Thursday, December 29, 2011

Bantah monopoli MAS AirAsia - jangan pinggirkan Sabah dan Sarawak

Salam...

Saya pernah menetap di Sabah selama 5 tahun...dan selama itu, kapal terbang umpama bas bagi saya kerana sering ulang-alik dari Kuala Lumpur ke Sabah...manakala Lapangan Terbang KLIA dan LCCT umpama stesen bas bagi saya kerana sering menaiki penerbangan ke sana.

Saya cukup kecewa bila mendapat tahu bahawa MAS melalui syarikatnya Firefly telah membatalkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan dan Kota Kinabalu. Kini laluan penerbangan ke Sandakan dimonopoli oleh AirAsia sepenuhnya.

Manakala laluan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu..walaupun MAS masih membuat penerbangan ke sana tetapi penarikan Firefly mengurangkan jumlah penerbangan antara Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.

Begitu juga laluan penerbangan ke Kuching dan Bintulu yang dirancang oleh Firefly..kini tidak lagi dibuat. Firefly telah menarik semua pelaburannya untuk destinasi penerbangan ke Malaysia Timur.

AirAsia nampaknya telah cuba memonopoli sepenuhnya penerbangan dari Semenanjung ke Malaysia Timur...kesan daripada kerjasama perjanjian antara MAS dan AirAsia yang lebih menguntungkan AirAsia dan merugikan rakyat.

Jurang Wilayah yang terlalu jauh

Sudah 48 tahun Malaysia terbentuk melalui gabungan negeri-negeri Malaya dengan Sabah dan Sarawak serta Labuan...tetapi masalah jurang antara wilayah Malaysia Barat (Semenanjung) dengan Malaysia Timur (Sabah/Sarawak)..masih berlaku dan ketara. Faktor utama adalah kerana masalah perhubungan dan pengangkutan antara kedua wilayah.

Kalau dulu..tambang kapal terbang antara kedua wilayah adalah sangat mahal..maka tak ramai rakyat mampu bergerak antara Malaysia Barat ke Malaysia Timur. Hanya golongan kaya sahaja yang mampu membeli tiket sedangkan golongan rakyat biasa tidak mampu...ini menyebabkan integrasi antara kedua wilayah tidak berjalan dengan baik.

Kesannya...orang Semenanjung salah sangka dengan orang Sabah dan Sarawak...dan begitu juga sebaliknya...orang Sabah/Sarawak salah sangka juga dengan orang Semenanjung.

Konsep penerbangan tambang murah harapan integrasi wilayah

Apabila AirAsia memperkenalkan konsep penerbangan tambang murah..saya yakin seluruh rakyat Malaysia bergembira..kerana itu adalah peluang untuk rakyat menaiki kapal terbang yang selama ini hanya sekadar impian semata.

Berbondong-bondong la rakyat biasa orang Semenanjung membeli tiket AirAsia yang murah itu untuk pertama kali menjejak kaki ke negeri Sabah dan Sarawak dan merasai keindahan wilayah Malaysia Timur itu yang selama ini mereka hanya sekadar mampu bermimpi di siang hari untuk ke sana...

Berbondong-bondong jugalah warga Sabah dan Sarawak menaiki penerbangan tambang murah itu untuk ke Semenanjung dan menikmati keindahan dan kemajuan di wilayah Malaysia Barat itu.

Kesannya...integrasi antara wilayah Malaysia Barat dan Timur semakin erat dan rapat..segala salah tanggapan antara penduduk kedua wilayah semakin dapat dihapuskan....saya lihat sendiri..sentimen anti-Malaya oleh anak-anak muda Sabah dan Sarawak semakin hilang malah mereka berasa gembira dapat berkawan dengan rakan dari Semenanjung...

Begitu juga sentimen asing anak muda Semenanjung kepada Sabah Sarawak sudah hapus sama sekali..malahan Sabah dan Sarawak adalah destinasi utama anak-anak muda dari Semenanjung untuk bercuti kerana cintakan keindahan dan kebaikan masyarakat Sabah dan Sarawak.

Monopoli MAS-AirAsia gugat integrasi wilayah

Kesan monopoli ini ialah tambang penerbangan menjadi mahal dan jumlah penerbangan menjadi sedikit lantaran tiada persaingan sihat seperti sebelum ini. Ini akan menggugat integrasi wilayah yang sedang rancak sekarang ini...menyebabkan jurang antara penduduk Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak akan kembali lebar.

Pergaulan antara keduanya menjadi semakin sukar dan akhirnya salah tanggapan seperti sebelum ini akan kembali subur...ini bahaya kepada perpaduan satu Malaysia. Bersatu kita bantah monopoli MAS-AirAsia.

rujukan : kekecewaan kerajaan Sabah terhadap monopoli MAS-AirAsia

1 comment:

  1. ini aku setuju... aku start dtg semenanjung thn 2010.. time tu aku pakai air asia ,ok lah dikira murah le tu..seratus lbh kan.. ok lah aku rasa aku balik study t,keja kt swk,tak de mslh nak ulang alik g kl ke nk shopping nk kalan g langkawi ke kan..sekali thn 2012 last2 aku study nie.. nak balik dh, diorg dua ni nk bergabung..mak aiii ambik ko.. aku check government waraant yg spon tiket aku balik hbs belajar dh.. utk 7 org kitarg, semuanya bernilai rm6000..logik ke??? ntah apa2 ntah, air asia dn mas nk pentingkan keuntungan masing2 tk pikir hal rakyat kui2.. nk kaya jea..

    ReplyDelete