Monday, November 5, 2012

Ini kalilah : Kedah akan KALAH

Salam,

Musim pilihanraya semakin dekat, jarum propaganda semakin kuat dicucuk sana sini...di pihak Pakatan Rakyat (PR), kedudukan negeri Kedah berada di hujung tanduk dan sangat menggusarkan.

Benar kata Ulama tersohor yang juga bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin (Maza)...Pemimpin tidak semestinya Ulama, pemimpin mesti ada DUA kriteria penting iaitu 1. AMANAH dan 2. BERKEMAMPUAN...

Seperti yang diriwayatkan dalam Hadis (Sahih Muslim) :

Dari Abu Zhar, dia berkata : Saya berkata: “Ya Rasulullah mengapa engkau tidak memilih saya." Rasulullah SAW bersabda, "Hai Abu Zhar engkau seorang yang lemah, sedangkan itu sebagai amanah pada hari kiamat hanya akan menjadi penyesalan dan kehinaan. Kecuali orang yang dapat menunaikan hak kewajipannya dan memenuhi tanggungjawabnya.”

Hadis itu menjelaskan, walaupun Abu Zhar terkenal dengan zuhudnya, namun pada pendapat baginda kualiti kepimpinan sesebuah negara bukan hanya terletak kepada zuhud semata-mata tetapi memiliki kecerdasan kepimpinan, sokongan ramai dan mampu menjalankan tugas-tugas kenegaraan termasuk amanah, bijak dalam membuat keputusan dan sanggup menerima perubahan.

Kepimpinan Ulama Kedah "lemah dan longgar"

Buktinya jelas di negeri Kedah...walaupun ketika ini Kedah dipimpin oleh seorang Ulama, namun kepimpinan negeri Kedah adalah sangat lemah dan menjadi beban dan fitnah kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).


                                                             Alor Setar, Kedah

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak boleh la disifatkan sebagai antara Menteri Besar Kedah paling lemah dalam sejarah negeri Kedah. Status ulama tidak dapat membantu beliau untuk mentadbir negeri Kedah dengan baik.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menunjukkan bahawa negeri Kedah antara negeri bermasalah dalam pengurusan kewangan. Ini tidak sepatutnya terjadi oleh negeri yang digembar-gemburkan dipimpin oleh Ulama pewaris Nabi. Negeri Selangor dan Pulau Pinang yang tidak dipimpin Ulama lagi baik ketelusannya disamping negeri Kelantan yang dipimpin oleh Ulama yang bukan sahaja Ulama tetapi ahli politik yang bijak (Tuan Guru Nik Aziz).

Antara kesilapan besar Kedah dibawah kepimpinan MB sekarang :

1. Kerugian pelaburan di Papua New Guinea

Kegagalan anak syarikat Kerajaan Kedah iaitu KCB dalam urus niaga di Papua New Guinea adalah kegagalan Kerajaan Negeri Kedah juga. Alasan dikemukan Setpol MB Kedah jelas menunjukkan kesilapan dan kecuaian dalam membuat keputusan oleh pimpinan Kerajaan Negeri Kedah.

2. Projek selenggara rumah tak wujud (rumah hantu)

Sekali lagi alasan pihak Exco tidak dimaklumkan oleh pegawai bertanggungjawab. Itu alasan lepas tangan, pemimpin yang baik akan ambil tahu semua perkara...dia tidak akan tunggu laporan sebaliknya dia mencari laporan..kalau tak nak ambil tahu, jangan jadi pemimpin.

3. Krisis dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK Kedah)

Berbeza dengan Selangor di mana Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (Persekutuan) kerana masih mengamalkan sistem pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pula adalah dibawah bidang kuasa penuh Menteri Besar Kedah.

Maka, kegagalan Azizan Abdul Razak 'mengawal' SUK Kedah adalah sangat mendukacitakan. Kita lihat di Selangor, walaupun Menteri Besar Selangor tiada kuasa dalam pelantikan SUK Selangor..namun atas kebijaksanaan Tan Sri Khalid Ibrahim kita dapat lihat bahawa Dato' Khusrin, SUK Selangor tetap patuh dan taat pada perintah MB.

Tiada ruang untuk SUK dan pegawai kerajaan Selangor untuk mensabotaj pentadbiran negeri malah jika ada pun sabotaj, mereka terpaksa 'menjilat semula ludah mereka'.

Jelas menunjukkan bahawa Azizan Abdul Razak seorang pemimpin yang lemah walaupun dia seorang Ulama.

PAS perlu tukar pemimpin

Kelemahan pentadbiran Datuk Seri Azizan Abdul Razak sangat meresahkan rakyat negeri Kedah ketika ini. Hinggakan Kedah merupakan negeri yang rapuh bagi PR. Ramai penganalisis menjangkakan Kedah akan tumbang dalam PRU13 nanti.


                                    Pejabat MB Kedah..siapa yang layak dudukinya?

Jika ditakdirkan BN meletakkan anak Tun Dr. Mahathir iaitu Mukhriz Mahathir sebagai calon Menteri Besar Kedah, sudah tentu rakyat Kedah akan ramai mengundi BN kerana Mukhriz adalah calon yang berkaliber dan dilihat mampu mengurus negeri Kedah dan mampu menaikkan ekonomi negeri.

Jangkaan bahawa PR akan hanya mendapat 15 kerusi berbanding BN yang peroleh 20 kerusi. Maka untuk mengelakkan PR tewas, PR harus meletakkan calon yang berkaliber dan berwibawa sebagai calon Menteri Besar Kedah.

Sekadar pandangan.

No comments:

Post a Comment