Saturday, December 17, 2011

Orang Kelantan kena terima hakikat..Kelantan negeri paling miskin..

Salam...

Saya ramai kawan orang Kelantan..saya kenal sifat orang Kelantan..perasaan kekitaan mereka terlalu tinggi sehingga kadang-kadang mereka mengalami sindrom penafian yang sangat tinggi...sangat pantang jika negeri mereka dikritik...

Dalam artikel ini..saya tidak berniat menghina negeri Kelantan..cuma saya nak kemukakan fakta benar daripada Jabatan Perangkaan Malaysia yang jelas menunjukkan bahawa negeri Kelantan adalah negeri paling miskin di Malaysia. Rakyat Kelantan kena terima hakikat ini.



Ukuran kekayaan dan kemiskinan sesuatu negara atau negeri

Dalam ekonomi...samada negara atau negeri itu kaya atau miskin diukur daripada satu istilah..iaitu KDNK per kapita...

KDNK                   = Keluaran Dalam Negara Kasar (Hasil Negeri/Negara)
KDNK perkapita = KDNK dibahagi dengan jumlah penduduk (purata pendapatan rakyat)

Dengan erti kata lain..KDNK perkapita adalah ukuran purata pendapatan rakyat dalam sesebuah negara atau negeri.

Negeri Malaysia paling kaya dan miskin

Berikut adalah unjuran negeri paling kaya hingga miskin di Malaysia :


KDNK
KDNK perkapita
Kuala Lumpur
RM 84,852,000,000
RM 55,951
Pulau Pinang
RM 46,455,000,000
RM 33,456
Sarawak
RM 50,804,000,000
RM 33,307
Selangor
RM 128,815,000,000
RM 31,363
Labuan
RM 2,275,000,000
RM 29,116
Negeri Sembilan
RM 20,812,000,000
RM 27,485
Melaka
RM 15,284,000,000
RM 24,697
Pahang
RM 24,807,000,000
RM 22,743
Johor
RM 53,197,000,000
RM 20,911
Terengganu
RM 14,807,000,000
RM 19,225
Sabah
RM 31,567,000,000
RM 17,242
Perak
RM 30,167,000,000
RM 16,088
Perlis
RM 2,946,000,000
RM 15,296
Kedah
RM 18,637,000,000
RM 13,294
Kelantan
RM 10,004,000,000
RM 8,273

Jelaskan bahawa Kelantan adalah negeri paling miskin...hanya Kelantan sahaja kadar purata pendapatan rakyatnya dibawah RM 10,000 setahun sedangkan negeri lain melebihi RM 10,000...

Terimalah hakikat rakyat Kelantan...sila balik ke negeri anda dan bangunkan negeri anda..bukan lari ke negeri lain dan buat komuniti pula di negeri lain..yang rugi hanya negeri Kelantan....

Sekadar pandangan peribadi...

90 comments:

  1. oo ye ke. gua payungla 1 komen. kesian lu dari pukul 2.21 xde orang komen lg.

    ReplyDelete
  2. KDNK?
    org kelantan x banyak utang..kah22

    ReplyDelete
  3. negeri Sarawak pun tiada hutang..tapi maju..

    ReplyDelete
  4. dah pergi kelantan belum....
    saya orang johor ...aman sangat pergi sana....lebih maju dari pa... yang belanjawan defesit sepanjang pemerintahan

    ReplyDelete
  5. dah..banyak kali..Pahang ekonomi jauh lebih baik dari Kelantan..Pahang lebih maju maaa..cuma belanjawan defisit sepanjang tahun sebab perbelanjaan melampau kerajaan negeri sebab nak bayar pada ******** ...sendiri fikirlah

    ReplyDelete
  6. saya rasa kenyataan saudara kurang tepat...

    1) yang menjadikan negeri lain kaya raya tu pun hasil sumbangan anak2 kelantan.

    2) yang kaya raya di negeri lain2 tu bukannya melayu tp bangsa lain..melayu hanya jadi kuli..tu pun nak bangga.

    3) untuk makluman sejak pembukaan pasaraya besar KB Mall n sekarang TESCO, pernah mencatat hasil jualan secara CASH Rm 1 JuTA sehari....pasaraya tempat ko ada dpt hasil mcm tu..

    kesimpulanya, ko mmg anti kelantan...sifat org melayu yg suka berdengki tu menjadi milik ko..ko degki dengan org kelantan..

    ReplyDelete
  7. camtu ye? betul la kot..yg ada kat bersamamu tv3 tu pun org kelantan jekan semua? :p
    macam mana nak kdnk nak tinggi kalau MAJORITI org meniaga sendiri..:)

    ReplyDelete
  8. yeke negeri lain maju sebab sumbangan anak Kelantan??..kalau macam tu..pergilah balik Kelantan dan bangunkan Kelantan..kenapa nak duduk negeri lain??...statement budak kecik tul la...

    iye..saya akui kuasa beli rakyat kelantan sangat tinggi..tapi terimalah hakikat yang kelantan adalah negeri miskin..cuma kelantan tak bankrup sebab kerajaan negeri pandai urus duit..berbanding negeri Pahang yang ekonomi maju tapi hampir bankrup sebab kerajaannya rakus berbelanja sampai berhutang banyak...

    ReplyDelete
  9. Bila dapat royatl minyak nanti naiklah KDNK Kelantan, tanyalah Awang Adik kalau tak percaya.

    ReplyDelete
  10. artikel diatas adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan fakta yg penulis ada...ada yg betul ada yg kurang betul..

    mmg betul kelantan negeri paling kurang kdnk di malaysia...tp bukanlah atas faktor rakyat kelantan tak mau bangunkan negeri sendiri..byk faktor lain..

    n betul juga pandangan 'December 17, 2011 10:40 PM'..negeri2 kaya2 ni bukanlah golongan bumiputera penyumbang terbesar,,.

    kesimpulannye...better kita sama2 fikir mcm mana nk meningkatkan ekonomi golongan bumiputera ni sendiri....x perlu kite pertikaikan kite org mana kamu org mana....x kemana jugak perginye..

    ReplyDelete
  11. bodoh..sama2 melayu ISLAM pon nak bergaduh. hantar ke palestin kang..

    ReplyDelete
  12. kelantan : kerajaan miskin tapi rakyat kaya. Aku duk NS ni pun duk tunggu bila nak istihar bandaraya, sdgkan kota bharu lama dah....

    ReplyDelete
  13. baso bengong punya post...arghhh tuiii..

    ReplyDelete
  14. Penulis ..sila gi belajar ekonomi betul2 dulu. KDNK perkapita rakyat kelantan diukur dgn jumlah kerakyatan atau penduduk atau jumlah 'anak negeri'?? Dah sah2 anak kelantan berjumlah juta2an org beroleh rezeki dan bekerja di luar kelantan! Malah melayu2 yg kaya raya di KL pun berlambak anak kelantan.. sendiri maw fikir la yer..

    ReplyDelete
  15. saya kata NEGERI Kelantan miskin..bukan ORANG Kelantan miskin..awak tu yang tak faham Bahasa Melayu...

    Dahh..kalau orang Kelantan ramai kaya2..kenapa tak balik Kelantan dan bangunkan negeri awak yg miskin tu..jelas orang Kelantan yang tak sayang negeri sendiri..sibuk kayakan negeri lain tapi negeri sendiri dibiar miskin..

    pastu ngaku jaguh aku anak kelantan konom..minda kelas keempat sungguh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodoh komen baik kelantan pon rakyat malaysia juga.bgusla bertebaran seluruh malaysia.ko bangga bangla n pakistan yang kuasa ekonomi perniagaan.

      Delete
  16. Pd aku negeri tu kaya @ miskin tu xpenting. Yg penting keberkatan yg Allah limpahkan pada negeri Kelantan yg xda pd negeri lain. Klu nk kira kaya, firaun pn kaya.. tapi dia kufur hingga akhir hayatny. Aku bukan org kelantan, tapi aku suka pegi kelantan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pon suka pg kelantan.. oku org borneo..aku suka suasana di kelantan.. dan bg aku byk org kaya kat kelate hehee.. pakai keta besar2.. biarlah org nak kata kelantan miskin tp bg aku kerajaan negeri sgt bagus di mana tk membebankan rakyat.. aku dok kelate..aku sgt jimat berbelanja.. makanan dia murah tol.. huhu.. berbanding aku dok selangor ehh.. duit aku hbs tuk makan jea.. aku duk kelate, makan aku jimat jadi aku pon shopping baju kat rantau panjang jea selalu hehee... g kb mall... ohh rinduyer aku kat kelantan..walau aku dok kelate lagi singkat di aku dok slgr, tp aku lbh cepat selesa di sana dan aku rindu kelantan.. kamek rindu kelantan bah.. lama tk g rantau panjang dia hehe..

      Delete
  17. Salam...

    Balik buka buku asas ekonomi dulu la bro..
    Aku orang Selangor, respect dengan Negeri Kelantan.. Aku belajar disana beberapa tahun.

    Mereka kebanyakkan berniaga.. kebanyakkan semua beli tunai'cash', tak macam negeri lain, kebanyakkan guna kad kredit, even nak beli seluar dalam sehelai pun. Apa sebab utama buatkan seseorang itu muflis?

    Tak macam lu, buka blog je tiap hari, itupun pakai yang blogspot punya, pakai la self hosted..hehe.. Melukut ditepi gantang...

    Baik ko fikir cara nak majukan ekonomi orang Islam, daripada ko ada perasaan (PHD)~

    TQ

    ReplyDelete
  18. Bila masa lak saya dengki dengan orang kelantan..cuma kemukakan fakta yang memang kelantan negeri miskin...itu ajer..

    anda semua yang terlalu sentimen..cuba kalau negeri miskin adalah Johor..sudah tentu anda semua akan kutuk Johor habis-habisan sebab Johor negeri UMNO...

    tp sebab kelantan negeri PAS..maka anda akan pertahan habisan sebab sentimen kepartian kan..anda semua tak dapat terima hakikat kan...

    terimalah hakikat walaupun pahit....

    ReplyDelete
  19. wah!!ini olang melayu pun sama2 mau gaduh ka??kita duduk malaysia 1 malaysia lah,,pa macam kita olang mau maju,,aiya!!!lu xda cita len ka mau bikin?cita pelang ka,,cita cinta!aiayaa!!!

    ReplyDelete
  20. Aku pergi Kelantan mgg lepas rumah kawan, masih ada lagi nasi lemak seringgit. Byk lak tu...agak2 dlm sudut ekonomi, selalu miskin la.. jual murah... (tp yg mhl ada juga walau tak semahal Selangor..hu hu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meme muroh barang2 makanan di kelate sebab penduduk kelate rata2 berkira sebab mereka nak dapat duit pun susoh. Klw peniaga 'jual mahal' alamat tak lakulah brg niaga. Tak caya tanya penjual kelate kt tepi jalan, siap kena tawar2 lagi. Penduduk kelate ramai kerja kampong, mentaliti kampong dan majoriti adalah MELAYU (95%). Rakyat kelate tidak suka menganggur/digelar penganggur sbb itu statistik rendah, dan org muda ramai hijrah ke luar semata2 cari kerja lebih mahal/standard yg xde di klate. Di sini jika anda kelulusan ijazah layak dapat gaji RM800 shj (fresh grad), compare tempat lain (1500-2000) tp ingat, kos hidup di sini jauh lebih murah dan lebih TENANG... Kpd anak kelate di perantauan, bila anda mahu pulang? Tidak sayang negeri sendiri ke?

      Delete
    2. kawe setuju dgn demo hok.. kelate mmg kos hidup lagi muroh dan aman.. hohoho..
      sbb kawe penoh gak dok kelate dulo.. sblm dok kelate kawe dok slgr. meme terasa perbezaan dan penjimatanya.. lagi satu saeng kawe dok kelate gok,keja polis sana.. bleh beli keta alza sbb kos hidup rendah,kwn kawe dok slgr polis gk,mampu beli moto jea..kalo beli keta almatnya berikat perut la spjg bulan hohoho.. sori kalo kawe kecek kelate tk pass haha..apa nak buat aku org borneo yg dok kelate sekejap je..tp sgguh indah kenangan yg kubawa dr sana.. i miss kelate :P
      dr anak jati borneo.

      Delete
  21. tulisan saudara ni kurang ilmiah..kene blaja ekonomi detail sikit..pakai faktor proxy gdp & gdp per capita je nk tunjuk negeri tu kaya ke miskin, x dpt jack..buat research sket...sy bg clue...offsetkan la skali ngan deficit budget ngan consumer price index(CPI)..bersama2 kita martabatkn cara penulisan yg berilmu dan berlandaskan fakta yg tepat lg rasional..salut saudara

    ReplyDelete
  22. biarlah batu di tepi jalan nak komen ape pon pasal kelantan...
    yang pasti dia tu merugikan....
    kerana perasaan hasad dengkinya yang membuak-buak kerana kelantan nih bawah pimpinan PAS sedangkan dia tu umno kuno....
    kalu rakyat kelantan pakat balik ke kelantan...wajib negeri2 yg di huni oleh rakyat kelantan akan jatuh muflis,kerana dgn adanya rakyat kelantan kat sana tu negeri itu maju membangun....
    TETAPI aku sebagai rakyat kelantan xpernah pun rasa negeri aku nih miskin...sana membangun sini membangun,biarlah bukan kerajaan dirikan tetapi kerana kerajaan ingin mengkayakan rakyatnya...

    ReplyDelete
  23. kiraan paling tepat untuk menentukan ukuran kekayaan dan kemunduran sesuatu negara dan negeri adalah GDP perkapita (PPP)-purchasing power parity...tapi indeks ini tidak dikemukakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia....

    Saya kemukakan post ini sekadar kongsi pandangan..betul tak kata saya bahawa rakyat Kelantan taksub..bukti komen diatas..kalau rakyat kelantan xde..negeri lain akan muflis??...

    so rakyat kelantan ni ibarat kera disusukan anak dirumah mati kelapan kah?...kalau rakyat kelantan yang memajukan negeri lain..so balik lah kelantan dan majukan kelantan...

    buktikanlah bahawa negeri lain maju sebab rakyat kelantan yang majukan dan bukan sebab usaha negeri terbabit ditambah dengan rezeki daripada Allah..hehe...

    ReplyDelete
  24. batu tepi jalan....
    nmpk sgt kau ni anti kelantan...lu jawa johor ke????x payahlah wat isu2 mcm ni smata-mata nk famouskn blog bodoh kau ni....kau ni batu tepi jln asalnya tahi anjing kering jd batu....idiot!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar puok kito....demo cepat sgt melatah.Mmg betul dari segi KDNK kito oghe miskin,itu ukuran dikeluarkan oleh KDNK berdasarkan fakta dan angka. Tapi puok kita di Kelate ramai paka Mercedes,BMW,Honda malah airport KB ada 7 penerbangan sehari. Kawe nak gi KL pun kdg2 kena book awal flight.Rumah banglo tepi jalan dari KB ko KT besar2 ,gerun kalu oghe luar tengok.Kawe akui puok kito bukan miskin,tapi dale perbincangan ni kito kena faham apa yg batu tepi jalan ghoyat. Steady la sikit. Kawe anok Kelate jati....tapi kawe tak maroh ko batu tepi jalan sebab kawe faham maksud dio. Lebih baik kito usahakan tenaga kito cari kekayaan...kito terima kritikan dia sebagai inspirasi untuk kito kerja lebih kuat dan membaiki taraf hidop kito . GOMO KELATE GOMO...

      Delete
  25. terima kasih kerana hina saya.....hmmm..boleh tak nyatakan dalam artikel saya ayat yang hina kelantan??..tegur pun tak boleh erkk...xpelah kalau macam tu

    ReplyDelete
  26. asal isu klate miskin je yg ko sebut..baek ko wt topik hudud n ulas..aku cbr..:P

    ReplyDelete
  27. isu kelantan ramai belajar di IPTA kan ada saya sebut..kan saya buktikan bahawa anak kelantan ramai berjaya...

    okey..saya cuba ulas isu hudud..

    ReplyDelete
  28. Aku bukan orang Kelantan tapi bini ke 2 aku oghe Kelate....memang best oghe Kelate nih nak projek tiap-tiap malam pun tak pernah tolak, badan mantain jer come lote....rajin sembahyang pulak,meniaga pun pandai... bagi pitih 400-500 sebulan pun sudah cukup pandai berjimat....tak cemburu pulak tu, katanya abe balik ler tengok kakok pulok jange akhirat besok jale senget sebelah...bini no.1 pun respect selalu contact dia....korang nak kutuk...kutuklah suka hati korang

    ReplyDelete
  29. nk kecek pasal oilitik g wt research ngan pengerusi parti..nk tau miskin kaya negeri dalam malaysia anda perlu kira tanah hutan yng belum di kosek mana2 pihak..ingat asal usul la bro

    ReplyDelete
  30. org klantan....trima je hakikat.....x payah nk mrh2

    ReplyDelete
  31. aku bagi tahu korang sikit info jer yer..kenapa negeri kelantan miskin or rakyat dia miskin aku tak tahu la...yang ternyata 60peratus orang2 kelantan ade menyimpan duit di bank switztland..bukan calang2 simpanan tau..buktinya..pada tahun 1998 dimana zaman tun mahathir..pernah meminta2 dan datang sendiri mencari anak2 kelantan di oversea supaya bantu kegawatan ekonomi malaysia pada masa tu..dirayu supaya buat bisnes di negara malaysia...

    ReplyDelete
  32. wah bro sorang tu nk tau kenape bini no 2 je relax jer...sbb budaya org klate ni mmg byk yg kawen lbh 1....pastu untung dpt bro sbb bro boleh bg dia nafkah...kalo dia kawen dgn org klate mampus dia yg kena keje......

    awek aku dlu org klate depa kate x suka laki2 klate...pemalas..

    ReplyDelete
  33. hadi osman : sebab tu saya tegur orang Kelantan..yg depa pegi kayakan negara or negeri lain buat apa??...pastu bila orang kata negeri kelantan miskin..depa marah...

    kayakan dulu negeri Kelantan..pastu baru pegi berniaga luar negara...sama juga pada orang negeri lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penghijrahan rakyat adalah sesuatu yg x dpt nak dikawal. Even ramai rakyat di negeri luar bekerja di kelantan. Adalah silap jika kita meletakkan kesalahan kpd rakyat kelantan semata-mata. Rakyat berhijrah kerana mereka mampu dan berfikiran cerdik. Kalau anda dapat offer yang lebih baik di negeri lain, adakah anda mahu menolaknya? Anda nampak tak di sini betapa cerdiknya rakyat kelantan sehinggakan negeri lain menerima mereka dalam kapasiti yang besar!? Mereka juga cerdik berniaga, kalau anda cerdik berniaga mesti anda nak luaskan jangkauan ke luar negeri atau luar negara betul tak? Rakyat kelantan bukan katak di bawah botol lagi.. Byk anda harus belajar dari rakyat kelantan. Mereka hebat di mana2 hatta di negeri kelantan sendiri

      Delete
  34. maaf. sy org kedah.. tp bnyk outstation di negeri dlm malaysia ni. sy tgk, dri hari ke hari.. negeri kelantan semakin maju.. jalan sentiasa sibuk.. miskin @ kaya., kelantan tetap sebahagian dari malaysia.. lg 1, kat kelantan x da sport toto bro,, kedai judi tepi2 jalan x da.. yg bnyak, kedai makan.. serius, sy pergi kelantan, rasa tenang aja.. sy rasa, admin kna try g klantan skali lg.. kalu kt kelantan,, yg naik kreta2 mewah, kebanyakannya org melayu ISLAM..

    ReplyDelete
  35. Weh,Jangan la gaduh...pasal ni pun nak gaduh...ape nak jadi lah korang ni....syaitan suka tau kalau korang bergaduh sesama islam...stop it....Pasal kelantan pun nak gaduh...ish3....cuba lah berfikiran matang lah cket...

    ReplyDelete
  36. ape nie komen aku x kuar

    ReplyDelete
  37. Hakikat nyer orang kelantan demo x dpat terima kemundurun negeri mu. Ingatlah tujuan penulis semata-mata nak menyedarkan demo bukan nak menghina. Dia pun suka pi kelantan. Aku oghang utara xkisah orang kata negeri aku camner lepas PAS amik. Aman jer. tp aku berbakti kepada tanah negeri aku sendiri. dapat pakai evo. Bendang yang tuhan bagi pun syukur lebar. Aku x rasa nak pi kl ka, Tetrengganu ka...sory sebagai contoh jer. Tapi aku rasa hangpa balik check samada hang dah bantu negeri sendiri dalam membangunkannya atau belum. Demo marah sangat sbb lebih makan budu. Benda tu masin, Senag darah tinggi. Hidup Batu di Tepi Jalan. Biak pi depa nak kata apa. Nie blog hang, hang jangan takut, ikut kat hangla nak tulis apa. Depa xde hak nak masuk campur. Demo jgn kecik hati dia x suruh hangpa lawat blog dia. SOOO.... Yang sapa x suka jgn masuk blog nie. SAJA NAK CARI GADUH SAJA. bUKAN NAK MEMBINA. Sekadar menegur...orang yang tahu kondem keje orang lain.

    ReplyDelete
  38. kalu kt kelantan,, yg naik kreta2 mewah, kebanyakannya org melayu ISLAM.. ~~~~ pada aku biarla tak maju tapi tak bangkrup dan rata2 yang memandu kenderaan mewah orang melayu!!! kalau makan pun murah lagi, best wooo... kalau maju macam pahang makan pon mahal... kena mtk kdnk tolak hasil judi pahang baru jadi pendapatan bersih...hehe

    ReplyDelete
  39. aku sokong penulis, die x condemn orang kelantan. just bagi fact sahaja. tapi dah memang semangat sentimen perkauman / kenegerian yang amat tinggi. itu yang ramai x setuju dengan fakta di atas. dan yang mengaku dari negeri lain pun belum tentu betul. haha...

    ReplyDelete
  40. aku orang kelantan..yang betul kite cakap betul..moga niat penulis ni ikhlas ye...

    ReplyDelete
  41. KDNK adalah unjuran untuk kerajaan berdasarkan jumlah pendapatan negeri yang melalui industri berat, kecil dan sederhana.

    Orang Kelantan memang terkenal dengan budaya suka berniaga sendiri dan pendapatan perniagaan mereka adalah untuk perbelanjaan sendiri dan mereka lebih banyak berzakat daripada membayar cukai.

    oleh sebab demikian,pihak kerajaan tidak dapat membuat angka sebenar oleh kerana pendapatan isi rumah dengan kapasiti penduduk.

    tapi yang pasti,memang kadar hutang negeri adalah yang rendah dalam Malaysia, ini bermakna, kerajaan negeri mengawal perbelanjaan negara dan rakyat dan secara tidak langsung harga barangan adalah lebih kompetatif dan murah berbanding beberapa bandar di negeri lain.

    adalah tidak adil juga meletakkan Kelantan pada paras miskin hanya kerana KDNK. Kebanyakan industri berat dan konglomerat antarabangsa terletak di sebelah pantai barat oleh kerana laluan selat melaka lebih dinamik berbanding negeri bersempadanan dengan Thailand ini.

    Kadar pertukaran wang pelaburan antarabangsa turut menyumbang kepada KDNK negeri. Jadi tidak hairan bagi Selangor, Penang & KL mempunyai KDNK yg tinggi. Di Kelantan pula, pelaburan antarabangsa dalam industri-industri tidak begitu banyak dan hanya bertumpu kepada unjuran kewangan domestik ( dangangan dalam ringgit malaysia : ringgit malaysia juga )..

    Kepada yang faham...terima kasih...
    Biar miskin harta, jangan miskin iman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. rileksla semua.

      aku tak anti orang kelantan. kawan2 ramai gak orang kelantan. tapi aku tak pernah bagi projek dan ambik staf dari kelantan. HAHAHAHA. baru cara. lu ada kuasa lu guna

      Delete
  42. terimalah hakikat bahawa sabah adalah negeri termiskin di malaysia. kalau kajian setakat melihat KDNK, itu adalah bukti yang tdk kukuh. dan tdk mungkin jadual KDNK yang dipaparkan itu boleh membidas kenyataan Bank Dunia yang menyatakan bahawa sabah adalah negeri termiskin di malaysia. sila beri fakta yang pelbagai.

    ReplyDelete
  43. teguran untuk membina bukan mengutuk. bgus admin. ramai warga kelantan mncari rezeki di negeri lain tp xramai org negeri lain cari rezeki di kelantan. boleh terima x? org klntan urus negeri ngn baik bagus... meniaga baguss. tapi peluang pekerjaan cukup x untuk warganya. sbb tu la punca kelntan negeri termiskin sbb ramai bijak pndai keluar mngkayakan negeri lain.negeri yg kdang korang kutuk tu la yng mmberi peluang bekerja dan mncari rezeki.whYYY mari pikirkan jngn terlalu kenegerian sehingga slah pun di betulkan

    ReplyDelete
  44. KENCING KUAT LA LU.. GUA SOKONG GADIS.. GAMBAR PEMBANGUNAN SARAWAK UTUSAN LETAK PHOTO CAKAP SABAH MAJU. HANYA RAKYAT SABAH DAN SARAWAK SAJA YANG TAHU MAINAN POLITIK

    ReplyDelete
  45. Ini cerita dalam malaysia.. Tu sebab pakat bidas negeri negeri... Cuba citer sal dunia.. Konfirm kita bersatu hati semu... Aku anak pasir mas yang da lama dok kat klang... Tolong majukan negeri orang.. Bagi peluang kerja kat orang negeri ni.. Tapi susah nak jumpe orang selangor... Dorang banyak g keje kat singapura... Pendek kata, dimana bumi di pijak, di situ langit di junjung... Aku suka klang.. Barang murah... Sama harga ngan pasir mas.. Tapi kalo g blah shah alam atau blah kolumpo, memang mahal sara hidup.. Keyrul kontena..

    ReplyDelete
  46. admin nak sangat bercakap hal ni cuba la pergi buka tgk laporan audit dkt laman audit negeri2 kaya yg dikeluarkan oleh ketua audit negara bukan pas yg keluar tp laporan rasmi tentang negeri2 kaya yg byk berhutang dan tiada sekatan seperti di kelantan,,yg menarik nya di dlama tu dikatakan selama ini negeri kelantan dikatakan mengalami masalah air tp NEGERI2 maju dan kaya tu lagi banyk berutang masalah beklan air dgn kerajaan pusat,,pinjam buat apa kalau xda masalah air dan NEGERI KAYA ya x???

    ReplyDelete
  47. hahaha tak boleh blah la anon 19 june....bila masa anak selangor keje kat singapura? cakap tak pakai otak. siap kata keje kat klang, majukan negeri orang...kelakar2..mengaku je la, peluang pekerjaan banyak kat sini. kat kelantan xde. sbb kerajaan negeri tak berusaha nak majukan anak bangsa sendiri. terpaksa menumpang di negeri orang. mmg sgt2 kelakar bila org kelantan kata nak tolong majukan negeri orang, walhal, semua orang tau yg paling taksub kat negeri sendiri tak lain, orang kelantan lah. well...selalunya bila kita ada rasa rendah diri, serba kekurangan, mmg akan jadi defensive. lumrah lah

    ReplyDelete
  48. Ala hang dok kalut pasai pa? Pak hang paling kaya ka ke lubang kubur jugak nanti... Miskin ka kaya ka sama saja~ Hang dok check KDKN pala butuh tu wat pa dah laporan berdaftar. Aku tgk kelantan ni lgi sempoi pada pulau pinang org melayu miliki tahan sendiri, wahal tanah negeri2 lain semua dah bertukaq tgn jadi cina hindu punya. HAH puihhh!

    ReplyDelete
  49. xde topik lain ke penulis nak tulis, aku sokong khairulzchenko..penulis pun x berapa faham nampaknya

    ReplyDelete
  50. Melayu Johor paling miskin di Malaysia kerana faktor kos hidup, kata DPMM

    KUALA LUMPUR, 15 Jan — Orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia, kerana kos hidup meningkat kerana orang asing yang semakin ramai datang ke Iskandar Malaysia, kata presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas.
    Menurut Syed Ali, 80 peratus dari tanah di Iskandar Malaysia dimiliki orang asing menyebabkan Melayu di Johor kian terpinggir.

    “Pada tahun 1800, Melayu Johor adalah paling kaya di negara ini, tetapi kini yang paling miskin, kerana kedatangan orang asing yang membeli tanah di sini, kita tidak lagi mampu untuk menampung kos hidup, terutamanya di Johor Bahru.

    “Pembangunan Iskandar ini memundurkan dan meminggirkan orang Melayu dari segi ekonomi, dalam kes tanah dipunyai oleh bukan Melayu, terutamanya bangsa asing,” kata Syed Ali dalam sidang media di ibu pejabat DPMM hari ini.

    DPMM juga menggesa kerajaan Malaysia untuk mengkaji semula projek Iskandar Malaysia, dengan memperuntukkan 30 peratus projek di Nusajaya kepada orang Melayu.

    “Dalam resolusi Kongres Ekonomi Melayu Zon Selatan yang berlangsung pada 6 Januari lalu, kedudukan orang Melayu di Johor jauh ketinggalan dari segi perbezaan ekonomi.

    “Orang Melayu di Kelantan lebih kaya di Johor kerana setiap ringgitnya lebih bernilai, umpamanya mereka boleh beli rumah banglo RM200,000 sedangkan di Johor RM1.5 juta,” katanya lagi.

    Iskandar Malaysia, berkeluasan 221,634 hektar, meliputi keseluruhan daerah Johor Baharu, Mukim Jeram Batu, Mukim Sungai Karang, Mukim Serdat dan Pulau Kukup di dalam Mukim Ayer Masin, yang kesemuanya terletak dalam daerah Pontian.

    Sejak pelancarannya pada November 2006, koridor ekonomi itu telah menerima banyak kepentingan asing, bukan sahaja dari Singapura yang berjiran, malah dari Timur Tengah dan United Kingdom.

    Kerajaan telah menyenaraikan enam sektor yang disasarkan yang berasaskan perkhidmatan di dalam industri kreatif, pendidikan, khidmat nasihat kewangan dan perundingan, penjagaan kesihatan, logistik dan pelancongan bagi Iskandar Malaysia.

    Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau gembira bahawa pelaburan di Iskandar Malaysia telah melepasi sasaran RM100 bilion dalam tempoh enam tahun dan sebahagian besar daripada jumlah itu diperolehi baru-baru ini.

    http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/melayu-johor-paling-miskin-di-malaysia-kerana-faktor-kos-hidup-kata-dpmm

    ReplyDelete
  51. lenkli jngn post bnda2 yg x brfaedh mcm ni. wak skit hti ore jh. i mean WTF.

    ReplyDelete
  52. x dop bnda lain ke ko nk post? wak skit hti ore klate jh reti. klu ko x dop tjuk nk post biar aq uslkn: BATU DI TEPI JALAN YANG DISEPAK ORANG SEDARJAT DENGAN TAHI ANJING@ BABI YANG TIADA NILAI.. SEKIAN... ASSALAMUALAIKUM..

    ReplyDelete
  53. negeri mmg miskin, tapi rakyat hidup senang, brang murah, makan murah,tenang dibawah cahaya islam, ni duduk tepi masjid kristal, tepi klcc, pastu duk megah2 cam bgunan tu bapak dia punya,msjid kistal plak nk smayang pun xleh,bangunan je besar, rakyat sndiri dpt habuk,kat kelantan bgunan2 kebanyakannya milik rakyat, camnila pennyokong bn bagi seposen mulala jadi lembu yg dicucuk idung

    ReplyDelete
  54. aku setuju. rakyat kelantan mesti pulang ke kelantan untuk bekerja disana dan beranak pinak di sana terutama disekita kb supaya kb akan menjadi satu bandaraya yang betul bukan nama bandara islam yang blm di iktiraf.

    ReplyDelete
  55. Aslm Inilah puncanya apabila sesama Muslim dakhir zaman hari ini amat susah utk mengucapkn salam sesama Muslim lain apabila bertemu walaupun berselisih bahu di atas masjid sekalipun..

    Saya org Kelantan bmastautin d Selangor, saya dah lali dengan kutuk mengutuk thdap kami, biarlah anda melebel negatif kami secara 'borong' walau kerana trdpt antara kami yg mazmumah. Kami sedar selagi berjenama Kelantan, semuanya hudoh2 belaka, ttapi anda kena ingat majoriti alim ulama' & Tok2 Guru di negara ini malah d Nusantara adlh dr puak2 kami.

    ReplyDelete
  56. x dok pekdah langsung topik.. baik bincang camno nk tangani gejala sosial loni.....miss ann

    ReplyDelete
  57. puak kelantan hanya berkawan dengan puaknya sahaja...itu perangai yang kita dapat lihat apabila mereka dinegeri lain..

    ReplyDelete
  58. GILO ADMIN NI.MABUK AIR SEJUK.

    ReplyDelete
  59. geng kelantan la kalau pi mana pun asyik bersosial..depa la paling berpuak2..reality ok...ak mmg fuck kelantan yang anti kelantan...ak kalau jmp pmpuan kelantan pn ak jauhi...hahaha

    ReplyDelete
  60. cakap la apa pun..kuk mana2 pun selagi umno mrintah malaysia dan rakyat kelantan x pilih umno selagi itulah kelantan dipndng miskin dgn apa jua alasan.sekalipun alasan yg diberikan kurang tepat dan adil.

    ReplyDelete
  61. Ada byk beza diantara 'dipandang miskin' dan 'dibuktikan miskin'. Post admin berdasarkan fakta dan data, bukan main taram je. Sy tertarik dgn statement admin pd penghujung post..... terima lah hakikat.

    ReplyDelete
  62. Kelantan banyak minyak wooo.bukan mnyk sawit,bukan minyak rambut,bukan minyak dagu dan lintah,tapi PETROLEUM.#carigalihess..

    ReplyDelete
  63. Msalah nye berlagak.btul kn..

    ReplyDelete
  64. Aku bukanlah seorang yang baik sangat, cuma islam ajar aku hormat orang, jangan aniaya orang / ambil kesempatan kat orang lain Tapi pelik juga bila puak2 Kelantan yang kononnya ' Islamic ' sangat ni 9/10 dari yang aku kenal ni TAK mengamalkan pun yang islam tuntut??? ISLAM celah mane ni hah? Islam yang sebenar menjaga dari semua sudut. Kalau jalan HUDUD tapi silaturrahim sesama manusia tak jaga betul ke tuh...HAH??

    ReplyDelete
  65. kemajuan terletak atas diri masing2 dan dorongan Allah.... klau kau usaha lebih....kow dapat lebih....
    klau berdasarkan negeri memang lah negeri Klate miskin... bg aq bkn org kelate miskin... tp melayu tu sendiri miskin...mngkn perkembangan kerja atau peluang kerja tidak dapat dibentuk secara meluas sebagai organisasi yang besar... mungkin tahap peniagaan secara keperluan hidup dan secara francise.... orang-orang melayu hebat dalam peniagaan masakan-masakan dan hasil tanaman....tak ramai yang berani buka organisasi perindustrian secara komersial kepada peringkat yang lebih tinggi....dan tak ramai yg berani buad produk kecangihan atau berteknologi...memang org melayu pandai2 belake sampai result belajar tinggi2 melambung kalah bangsa-bangsa lain... tapi kerja biase2 sahaja.. tak ramai yg klua dari ipt sbg inventor dalam pembangunan malaysia..... Malaysia membangunkan disebabkan kondisi perniagaan kite lebih terbuka dan dinamik kepada peniaga-peniaga luar melabur dana dalam malaysia... So disini korang bloeh pkir masing2.... corak pemimpinan juga menjadi subjek kepada pembangunan... sape pandai cpt cari pluang dia lah org berjaye.. kbykkn peluang2 ni byk di ambil oleh bangse2 lua seperti China, India .... Tq Dr Mahathir...

    ReplyDelete
  66. Mintak tolong org kelantan keluar dari johor.. buat semak jer.. apehal negeri korang x der kerje ker hahahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Psl bola le tu..kt kelantan pun rmai org johor yg keje gomen especially guru..tau x dia org dh pencen pun masih nk dok klate..dh jdi real kelantanese not johorean..ade bukti maa org Parit Jawa Muar le tu..dia ckp skrg pun sbijik cm lidah org kelate..its amazing..lgi 1 anak2 nye pun dh xnk blk Muar lgi fakta ni..psl mak dia pun org Kelate..renung2kn la knape ye...Gomo Klate Gomo

      Delete
  67. Sepatutnya kau yg keluar dr Malaysia ni bt malu bangsa jer dasar laknat. Apa kau ingt org johor xde kerja kt kelantan ni?? Kau ingt johor tu negeri bapak kau suka2 nk halau org?? Kau x payah nk bangga sgt ar dgn kemajuan negeri kau tu klu setakat kerja jd kuli cina. Johor tu maju siapa yg bangunkan, Melayu kah?? Bodoh punya batak!!

    ReplyDelete
  68. kan admin dah cakap....kena terima hakikat. buanglah sindrom penafian tu...bukan kita tak tahu org kelantan tak habis2 mengutuk org KL, johor, selangor, dan negeri2 lain...tapi pada masa yg sama boleh pulak menumpang negeri orang. takkan taknak terima hakikat lagi? takkan semua negeri lain yg membenci kelantan tu salah? mesti ada sebabnya...jadi puak2 kelate ni kenalah sedar diri....cuba2 bercampur dengan dunia luar. ini tidak, datang tempat orang buat onar. tak kira laki atau perempuan, sama je. baca komen2 kat atas ni tau dah mana yg kelantan, kalau ada perkataan nate beruk, bengong, tahik babi tu tak lain lah...confirm kelantan. apa ni cakap negeri Islam (konon) tapi mencarut. inilah buktinya semua persepsi ni bukan direka-reka, tapi hakikat. bila kita kata laki kelantan pemalas, pompuannya gedik, sepatutnya org kelantan cuba nafikan dengan membuktikan sebaliknya, bukan dengan carut maki wal hamun.

    semoga beroleh manfaat...assalam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara.. Habis tu negeri luar xde yg mencarut? Kau dgn admin pun sama bodoh!! Terima lah hakikat bahawasanya kau ni bodoh. Apa klu pergi negeri lain mereka berzikir je sepanjang jln xde yg mencarut? Tipu la aku pernah berada di beberapa negeri dlm sehari xkan terlepas dgn kata2 kesat mereka sprt, sial, bangsat, lancau, cibai dan sbginya. Elok la tu kan? Bila guna bhsa kelantan jer jd xelok, bgitukah? dan satu lg betul akak nurlisaamin kata ISLAM bkn terletak pd sesuatu negeri hbs tu malaysia ni bkn negara islamkah? jgn pasal agama kau rujuk pd satu negeri shj semua negeri adlh sama cuma sikap individu itu yg membezakan kita. Kau kata org kelantan suka mengutuk? cuba kau tngok dlm youtube, facebook dan mna2 media sosial siapa dlu mula mengutuk. Rakyat kelantan sering dikutuk, dikeji dan dianaktirikan bkn stakat politik. bahasa, negeri, rakyat, pemerintahan, makanan dan sebaliknya sering diketawa gelak malah dilemparkan lg dgn kata2 yg sungguh hina adakah kami rakyat kelantan msh berdiam diri? "Anda jgn suka melihat keburukkan org lain sedangkan dri sendiri tidak perasan".. dan satu lg jgn tunjuk sgt kebodohan itu.

      Delete
  69. Assalamaualaikum....Pd pndangan sy,sebenarnya tahap agama kite bkn bergntung pd negeri mne kite tinggal..Ia bergantung pada individu masing2,dan kemiskinan negeri juga bkn la pd ade nye bngunan yg bertingkat2cdidalam negeri tersebut...negeri kelantan mngkin miskin dri segi kebendaan yg jelas kite dpt tgok tp negeri kelantan jg mngkin ade kekayaan nye jgk sy org kelantan sy sokong pentadbiran negeri ni truskan degn cra yg sedia ada.mcm bntuan bersamamu plak setahu sy semua negeri yg dapat..wal hal negeri yg paling kaya pn ade jgk yg dpt..ade diantara kite yg miskin dan kaya xkire dimana2 negeri sekali pon..negeri lain xdpt bntuan bersamamu pun tiada msalah mngkin krn negeri tersebut bkn negeri miskin..bagi pd insan yg memerlukan :) dari segi bahasa percakapan bkn negeri nie je ckp xsedap didengar bahkan ade org dri negeri lain bhsa yg digunakan pon agak keterlaluan dan kasar..setiap org ade pndagan masing2..dan pd pndangan sy xelok kite bergaduh sesama islam bile org bkn beragama islam baca xelok dilihat dan mcm2 pndgan buruk yg akn diberi..setiap negeri ade kelebihan dan kekurangan tersendiri..dari negeri mne pun kite agama kita sama iaitu ISLAM dan matlamat kite juga sama iaitu SYURGA.

    ReplyDelete
  70. Aku org selangor. dan boleh aku katakan dkt sini kebanyakannya adlh org kedah, johor dan kelantan. org kedah bagi aku ok je. kelantan lak bagi aku agak perkauman dan suka menganggap tempat tu mcm dia punya je tapi diorg mempunyai sikap yg baik iaitu rajin berniaga. org johor pulak satu hal. dtg sini berlagak je lebih. kata negeri johor maju tapi asal ramai duk selangor ni. x yah nak kata selangor+johor tu bersaudara kalau majoriti mentaliti org johor ni agak kolot sikit. selangor boleh dibanggakan juga sbb org melayu pun ramai yg jadi ahli perniagaan. cuba pergi shah alam, gombak, ampang, bangi dan kajang. melayu yg maju. kelantan pun bagi aku ok je sbb ramai rakyatnya yg berniaga walaupun kebanyakannya mereka berada di negeri org dan juga berpuak2. tapi org johor dkt sini majoritinya bekerja dgn org je. asyik makan gaji je. mmg betul aku perhatikan johor ni yg maju oeg cina je. tengok bandar batu pahat, skudai, kulai, muar, tangkak, segamat, kluang dan jb. siapa yg kaya kalau bkn cina.

    ReplyDelete
  71. pahtu sohor sgt la mung tuh, kayo ko mung???? klau stakat negeri mung jah kayo, pahtu penduduk byok miskin, x heran ckit habuk aku....puiiii, klau mung tu jeless, oyak slaluh...pahtu so lagi yg mung g ambak ore klate hok dok luar klate tu bakpo, tanah negeri mung tuh tanoh mung ko?? semo tu hoh ALLAH punyo, xdop sabik nge mung eh, ikut suko hati ore klate la nok dok mano pom....bodoh betul la pemikiran admin ni...

    ReplyDelete
  72. mek Pantai Chinta BrehiSeptember 12, 2018 at 5:18 AM

    Anti Kelantan? Datang sini cair

    ReplyDelete
  73. Saya harap orang kelantan tidak membenci etnis kami ,kami etnis jawa karena etnis jawa johor berbeza dengan jawa kedah karena jawa kedah murnis tak seperti jawa johor yang hibrid

    ReplyDelete
  74. Lantaklah negeri aku miskin ke ape, yg penting aku kaya... aku jual nasi kerapu special kat kolumpo RM8-RM10 sebungkus, kalau aku jual kat negeri aku dengan harga nih xda sapa nak beli, sampai bila pun aku tak kaya... dan dengan duit yang aku kumpul tu campur ngan duit gaji aku beli tanah kat negeri aku pastu buat rumah semi-d, satu buat duduk time aku balik kampung satu lagi buat sewa... skrang nih aku planning nak beli tanah satu lagi nak buat rumah banglo plak untuk pencen nanti... ni baru sorang orang kelantan, ni pun kira paling low class dah nih...

    ReplyDelete