Wednesday, January 9, 2013

Pulau Pinang lahir tokoh terbilang

Salam,

Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang kecil sahaja. Dari sudut geografi, Pulau Pinang merupakan negeri kedua terkecil di Malaysia dengan hanya berkeluasan 1,048 km persegi, besar lagi Daerah Kuala Selangor.


                                 peta negeri Pulau Pinang

Negeri Pulau Pinang terbahagi kepada dua wilayah iaitu Pulau Pinang dan Seberang Perai...yang merangkumi 5 daerah iaitu Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Disebabkan keluasannya yang kecil, negeri Pulau Pinang hanya mempunyai 2 Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai



                                                penang bridge


                                       Georgetown, Pulau Pinang

Namun, disebabkan negeri Pulau Pinang bebas daripada cengkaman pemikiran feudalisme..maka negeri ini banyak melahirkan tokoh-tokoh hebat sepanjang sejarah. Ini kerana, rakyat Pulau Pinang bebas pemikiran mereka disebabkan mereka tidak dibelenggu dengan amalan feudalisme.

Tokoh besar yang berjaya dilahirkan Pulau Pinang ialah :

Politik
1. Tun Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia ke-5)
2. DS Anwar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-7)
3. Lim Chong Eu (Ketua Menteri Pulau Pinang ke-2)
4. Koh Tsu Koon (Ketua Menteri Pulau Pinang ke-3)
5. Karpal Singh (Pengerusi DAP)
6. Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS)
Ulama/Tokoh Islam
1. Haji Yusof Rawa (Mursyidul Am PAS pertama)
2. Haji Abdullah Fahem (tokoh Ulama)
3. Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Mufti Perlis dari 2006-2009)
4. Sheikh Al-Hadi (penggerak Ulama muda)
Organisasi
1. Parti Islam se-Malaysia (PAS) - didaftarkan di Pulau Pinang pada 1955 no.daftar 733
2. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) - persatuan pengguna paling lantang
3. Universiti Sains Malaysia (USM) - universiti terbaik Malaysia dan pertama bertaraf APEX
4. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (kini Institut Pendidikan Guru Kampus P.Pinang) - banyak lahirkan tokoh pendidik terbilang
Perniagaan
1. Jimmy Choo (pereka kasut terkenal)
2. Loh Boon Siew (pengasas Honda Malaysia)
Sukan
1. Eddy Chong (juara All England 5 kali)
2. Lee Chong Wei (pemain badmintan no 1 dunia)
3. Nico Ann David (ratu Skuash)
Seni/Budaya
1. P Ramlee
2. Ahmad Daud
3. Hail Amir
4. Razif Ismail
5. Nasir Wahab
6. Pie
7. Pakman Telo
8. Imuda
9. Ahmad Nawab
10. Ahmad Nisfu
11. Nordin Ahmad
12. Alleycats...........dan ramai lagi

No comments:

Post a Comment