Wednesday, January 22, 2014

Isu Azmin : Pemimpin kena bersikap terbuka

Salam sejahtera,

Isu pengguguran Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah jadi satu isu atau polemik yang tidak sepatutnya berlaku. Isu ini menyebabkan rakyat Selangor merasa gelisah kerana banyak isu lain yang lebih utama perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Selangor.



Kepimpinan PKR kena gentlemen

Azmin Ali, Anwar Ibrahim dan PKR Selangor sepatutnya bersikap 'gentlemen' dan profesional dalam isu pengguguran tersebut. Mereka sepatutnya menerima dengan hati terbuka pengguguran Azmin Ali daripada menjadi Ahli Lembaga Pengarah PKNS kerana Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor berhak melantik siapa saja untuk jawatan itu.

PKR harus ingat bahawa Menteri Besar Selangor berkhidmat untuk rakyat Selangor BUKAN berkhidmat untuk PKR Selangor.


Azmin, Anwar Ibrahim dan PKR sepatutnya mencontohi Khalid Al-Walid yang tidak marah pun apabila beliau dipecat daripada jawatan Panglima Perang oleh Saidina Umar bin Al-Khattab ketika Umar menjadi Khalifah Islam. Malah Khalid Al-Walid dengan rela hati menerima dan terus berjuang sebagai pejuang biasa dan memberi kerjasama padu kepada Panglima Perang yang baru.

Selangor bukan eksklusif milik PKR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sepatutnya sedar bahawa negeri Selangor bukan secara eksklusif milik PKR. Tidak seperti Pulau Pinang yang didominasi oleh DAP dan Kelantan yang didominasi oleh PAS, Selangor adalah negeri dimana tiada parti yang mendominasi.

Bangunan SUK Selangor
Malah PKR harus sedar bahawa PKR sebenarnya memiliki kerusi DUN paling sedikit dalam Dewan Negeri Selangor. Pelantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pun hanyalah ihsan daripada PAS dan DAP memandangkan Tan Sri Khalid Ibrahim telah berkhidmat dengan cemerlang sebagai MB pada penggal lalu.

PKR parti yang lemah

Isu ini mendedahkan bahawa PKR bukan sebuah parti yang kuat. Ini akan memberi kelebihan besar kepada BN dan UMNO dalam cuba merebut negeri Selangor dalam pilihanraya akan datang. Cukup-cukuplah bergaduh tu.............

Friday, January 3, 2014

Kenapa Exco Agama Selangor tidak dimaklum JAIS ?

Salam,

Kes serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Persatuan Bible Malaysia menimbulkan satu polemik yang dasyhat antara agama di Malaysia.

Lambang JAIS
Namun malangnya, Exco Agama Islam Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor tidak dimaklumkan mengenai serbuan tersebut sedangkan JAIS adalah agensi dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor. Kenapa ini berlaku?

Ibu Pejabat JAIS dan MAIS di Shah Alam
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 (pindaan 2008)

Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat satu pindaan pada tahun 2008 apabila telah meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003. Ketika itu, Exco Agama Islam Selangor adalah Dato' Hassan Ali (yang dipecat dari PAS pada 2012).

Lambang MAIS
Pindaan 2008 telah meletakkan JAIS dibawah kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sepenuhnya, malahan pindaan tersebut meletakkan Sultan Selangor berkuasa penuh dalam melantik Ahli Majlis, MAIS dan berkuasa penuh memberi arahan kepada MAIS.

Sedangkan sebelum ini, Sultan Selangor bertindak hanya selepas mendapat nasihat daripada Menteri Besar dalam melantik ahli majlis MAIS dan memberi arahan kepada MAIS.

Maka tindakan JAIS tanpa merujuk Exco Agama Islam dan Kerajaan Negeri adalah sah di sisi undang-undang.

 Untuk makluman juga, Dato' Hassan Ali masih ahli majlis MAIS dan Exco Agama ketika ini bukan ahli majlis MAIS.

*ini pemahaman saya tentang Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 (pindaan 2008)..jika ada kesilapan sila tegur nye... rujukan klik sini

Sekian