Tuesday, August 6, 2013

BOMBA ~ wira yang dilupakan

BOMBA

Apa maksud Bomba?....kalau ikut definisi Dewan Bahasa dan Pustaka...Bomba bermaksud :

1. alat utk mengepam air dll, pam: air telaga itu dinaikkan ke atas dgn ~; 2. pasukan yg bertugas utk memadamkan kebakaran; ahli ~ orang yg bertugas memadamkan kebakaran; kereta ~ kereta yg digunakan oleh ahli bomba apabila memadamkan kebakaran; perkhidmatan ~ perkhidmatan utk memadamkan kebakaran; kebombaan segala urusan yg berkaitan dgn perkhidmatan bomba: dia menjalani latihan asas ~ di Pusat Latihan Bomba.



Namun, apa yang kita maklum...Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bukan sahaja berfungsi memadam kebakaran malah lebih dari itu....



Jika berlaku kemalangan jalan raya...bomba dipanggil




Jika berlaku ular atau haiwan berbisa masuk rumah...bomba juga dipanggil



Jika berlaku bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, bangunan runtuh..bomba juga dipanggil

Malah jika ada yang tersangkut pada jeriji..cuba bunuh diri..bomba juga dipanggil

Betapa besar jasa dan pengorbanan mereka...bayangkan jika sehari semua pegawai bomba tidak bertugas??...huru hara la negara kita jadinya...

NAMUN....setiap kali anggota tentera dan polis mendapat pelbagai kenaikan gaji dan elaun...tidak kedengaran pula anggota bomba menerima habuan yang sama...

Jelas...Bomba wira yang dilupakan
~selamat bertugas wahai anggota/pegawai BOMBA sekelian~