Monday, November 26, 2012

Belanda maju dengan pertanian

Salam,

Kita sering dimomokkan oleh BN dan UMNO bahawa negara pertanian adalah negara miskin. Hingga Malaysia yang satu ketika dulu sebuah negara pertanian, kini tidak lagi. Jika dulu Malaysia pengeluar beras dan koko...kini tidak lagi.

Sehingga konon untuk menjadi negara maju, kita berubah menjadi negara industri..tapi adakah kita menjadi negara maju?...jawapannya tidak...Singapura yang pernah menjadi negeri dalam Malaysia pun dah maju mengatasi kita.

Kita import makanan berjumlah bilion ringgit..bayangkan jika berlaku perang..sudah tentu rakyat Malaysia kebuluran kerana kita tidak mengeluarkan makanan mencukupi untuk rakyat.

Belanda maju dengan pertanian

Belanda sebuah negara kecil, hanya berkeluasan 41,543 km persegi. Sedangkan Malaysia berkeluasan 329,847 km persegi. Namun, Belanda jauh lebih maju dan kaya berbanding Malaysia.

File:Netherlands pol87.jpg
                               peta Belanda

GDP (nominal) perkapita Belanda adalah $50,355 sedangkan Malaysia hanya $10,466. Sedangkan Belanda maju melalui sektor pertanian sedangkan kita Malaysia memandang rendah sektor tersebut.

Belanda merupakan negara pengeluar dan pengeksport makanan serta pertanian ke-3 tertinggi didunia selepas Amerika Syarikat dan Perancis. Nilai eksport pertanian negara Belanda adalah sebanyak $55 biliion setahun !.

Nilai eksport keseluruhan Belanda adalah $397.6 billion sedangkan Malaysia hanya bernilai $225.6 billion. Manakala kadar inflasi Belanda hanya 1.2% sedangkan nilai inflasi Malaysia tinggi iaitu 3.2%.

File:ZuidasAmsterdamtheNetherlands.jpg
                                                           Amsterdam, Belanda

Malaysia mempunyai tanah yang luas khususnya di negeri Sabah, Sarawak, Pahang dan Perak. Sekiranya sektor pertanian makanan dibangunkan dengan cekap dan mampan, pasti negara Malaysia akan maju seperti Belanda.

Sepatutnya Malaysia tumpukan sektor pengeluaran beras, buah-buahan, sayur-sayuran..kerana sektor tersebut sangat diperlukan setiap hari kerana itu makanan...sudah tentu Malaysia akan banyak untung dengan eksport barangan tersebut.

Berubahlah Malaysia.


                                        Amsterdam yang klasik





No comments:

Post a Comment