Sunday, December 11, 2011

Bahasa Inggeris bahasa sains?..kajian OECD buktikan sebaliknya

Salam...

Stigma bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sains dan matematik adalah terbukti palsu dan tidak benar...sejak bila pula bahasa Inggeris diiktiraf sebagai bahasa rasmi sains dan matematik???..sedangkan ramai saintis terkemuka tidak menggunakan bahasa Inggeris pun sebagai medium rasmi kajian mereka...

OECD (Organisation for Economic Co-operation and Developement) telah membuat kajian perbandingan penguasaan sains dan matematik dikalangan pelajar di seluruh dunia yang dipanggil PISA (Programme for International Student Assessment)...membuktikan bahawa negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris merupakan negara terbaik penguasaan sains dan matematik...

Berikut adalah hasil kajian...

PENGUASAAN MATEMATIK


1. Finland (markah 546)
Finland adalah negara Scandinavia...bahasa rasmi bagi semua urusan pendidikan dan perniagaan adalah BAHASA FINLAND

2. Korea Selatan (markah 542)
Bahasa rasmi bagi semua urusan pendidikan dan perniagaan adalah BAHASA KOREA

3. Belanda (markah 538)
Bahasa rasmi bagi semua urusan pendidikan dan perniagaan adalah BAHASA BELANDA


PENGUASAAN SAINS


1. Finland (markah 563)
Finland adalah negara Scandinavia...bahasa rasmi bagi semua urusan pendidikan dan perniagaan adalah BAHASA FINLAND

2. Kanada (markah 534)
Bahasa rasmi bagi semua urusan pendidikan dan perniagaan adalah BAHASA INGGERIS dan BAHASA PERANCIS (bagi wilayah Quebec dan New Brunswick)

3. Jepun (markah 531)
Bahasa rasmi bagi semua urusan pendidikan dan perniagaan adalah BAHASA JEPUN

Masih nak agungkan bahasa Inggeris....tepuk dada..tanya iman...

2 comments:

  1. sangat benar yg rata-rata negara yang maju dalam bidang sains dan matematik menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. tetapi, bahasa perantaraan dalam dunia sains adalah bahasa inggeris.

    saya sendiri adalah seorang penuntut di salah sebuah universiti di jepun yang memerlukan saya menguasai bahasa jepun terlebih dahulu sebelum dapat melanjutkan pelajaran ke sana. tetapi, apabila sudah sampai di satu tahap yang tinggi dalam bidang pendidikan yang memerlukan perkongsian ilmu, bukanlah bahasa jepun yang digunakan, tapi bahasa inggeris, yang mana teks2 perkongsian ilmu juga bukanlan seratus peratus dari negara yg menggunakan bahasa inggeris tapi dari negara yang bahasa ibunda mereka bukanlah bahasa bahasa inggeris seperti Jerman, Perancis dan lain-lain.

    sekadar perkongsian.

    ReplyDelete
  2. memang kita kena kuasai bahasa inggeris..tapi bukan dengan cara belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris...

    sebaliknya tingkatkan penguasaan bahasa inggeris melalui pembelajaran subjek bahasa itu sendiri...pembelajaran komunikasi bahasa inggeris....sains dan math biarlah dalam bahasa melayu..

    bila pelajar kuasai komunikasi bahasa inggeris..automatik mereka akan kuasai apa juga jenis bahasa inggeris...

    ReplyDelete