kawasan merentasi Daerah Klang dan Daerah Kuala Langat, Selangor. Ia merupakan kawasan Melayu kerana disini semua tanahnya berstatus Tanah Rezab Melayu.

Masihkah anda ingat peristiwa dimana ceramah NGO (Asalkan Bukan UMNO, ABU) di Jalan Kebun diserang oleh samseng-samseng?...tak silap saya peristiwa itu berlaku pada januari 2012...


                         wakil penduduk Jln Kebun buat laporan Polis terhadap ABU

rujuk blog pro-BN klik sini


                                                     samseng Jalan Kebun


           samseng Jalan Kebun yang fames (agak2 dia tolong tak mangsa banjir?)


                                                        BN di Jalan Kebun

Kini seperti yang kita sedia maklum..sejak bulan November...Jalan Kebun sering mengalami banjir..samada banjir kilat atau banjir besar malah apabila negeri lain seperti Perak, Johor dan Melaka telah surut banjir...Jalan Kebun kekal banjir.

Tak caya..layari Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Mungkin banjir ini ujian..mungkin juga Allah nak "cuci" Jalan Kebun...wallahualam

Apa pendapat anda ?

Keturunan Syed dalam syarikat ARAK ?

Salam,

Anda kenal syarikat Guinness Anchor Berhad (GAB) ?...syarikat arak yang ditubuhkan secara rasmi di Malaysia pada tahun 1964 dan disenaraikan dalam Bursa Malaysia pada tahun 1965. Produk terkenal GAB adalah Tiger Beer dan Heineken.





Syarikat ini didapati melantik seorang (1) orang Islam menjadi ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan. Sangat mendukacitakan..adakah dia tidak faham dan tahu bahawa orang Islam HARAM melibatkan diri dalam sebarang urusan dengan arak?

Orang berkenaan berketurunan Syed lagi...aikkk..syed kan keturunan Nabi (seperti yang didakwa oleh orang berketurunan syed):

tepuk dada, tanya iman..moga dia bertaubat.
rujukan klik sini






Tuesday, November 27, 2012

Legatum Prosperity Index 2012..Malaysia ranking ke-45

Salam,

Legatum Prosperity Index adalah kajian ilmiah seluruh dunia oleh Legatum Institute iaitu sebuah badan NGO berpusat di London, United Kingdom dan kajiannya ditaja oleh Legatum Center, Massachusetts Institute of Technology (MIT) ~ universiti terbaik di dunia.

Legatum Prosperity Index mengukur kedudukan negara paling makmur di dunia, di mana ukuran berikut diambil kira :

1. Ekonomi
2. Kesihatan
3. Keusahawanan dan Peluang
4. Keselamatan dan Keamanan
5. Pentadbiran Kerajaan
6. Kebebasan Individu
7. Pendidikan
8. Social Capital

Malaysia secara keseluruhannya berada di ranking ke-45 daripada 142 negara, satu kedudukan yang baik kerana dari segi ekonomi Malaysia dikira sangat kondusif untuk pelaburan asing. Namun, ada beberapa faktor perlu diambil kira :

1. Skor bagi Keselamatan dan keamanan Malaysia rendah. Ini bermakna Malaysia bukanlah sebuah negara yang dikira selamat. (ranking 62/142) dan semakin jatuh tahun ke tahun.

2. Skor bagi Kebebasan Individu juga rendah (ranking 111/142).

3. Skor bagi Social Capital juga rendah (ranking 100/142).

4. Skor kepuasan hati rakyat Malaysia hanya 5.79 / 10 sahaja..bermakna rakyat Malaysia tak puas hati dengan kehidupan mereka.

Rujukan klik sini

Monday, November 26, 2012

Belanda maju dengan pertanian

Salam,

Kita sering dimomokkan oleh BN dan UMNO bahawa negara pertanian adalah negara miskin. Hingga Malaysia yang satu ketika dulu sebuah negara pertanian, kini tidak lagi. Jika dulu Malaysia pengeluar beras dan koko...kini tidak lagi.

Sehingga konon untuk menjadi negara maju, kita berubah menjadi negara industri..tapi adakah kita menjadi negara maju?...jawapannya tidak...Singapura yang pernah menjadi negeri dalam Malaysia pun dah maju mengatasi kita.

Kita import makanan berjumlah bilion ringgit..bayangkan jika berlaku perang..sudah tentu rakyat Malaysia kebuluran kerana kita tidak mengeluarkan makanan mencukupi untuk rakyat.

Belanda maju dengan pertanian

Belanda sebuah negara kecil, hanya berkeluasan 41,543 km persegi. Sedangkan Malaysia berkeluasan 329,847 km persegi. Namun, Belanda jauh lebih maju dan kaya berbanding Malaysia.

File:Netherlands pol87.jpg
                               peta Belanda

GDP (nominal) perkapita Belanda adalah $50,355 sedangkan Malaysia hanya $10,466. Sedangkan Belanda maju melalui sektor pertanian sedangkan kita Malaysia memandang rendah sektor tersebut.

Belanda merupakan negara pengeluar dan pengeksport makanan serta pertanian ke-3 tertinggi didunia selepas Amerika Syarikat dan Perancis. Nilai eksport pertanian negara Belanda adalah sebanyak $55 biliion setahun !.

Nilai eksport keseluruhan Belanda adalah $397.6 billion sedangkan Malaysia hanya bernilai $225.6 billion. Manakala kadar inflasi Belanda hanya 1.2% sedangkan nilai inflasi Malaysia tinggi iaitu 3.2%.

File:ZuidasAmsterdamtheNetherlands.jpg
                                                           Amsterdam, Belanda

Malaysia mempunyai tanah yang luas khususnya di negeri Sabah, Sarawak, Pahang dan Perak. Sekiranya sektor pertanian makanan dibangunkan dengan cekap dan mampan, pasti negara Malaysia akan maju seperti Belanda.

Sepatutnya Malaysia tumpukan sektor pengeluaran beras, buah-buahan, sayur-sayuran..kerana sektor tersebut sangat diperlukan setiap hari kerana itu makanan...sudah tentu Malaysia akan banyak untung dengan eksport barangan tersebut.

Berubahlah Malaysia.


                                        Amsterdam yang klasik





Saturday, November 24, 2012

Jom Sumbang Dana Masjid Kota Kemuning

Salam,

Kota Kemuning terletak di Seksyen 31, Shah Alam, Selangor. Kota Kemuning cukup dikenali kini sebagai kawasan kejiranan golongan kelas pertengahan dan kaya. Malah, kawasan ini turut didiami oleh mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar.

Walaupun terletak dalam kawasan Shah Alam (selatan), namun majoriti penduduk Kota Kemuning adalah daripada kaum Cina dan selebihnya Melayu dan India. Kota Kemuning terletak dalam kawasan P111. Parlimen Kota Raja dan N50. DUN Seri Muda.

Pembinaan masjid tertangguh

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah berjaya memasukkan pembinaan Masjid Kota Kemuning dalam Rancangan Malaysia ke-9 pada tahun 2006. Namun tertangguh, sehinggalah pada Januari 2011 barulah JAIS menerima kelulusan pembinaan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Namun difahamkan dana masjid ini masih kurang mencukupi, memandangkan 80% peruntukan kewangan kepada Kerajaan Negeri Selangor dalam Rancangan Malaysia ke-10 disekat oleh Kerajaan Persekutuan pimpinan BN, seperti yang dinyatakan YB Azmin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa.

Maka saya menyeru umat Islam diluar sana marilah memberi sumbangan kepada pembinaan masjid ini.








Sumbangan boleh dibuat kepada :

Akaun: MAYBANK
Nama Akaun: MASJID KOTA KEMUNING
Nombor Akaun: 562786020202
Alamat Tapak Pembinaan Masjid: No.1, Jalan Anggerik Vanilla 31/92, Kota Kemuning,
40460 Shah Alam, Selangor

Thursday, November 22, 2012

Malaysia negara tak bahagia - INI BUKTI KUKUH

Salam,

Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bahawa Malaysia negara ke-8 paling bahagia di dunia..sebenarnya tidak tepat. Jelas bahawa Tan Sri Ismail terburu-buru dalam mengeluarkan kenyataan tersebut.

Sebenarnya memang sudah ada kajian tepat tentang Indek Negara Paling Bahagia di dunia oleh satu badan kajian ilmiah bebas iaitu New Economics Foundation (NEF). NEF adalah sebuah organisasi 'think-tank' yang berpusat di United Kingdom (UK).

Happy Planet Index

Sejak 2006 hingga kini, NEF telah membuat kajian bebas secara ilmiah tentang negara mana paling bahagia di dunia iaitu dikenali sebagai Happy Planet Index (HPI). HPI diiktiraf sebagai sebuah kajian ilmiah yang boleh diguna pakai dalam mengukur negara mana paling bahagia atau tidak.

Dan menurut kajian HPI...Malaysia berada dalam ranking ke-84 daripada 151 negara paling bahagia...ini bermakna Malaysia bukan sebuah negara yang bahagia !...

Ini adalah bukti Happy Planet Index (HPI)...

Monday, November 19, 2012

Khomeini DAJJAL pakat dengan Israel !

Salam,

Apabila sebuah dokumen rahsia CIA didedahkan oleh kumpulan NGO Amerika Syarikat dan beberapa tokoh akademik Amerika yang anti-perang...satu perkara mengejutkan dijumpai.

File:Iran-Iraq War Montage.png
                     perang Iraq - Iran

Israel telah memberi dana dan bantuan berjumlah $75 juta dollar! kepada Iran pada 1981 melalui operasi "Operation Seashell" di mana ketika itu pemimpin tertinggi Iran adalah Ayatollah Khomeini...

Bukan itu saja malah Israel telah :

1. beri dana $500 juta kepada Iran dari 1981-1983 semasa Perang Iraq-Iran.

2. 7 Jun 1981, Tentera Udara Israel mengebom Reaktor Nuklear Osirak, Iraq bagi memudahkan Tentera Darat Iran menyerang kompleks berkenaan.

3. Israel memberi kelengkapan perang kepada Iran melalui perjanjian "Iran-Contra Affair"

4. Israel memberi roket berpandu kepada Pengawal Republikan Iran dan Hizbullah.

Berikut adalah link dokumen rahsia berkenaan.

Jelas, Syiah DAJJAL..Iran DAJJAL..Khomeini DAJJAL

Saturday, November 17, 2012

Angkasawan Israel mati di Palestine?

Salam,

Anda kenal Ilan Ramon?...beliau adalah angkasawan kebanggaan negara haram Israel.

File:Ilan Ramon, NASA photo portrait in orange suit.jpg
           Ilan Ramon, angkasawan Israel

Ilan Ramon berasal dari Ramat Gan, Israel...dia merupakan juruterbang tempur Tentera Udara Israel. Beliau terpilih menjadi angkasawan NASA (National Aeronautics and Space Administration, USA) tahun 1997 dan mula menjalani latihan angkasawan NASA pada tahun 1998 hingga 2003 di Johnson Space Center, Houston, Texas, Amerika Syarikat.

Menyertai krew STS-107 Columbia dan berlepas ke angkasa pada 16 Januari 2003 dan berada di angkasa hingga 1 Februari 2003. Semasa kapal angkasa Columbia cuba memasuki orbit bumi pada 1 Februari 2003, ia telah mengalami kecelakaan dan meletup di udara hingga membunuh kesemua krew termasuk Ilan Ramon.

Ironi : Ilan Ramon mati di Palestine, Texas, Amerika Syarikat

File:Texas Theatre, Palestine, TX IMG 2320.JPG


File:Palestine, TX, Visitor Center IMG 2307.JPG

File:Downtown Palestine, TX IMG 2341.JPG

Pihak NASA mengesahkan bahawa kapal angkasa Columbia meletup semasa berada di ruang udara kawasan yang dikenali sebagai Palestine di Texas, Amerika Syarikat.

Ironi kan?....rujukan Ilan Ramon

Tuesday, November 13, 2012

Orang British memang SOPAN

Salam,

Video di bawah menunjukkan betapa sopannya masyarakat British..walaupun berlaku perbalahan namun diselesaikan secara diplomasi..kalau la berlaku di Malaysia, mungkin sudah berlaku tumbuk menumbuk...

Sunday, November 11, 2012

Puerto Rico negeri ke-51 Amerika Syarikat ?

Salam,

Politik Amerika Syarikat (AS) sangat unik...dari dahulu hingga kini, pengundi Amerika sering membuat perubahan kerajaan. Parti Demokrat, Republikan dan Whig sering bersilih ganti memerintah AS...belum pernah dalam sejarah politik AS, ada parti yang memerintah melebihi 12 tahun..

Namun, walaupun sering bertukar kepimpinan..Amerika Syarikat tetap teguh sebagai antara kuasa dunia yang menguasai dunia sejak penubuhan negara AS pada 1776. Malahan negara AS terus berkembang, dari hanya 13 buah negeri..kini AS mempunyai 50 buah negeri, 1 wilayah persekutuan, 5 wilayah jajahan, 3 wilayah naungan dan 8 wilayah lindungan.

Terbaru, Puerto Rico telah memohon menjadi negeri ke-51 Amerika Syarikat melalui Referendum Rakyat pada 6 November 2012 di mana 61% rakyat Puerto Rico mahu negara mereka menjadi negeri dalam AS.

Puerto Rico

Negara Puerto Rico terletak di Kepulauan Caribean dan berjiran dengan negara Dominican Republic dan Virgin Island.

File:GreaterAntillesIslands.png

Puerto Rico berkeluasan 9,104 kilometer persegi (sama keluasan dengan negeri Kedah)...ia merupakan negara pulau dan beriklim tropika. Ibu negara adalah San Juan dan 70% penduduk adalah Hispanik.

File:Rico (1).png

Puerto Rico adalah wilayah jajahan Amerika Syarikat (AS) sejak 1898 selepas AS menang dalam Perang Sepanyol-Amerika. Pada tahun 1947, Puerto Rico diberi kuasa autonomi oleh Kongres AS walaupun statusnya sebagai wilayah jajahan AS kekal.

Walaupun ada gerakan menuntut kemerdekaan Puerto Rico, namun tidak mendapat sokongan sebaliknya rakyat Puerto Rico lebih suka jika negara mereka menjadi negeri dalam AS...sama seperti Hawaii dan Alaska yang menjadi negeri AS pada tahun 1959.

File:Flag of Puerto Rico.svg
                              bendera Puerto Rico

File:Skyline of San Juan, Puerto Rico.jpg
                                                                     bandaraya San Juan

File:Puerto Rico Capitol.JPG
                                             Parlimen Puerto Rico (bangunan Capitol)

File:San Juan 3.jpg
                                                  old San Juan

maklumat lanjut klik Puerto Rico

Tuesday, November 6, 2012

Melayu itu Islam ?

Salam,


                                                    Nurul Izzah yang kontroversi

Kata Nurul Izzah dalam satu forum,

"tiada seorang pun boleh dipaksa untuk menerima ajaran agama tertentu dan perkara itu juga terpakai untuk orang Melayu".

Kenyataan Nurul Izzah ini memang boleh menimbulkan salah sangka dan salah faham. Jadi sebelum kita menghukum beliau, kita kena jawab satu soalan pokok.

"Adakah semua orang Melayu beragama Islam ? "

Cuba lihat di Sabah dan Labuan, berapa ramai ahli UMNO dan pemimpin UMNO Sabah yang bukan beragama Islam...mereka mengaku Melayu, jika tidak masakan mereka menyertai UMNO, tetapi tidak semua mereka beragama Islam.

Lihat juga Indonesia, berapa ramai orang Melayu Indonesia yang tidak beragama Islam...lihat juga Filipina, ramai Melayu Filipina bukan beragama Islam...

Cuba jauh lagi...Melayu Afrika Selatan, Melayu Madagascar, Melayu Sychelles, Melayu Australia, Melayu Kemboja, Melayu Thailand, Melayu New Zealand, Melayu England...tidak semua beragama Islam...

Islam bukan hak ekskusif Melayu

Orang Melayu..belum tentu dia Islam..malah sekarang pun berapa ramai yang dah keluar Islam apabila menganut agama Syiah, Bahai, Qadiani dan seumpamanya...

Islam milik semua...sesiapa masuk Islam, HARAM untuk dia murtad dan keluar Islam tak kira dia berbangsa Melayu, Cina atau India....

Setuju?....sekadar pandangan...

Monday, November 5, 2012

Ini kalilah : Kedah akan KALAH

Salam,

Musim pilihanraya semakin dekat, jarum propaganda semakin kuat dicucuk sana sini...di pihak Pakatan Rakyat (PR), kedudukan negeri Kedah berada di hujung tanduk dan sangat menggusarkan.

Benar kata Ulama tersohor yang juga bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin (Maza)...Pemimpin tidak semestinya Ulama, pemimpin mesti ada DUA kriteria penting iaitu 1. AMANAH dan 2. BERKEMAMPUAN...

Seperti yang diriwayatkan dalam Hadis (Sahih Muslim) :

Dari Abu Zhar, dia berkata : Saya berkata: “Ya Rasulullah mengapa engkau tidak memilih saya." Rasulullah SAW bersabda, "Hai Abu Zhar engkau seorang yang lemah, sedangkan itu sebagai amanah pada hari kiamat hanya akan menjadi penyesalan dan kehinaan. Kecuali orang yang dapat menunaikan hak kewajipannya dan memenuhi tanggungjawabnya.”

Hadis itu menjelaskan, walaupun Abu Zhar terkenal dengan zuhudnya, namun pada pendapat baginda kualiti kepimpinan sesebuah negara bukan hanya terletak kepada zuhud semata-mata tetapi memiliki kecerdasan kepimpinan, sokongan ramai dan mampu menjalankan tugas-tugas kenegaraan termasuk amanah, bijak dalam membuat keputusan dan sanggup menerima perubahan.

Kepimpinan Ulama Kedah "lemah dan longgar"

Buktinya jelas di negeri Kedah...walaupun ketika ini Kedah dipimpin oleh seorang Ulama, namun kepimpinan negeri Kedah adalah sangat lemah dan menjadi beban dan fitnah kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).


                                                             Alor Setar, Kedah

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak boleh la disifatkan sebagai antara Menteri Besar Kedah paling lemah dalam sejarah negeri Kedah. Status ulama tidak dapat membantu beliau untuk mentadbir negeri Kedah dengan baik.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menunjukkan bahawa negeri Kedah antara negeri bermasalah dalam pengurusan kewangan. Ini tidak sepatutnya terjadi oleh negeri yang digembar-gemburkan dipimpin oleh Ulama pewaris Nabi. Negeri Selangor dan Pulau Pinang yang tidak dipimpin Ulama lagi baik ketelusannya disamping negeri Kelantan yang dipimpin oleh Ulama yang bukan sahaja Ulama tetapi ahli politik yang bijak (Tuan Guru Nik Aziz).

Antara kesilapan besar Kedah dibawah kepimpinan MB sekarang :

1. Kerugian pelaburan di Papua New Guinea

Kegagalan anak syarikat Kerajaan Kedah iaitu KCB dalam urus niaga di Papua New Guinea adalah kegagalan Kerajaan Negeri Kedah juga. Alasan dikemukan Setpol MB Kedah jelas menunjukkan kesilapan dan kecuaian dalam membuat keputusan oleh pimpinan Kerajaan Negeri Kedah.

2. Projek selenggara rumah tak wujud (rumah hantu)

Sekali lagi alasan pihak Exco tidak dimaklumkan oleh pegawai bertanggungjawab. Itu alasan lepas tangan, pemimpin yang baik akan ambil tahu semua perkara...dia tidak akan tunggu laporan sebaliknya dia mencari laporan..kalau tak nak ambil tahu, jangan jadi pemimpin.

3. Krisis dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK Kedah)

Berbeza dengan Selangor di mana Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (Persekutuan) kerana masih mengamalkan sistem pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pula adalah dibawah bidang kuasa penuh Menteri Besar Kedah.

Maka, kegagalan Azizan Abdul Razak 'mengawal' SUK Kedah adalah sangat mendukacitakan. Kita lihat di Selangor, walaupun Menteri Besar Selangor tiada kuasa dalam pelantikan SUK Selangor..namun atas kebijaksanaan Tan Sri Khalid Ibrahim kita dapat lihat bahawa Dato' Khusrin, SUK Selangor tetap patuh dan taat pada perintah MB.

Tiada ruang untuk SUK dan pegawai kerajaan Selangor untuk mensabotaj pentadbiran negeri malah jika ada pun sabotaj, mereka terpaksa 'menjilat semula ludah mereka'.

Jelas menunjukkan bahawa Azizan Abdul Razak seorang pemimpin yang lemah walaupun dia seorang Ulama.

PAS perlu tukar pemimpin

Kelemahan pentadbiran Datuk Seri Azizan Abdul Razak sangat meresahkan rakyat negeri Kedah ketika ini. Hinggakan Kedah merupakan negeri yang rapuh bagi PR. Ramai penganalisis menjangkakan Kedah akan tumbang dalam PRU13 nanti.


                                    Pejabat MB Kedah..siapa yang layak dudukinya?

Jika ditakdirkan BN meletakkan anak Tun Dr. Mahathir iaitu Mukhriz Mahathir sebagai calon Menteri Besar Kedah, sudah tentu rakyat Kedah akan ramai mengundi BN kerana Mukhriz adalah calon yang berkaliber dan dilihat mampu mengurus negeri Kedah dan mampu menaikkan ekonomi negeri.

Jangkaan bahawa PR akan hanya mendapat 15 kerusi berbanding BN yang peroleh 20 kerusi. Maka untuk mengelakkan PR tewas, PR harus meletakkan calon yang berkaliber dan berwibawa sebagai calon Menteri Besar Kedah.

Sekadar pandangan.

Sunday, November 4, 2012

Bahasa Inggeris jadikan kita kurang ajar?

Salam


                                                                  Tokyo, Jepun

Ketika Jepun dilanda Tsunami, gempa bumi dan krisis nuklear..tak terdengar pun kes gaduh, salah faham, rompak dsb..sebaliknya org Jepun dipuji media antarabangsa kerana SABAR, JUJUR dan BERDIKARI

walaupun mereka beratur panjang dlm cuaca sejuk tapi tetap sabar,tiada yang memotong barisan, tiada yang merusuh bila bekalan habis, tiada yang mencuri walaupun tiada polis yg berkawal di kawasan bencana, semua harta dipulangkan kepada tuannya...

dan Jepun maju dengan bahasa Jepun...


                                              Manhattan, New York City, New York

Di Amerika lepas terkena taufan sandy, macam-macam berita negatif kita dengar....bergaduh, barang hilang, rompakan, malah ada ditahan polis sebab berlaku kekecohan..dan Amerika bangga dengan bahasa Inggeris...Kesimpulan?

Malaysia kalau nak kembali jadi negara bermaruah, berjati diri..sila kembali martabat Bahasa Melayu..bukan puja dan sanjung bahasa penjajah iaitu English....

setuju?