Friday, January 27, 2012

Hapuskan PPSMI...kesan buruk PPSMI dah terbukti !!

Salam...

Kesan buruk PPSMI sudah terbukti..inilah sistem ciptaan Mahathir yang memusnahkan sistem pendidikan Malaysia secara total...kerana PPSMI..English entah ke mana..Bahasa Melayu terpinggir dan Sains tidak diminati pelajar..


Kemerosotan Minat Pelajar Terhadap Jurusan Sains Membimbangkan:Khaled Nordin
PUTRAJAYA: Minat pelajar untuk mengikuti jurusan sains di sekolah semakin merosot ke tahap yang sangat kritikal, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
"Ini boleh membantutkan usaha kerajaan meningkatkan inovasi teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi," katanya pada majlis amanat tahun baru 2012 kementerian itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, Khamis.
Mohamed Khaled berkata, kajian Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 memerlukan 60 peratus aliran sains dan 40 peratus aliran sastera, namun ia belum dicapai lagi.
"Lebih membimbangkan sejak 2007, peratus pelajar mengambil jurusan sains terus menurun sehingga 29 peratus. Keadaan ini berterusan ke tahap universiti," katanya.
Rujukan klik sini

Mahathir dan UMNO adalah pengkhianat bangsa Melayu dan rakyat Malaysia..kerana mereka Wawasan 2020 ciptaan mereka sendiri tidak akan sama sekali tercapai...HAPUSKAN PPSMI

Thursday, January 26, 2012

Siapa percaya 2012 tahun kemusnahan..dia syirik

Salam..

Apabila masuk 2012..semua benda normal jadi pelik..sengaja nak justify ramalan kaum mayan yang kata 2012 tahun kemusnahan..konon benar..guruh dikata suara dari langit..aurora dikata cahaya pelik..aurora tu dah lama wujud..langit hijau yang dilihat di Scotland tu adalah fenomena aurora...umat Islam dah mula percaya kepada ramalan kaum agama lain yang bodoh itu...http://en.wikipedia.org/wiki/Aurora_(astronomy)

File:AuroraAustralisPaulMoss.JPG
Aurora yang dilihat di New Zealand pada tahun 1994

Aurora adalah fenomena langit menjadi hijau..kekuningan atau kemerahan yang berlaku disebabkan ribut geomagnetik. Ribut geomagnetik adalah fenomena yang berlaku apabila gelombang angin solar yang menganggu medan magnet bumi.

Ribut geomagnetik ini menyebabkan berlakunya aurora yang boleh dilihat biasanya di utara Kanada, Alaska (U.S), Russia, Sweden, Scotland (U.K), Iceland, New Zealand, Australia dan Jepun. Pernah juga direkodkan bahawa aurora pernah dilihat sehingga ke Lautan Hindi, negara Madagascar dan Texas (U.S).

Fenomena pelik ini telah berlaku beribu tahun dan telah menjadi bahan kajian sains semenjak tahun 1806 lagi. Jadi mengapa tetiba masuk 2012, fenomena ini dikatakan petanda kemusnahan 2012???...

Ini adalah bukti bahawa masyarakat kita jahil sains...kesan daripada PPSMI...anak muda Malaysia semakin pandai berbahasa Inggeris tetapi pada masa sama semakin jahil ilmu sains dan matematik sehingga banyak fenomena sains dikatakan benda pelik..aduhhh...

Sekadar berkongsi...

Wednesday, January 25, 2012

Menjawab hujah orang Kelantan - tolong jangan nak berlagak yer...

Salam...

Saya bukan anti-Kelantan..malah ramai kawan saya orang Kelantan..dan saya juga punya saudara mara orang Kelantan...cuma saya post-kan ini sebagai teguran, nasihat dan membalas hujah orang Kelantan yang fanatik.

Malah ketika saya membeli-belah di OneUtama, Damansara pada bulan Ramadhan tahun 2010 lalu..ada dua orang 'cashier' orang Kelantan yang selamba kutuk dan hina orang Selangor di depan orang ramai yang sedang beratur (mereka berbual sambil hina kawan mereka orang Selangor dan hina sekali orang Selangor)...

Namun, saya hanya bersabar dan tidak pula herdik atau marah dua orang 'cashier' tersebut..malah saya ucap selamat hari raya lagi dan selamba bagitau saya beraya di kampung saya di Utara Selangor...jadi rasanya tak salahkan jika saya nak tegur...

Dalam post saya sebelum ini Orang Kelantan Kena Terima Hakikat...ada beberapa komen yang kemukakan hujah yang sangat fanatik yang saya rasa perlu sedikit pembetulan.

antara hujah tersebut :
AnonymousDec 18, 2011 06:15 PM
biarlah batu di tepi jalan nak komen ape pon pasal kelantan...
yang pasti dia tu merugikan....
kerana perasaan hasad dengkinya yang membuak-buak kerana kelantan nih bawah pimpinan PAS sedangkan dia tu umno kuno....
kalu rakyat kelantan pakat balik ke kelantan...wajib negeri2 yg di huni oleh rakyat kelantan akan jatuh muflis,kerana dgn adanya rakyat kelantan kat sana tu negeri itu maju membangun....
TETAPI aku sebagai rakyat kelantan xpernah pun rasa negeri aku nih miskin...sana membangun sini membangun,biarlah bukan kerajaan dirikan tetapi kerana kerajaan ingin mengkayakan rakyatnya...

AnonymousDec 17, 2011 05:36 AM
saya rasa kenyataan saudara kurang tepat...

1) yang menjadikan negeri lain kaya raya tu pun hasil sumbangan anak2 kelantan.

2) yang kaya raya di negeri lain2 tu bukannya melayu tp bangsa lain..melayu hanya jadi kuli..tu pun nak bangga.

3) untuk makluman sejak pembukaan pasaraya besar KB Mall n sekarang TESCO, pernah mencatat hasil jualan secara CASH Rm 1 JuTA sehari....pasaraya tempat ko ada dpt hasil mcm tu..

kesimpulanya, ko mmg anti kelantan...sifat org melayu yg suka berdengki tu menjadi milik ko..ko degki dengan org kelantan..
Dua hujah bebal...

Malah hujah biasa bagi orang Kelantan ialah..."tengok tu...jawatan-jawatan utama kerajaan negeri-negeri lain pun orang Kelantan kuasai"...

Betul ke hujah tu???

Kalaulah orang Kelantan hebat sangat..sehingga semua pegawai tinggi kerajaan negeri lain pun orang Kelantan pegang...confirm lah kerajaan negeri Kelantan hanya dikuasai orang Kelantan..tapi apa berlaku sebaliknya...

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan..satu jawatan utama dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan bukanlah disandang oleh orang Kelantan tetapi orang Perak !..ini bukti (klik sini)

Wahhh..kata orang Kelantan hebat sehingga negeri-negeri lain maju kerana adanya orang Kelantan..sekali tetiba Pengarah Perhutanan Kelantan dipegang oleh orang Perak?...mana orang Kelantan yang hebat-hebat tu???...

Kesimpulan...tolonglah jangan nak berlagak..anda semua marah bila Kelantan dihina tetapi pada masa sama..anda hina orang negeri lain dengan teruk...boleh la pulak....

Kalau orang Kelantan mahu dihormati..hormati dulu orang negeri lain....

Sekadar berkongsi :-)

Tuesday, January 24, 2012

Kenapa biarkan anak mandi laut??...

Salam..

Simpati dengan nasib ibu yang kehilangan 2 orang anak kerana lemas di Kuantan, Pahang...

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2anaklemas/Article/index_html

Tapi bila pihak berkuasa disalahkan kerana insiden ini..saya terfikir sesuatu...

Yaaa...mungkin salah pihak berkuasa negara kita tidak mempunyai 'Lifeguard' di setiap pantai peranginan di negara kita..jika di Amerika Syarikat, 'Lifeguard' ini diletakkan dibawah Jabatan Bomba dan Penyelamat dan ditugas memantau semua pantai-pantai peranginan.

LA Co Lifeguard Logo
'Lifeguard' Jabatan Bomba Daerah Los Angeles

Mungkin di Malaysia..langkah yang sama boleh diguna pakai....

Namun..kepada ibu bapa..khususnya di kawasan pantai timur..dah tau sekarang musim tak menentu..setiap hari hujan..laut bergelora...yang izinkan anak mandi di pantai juga kenapa??...berkelah sekadar main pasir pantai sudah la...bila dah jadi macam ni....menyesal tak sudah...

Wallahualam...

Wednesday, January 18, 2012

Kenapa Portfolio Hal Ehwal Islam dipegang Khalid?

Salam...


Pelantikan Dr Ahmad Yunus, ADUN Sijangkang (PAS) sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru telah menimbulkan satu isu/polemik berkenaan perubahan portfolio. Sebelum ini, portfolio hal ehwal Melayu/Agama Islam, kemudahan awam dan infrastruktur dipegang oleh Hassan Ali, ADUN PAS yang baru sahaja dipecat daripada PAS.

Tetapi Dr Ahmad Yunus hanya memegang portfolio Adat Melayu, Belia dan Sukan sedangkan portfolio Agama Islam, kemudahan awam dan infrastruktur dipegang sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Adakah MB Khalid tidak percaya kepada PAS untuk urus agama Islam?...ini jawapannya...(berdasarkan pandangan peribadi saya)

Khalid mahu bantu PAS

Kita tahu dalam kerangka pentadbiran kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia...Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Exco tiada kuasa eksekutif mutlak ke atas jabatan dan agensi kerajaan negeri yang dibawah portfolio mereka.....hanya Exco kerajaan Sabah dan Sarawak yang bertaraf menteri ada kuasa mutlak ke atas jabatan dan agensi kerajaan negeri dibawah portfolio mereka.

Ditambah dengan pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang dibawa oleh Hassan Ali di Dewan Undangan Negeri Selangor pada 2009 (seingat saya) yang menyebabkan Exco Agama Islam Selangor tiada kuasa ke atas semua agensi agama Islam di Selangor..sebaliknya yang berkuasa ke atas agensi Agama Islam negeri Selangor adalah Dato' Setia Haji Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang dilantik oleh Sultan Selangor. Sedangkan Exco Agama Islam hanyalah bertaraf Timbalan Pengerusi MAIS.

Tambahan pula, agensi Agama Islam negeri Selangor seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), MAIS telah ada sejarah beberapa kali bertindak tanpa terlebih dahulu merujuk Exco Agama Islam Selangor yang ketika itu dipegang Hassan Ali (sebab dalam enakmen, mereka tak perlu pun untuk rujuk dahulu kepada Exco). Maka, Khalid Ibrahim risau bahawa perkara lama akan berulang...dan jika ia berulang ia hanya akan menyebabkan reputasi PAS Selangor menjadi lebih buruk.

Khalid mahu guna kuasa MB

Khalid Ibrahim sedar bahawa yang dapat 'mengawal' JAIS dan MAIS adalah Menteri Besar sendiri kerana Menteri Besar punya kuasa eksekutif ke atas semua jabatan dan agensi kerajaan negeri seperti MAIS dan JAIS. Sudah tentu JAIS dan MAIS akan menurut apa sahaja arahan yang keluar daripada pejabat Menteri Besar kerana apa jua arahan Menteri Besar...Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sendiri pun tidak akan dapat membantah...inikan pula JAIS atau MAIS.

Saya yakin, Khalid Ibrahim akan menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar Selangor untuk membuat reformasi ke atas urus tadbir agama Islam di Selangor. Malah mungkin Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 akan dipinda semula untuk memberi kuasa kepada Exco Agama Islam Selangor...mungkin dalam pindaan itu nanti...jawatan Pengerusi MAIS akan diwajibkan disandang oleh Exco Agama Islam Selangor dan bukan orang luar (bukan Exco).

Untuk rekod...
Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka adalah Ketua Menteri Melaka...
Pengerusi Majlis Agama Islam Johor adalah Exco Agama Islam Johor...

So..saya rasakan Selangor akan mengikut langkah negeri Johor iaitu mewajibkan Exco Agama Islam sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri dan bukan orang lain.

Maka, selepas Khalid Ibrahim berjaya membuat perubahan itu...pasti portfolio Agama Islam akan diserahkan semula kepada wakil PAS...tunggu dan lihat..

Sekadar pandangan peribadi....

PPSMI jadikan rakyat Malaysia bodoh English???

Salam...

Inilah kesan PPSMI...ramai rakyat Malaysia jadi bodoh sains dan matematik..dan jadi bodoh bahasa Melayu..lebih dahsyat..bahasa Inggeris pun bodoh..."yang dikejar tak dapat, yang digendong keciciran...

Takkan la tak faham apa yang Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) cuba sampaikan...dengar betul-betul..apa yang DSAI maksudkan dengan 'archaic law' atau undang-undang lapuk adalah Kanun Acara Jenayah yang DSAI kena bicara dalam Liwat II yang lapuk dan berat sebelah...review 'archaic law' yang DSAI maksudkan ialah ia diganti dengan undang-undang islam yang adil dan saksama...

Sebab itu apabila DSAI difitnah dalam liwat II...DSAI adukan di mahkamah syariah dan bukan mahkamah sivil..tapi sayangnya mahkamah syariah Wilayah Persekutuan menolak tuntutan Qazaf DSAI...

"we do not promote homosexuality in public sphere or domain"..betul lah maksud DSAI..takkan Jabatan Agama nak ketuk semua rumah seluruh Malaysia dan siasat anda gay/lesbian atau tidak??...dan 'sphere' yang dimaksudkan adalah keseluruhan...maknanya seluruh masyarakat..so DSAI menolak gay/lesbian dalam seluruh masyarakat Malaysia.....

Dan apa yang DSAI maksudkan adalah kita jangan mudah menghukum seseorang itu bersalah (gay/lesbian dsb) selagi ia belum terbukti bersalah..selari dengan ajaran Islam..jangan mudah menuduh tanpa bukti dan usul periksa..

Dengar betul-betul kenyataan DSAI....saya yang lahir dalam sistem bahasa Melayu pun boleh faham...


Saturday, January 14, 2012

Ulama utama Ahlul Sunnah sokong DSAI...



Ulama utama masakini Dr Yusof Qardhawi yang pernah mendapat anugerah Tokoh Maal Hijrah oleh Kerajaan Malaysia sendiri dalam laman web beliau menyokong dan mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim diatas kemenangannya dalam kes liwat II...

Sedangkan Ulama tersohor dunia sokong Anwar Ibrahim...siapa kita pula nak menentang Anwar Ibrahim???...fikir-fikirkan.....apa lagi..undilah Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti...

rujukan klik sini

Wednesday, January 11, 2012

Menjawab Tohmah UMNO

Salam...

Berikut petikan berita komen Muhyidin, Timbalan Presiden UMNO berkaitan pemecatan Hassan Ali.


Muhyiddin: Umno lebih bertimbang rasa dari PAS
Umno akan memberi peluang kepada bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali untuk membela diri dan tidak memecatnya secara melulu seperti yang dilakukan oleh parti itu, kata timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ini perkara dalaman PAS, yang kita tidak pernah campur tangan. Tetapi dalam dalam Umno, kita ada sistem demokrasi yang berdasarkan Islam,”  kata Muhyiddin yang juga adalah timbalan perdana menteri.

“Jika ahli membuat kesilapan, kita tidak pecat secara melulu. Tiada tindakan disiplin akan diambil tanpa memberinya peluang membela diri,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Jika kita imbas kembali pada tahun 1998, semasa Dato' Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia dan merangkap Timbalan Presiden UMNO telah dipecat secara drastik tanpa langsung dihadapkan dahulu ke Lembaga Disiplin UMNO.

Pemecatan Anwar Ibrahim menggemparkan seluruh Malaysia kerana secara tiba-tiba berita pemecatan itu diumumkan pada malam 2 September 1998. Saya masih ingat lagi waktu itu, seluruh rakyat Malaysia terkejut memandangkan Anwar Ibrahim adalah menteri kabinet paling disukai rakyat disebabkan polisinya yang banyak membela rakyat.

Tiada amaran, tiada perbincangan..Anwar Ibrahim terus dipecat hanya kerana terbit satu buku fitnah '50 Dalil mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM' oleh penulis bernama Khalid Jafri (yang dah pun meninggal dunia).

Sedangkan dalam kes Hassan Ali..PAS telah pun memberi amaran kepada Hassan Ali..malah Hassan Ali juga dipanggil menghadap oleh Presiden dan Mursyidul Am di Kota Bharu, Kelantan dan diberi peringatan...namun disebabkan Hassan Ali degil juga, maka pemecatan berlaku.

Sedangkan dalam kes Anwar Ibrahim..langsung tiada amaran..malah Presiden UMNO waktu itu Tun Mahathir langsung tidak panggil Anwar menghadap untuk memberi penjelasan...terus sahaja Anwar dipecat dan selepas dipecat barulah Anwar dipanggil menghadap Majlis Tertinggi UMNO yang menyaksikan Anwar bertegang urat dengan Ibrahim Ali yang ketika itu Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Jelas..UMNO yang sebenarnya parti kuku besi....sekadar berkongsi kenangan lalu.

Sunday, January 8, 2012

Pemecatan Hassan Ali..mungkin jalan terbaik

Salam...

Jawatankuasa PAS Pusat telah sebulat suara memecat Hassan Ali, Exco Agama Islam Selangor yang pernah menjadi Naib Presiden PAS dan pernah juga memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor dan merupakan calon Menteri Besar Selangor jika PAS menang banyak kerusi dalam PRU12 lalu (tetapi disebabkan PAS hanya menang sedikit kerusi dalam PRU lepas, jawatan tersebut diberi laluan kepada PKR).

Satu keputusan yang sangat 'tough' pernah dibuat oleh PAS. Bukan senang untuk PAS memecat pemimpin mereka. Ia terpaksa melalui proses perbincangan yang panjang dan sulit. Namun, apabila keputusan telah dibuat..bermakna ia mendapat keputusan sebulat suara daripada ahli Jawatankuasa Pusat.

Pemecatan Hassan Ali..perlu

PAS telah banyak bersabar dengan Hassan Ali. Menurut rakan dalam PAS...jika diturutkan hati..memang dari dulu lagi PAS mahu buang Hassan Ali...Namun, PAS adalah organisasi yang memberi peluang kepada ahlinya untuk berubah. Pemecatan dan penyingkiran adalah jalan yang paling akhir.

PAS menyokong penuh niat Hassan Ali mendaulatkan Islam..namun, banyak tindakan Hassan Ali yang membelakangkan jemaah dan keputusan parti dan lihat merosak dan menjejas parti. Buktinya, PAS tidak ambil sebarang tindakan pun apabila Hassan Ali menolak konsep Negara
Berkebajikan PAS kerana memberi peluang kepada Hassan Ali berubah dan memahami penting menghormati keputusan jemaah.

Namun, apabila Hassan Ali menentang keputusan Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor untuk menyertai himpunan 901 Bebaskan Anwar Ibrahim...itu dilihat menentang dan mencabar kewibawaan pimpinan PAS. Jika ini dibiarkan akan merosakkan PAS kerana akan ada ahli yang berani menentang kepimpinan apabila pandangan mereka berbeza dengan keputusan kepimpinan.

Maka, pemecatan mungkin jalan terbaik untuk menyelamatkan parti daripada perpecahan ekoran tindakan Hassan Ali yang melawan dasar parti.

PAS tetap utuh tanpa Hassan Ali

Jika kaji sejarah PAS...PAS sebenarnya sebuah organisasi yang sudah banyak kali kehilangan pemimpin. PAS lebih banyak hilang pemimpin daripada UMNO. Pemimpin UMNO yang keluar/dipecat hanya sedikit..tetapi pemimpin PAS yang belot dan dipecat cukup banyak.

Bermula dengan keluarnya salah seorang pengasas PAS iaitu ayah mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Hj Badawi, Haji Badawi.

PAS juga kehilangan Yang Dipertua Agung PAS (Presiden PAS) yang pertama iaitu Tuan Haji Ahmad Fuad.

PAS juga kehilangan Yang Dipertua Agung PAS (Presiden PAS) yang keempat iaitu Asri Muda. Asri Muda disingkirkan daripada kepimpinan PAS kerana telah membuat banyak keputusan yang melanggar prinsip parti. Ekoran daripada pemecatan Asri Muda inilah PAS telah menubuhkan Majlis Syura Ulama yang diketuai Mursyidul Am bagi memastikan segala keputusan Presiden tidak melanggar prinsip Islam yang diperjuangkan PAS.

PAS Kelantan pula kehilangan ramai kepimpinan ekoran keluarnya Asri Muda dimana parti HAMIM dan BERJASA adalah serpihan PAS Kelantan. Kerana krisis inilah PAS gagal memerintah Kelantan buat pertama kali iaitu pada 1982-1990 (untuk rekod PAS memerintah Kelantan sejak merdeka iaitu dari tahun 1959-1982 dan kemudian pada 1990-hingga kini).

PAS Terengganu juga banyak kehilangan pemimpin antaranya Pesuruhjaya PAS Terengganu dan ADUN-ADUN PAS Terengganu yang lompat parti pada 1961 hingga menyebabkan Kerajaan Terengganu pimpinan PAS yang dibentuk pada 1959 tumbang. PAS Kawasan Besut pula pernah digantung kerana ramai ahlinya yang dipecat ekoran melawan keputusan PAS Pusat.

Di Pahang, bekas penasihat undang-undang PAS iaitu Haji Suhaimi Said telah keluar dan masuk UMNO.

Bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Nakhaie Ahmad juga telah keluar parti....panjang kalau nak disebut berapa ramai pimpinan PAS yang keluar parti.

Kesan pada PAS adalah amat teruk sekali dimana pada PRU 1986 PAS kalah paling teruk dalam sejarah....PAS hanya menang satu kerusi sahaja iaitu Parlimen Kubang Kerian.

Namun...PAS terus teguh memperjuangkan Islam dan semakin bijak dalam mengatur strategi siyasah syar'iyah mereka hingga pada masa sekarang mempunyai paling ramai ahli dalam pakatan pembangkang dan mempunyai ramai ahli bersekutu (bukan Islam).

Saya yakin..PAS telah membuat keputusan yang tepat untuk terus mara melangkah membela nasib rakyat dan mendaulatkan Islam...

Sekadar berkongsi

Gempar : Hassan Ali dipecat daripada PAS ?

Salam...

Saya dapat maklumat dalaman (Presiden PAS dah keluar kenyataan) bahawa Majlis Syura PAS mengambil tindakan memecat Hassan Ali ekoran beberapa tindakan dan kenyataanya yang didakwa merugikan dan merosakkan parti.

Maklumat lanjut akan menyusul kemudian..wallahualam..

Mahasiswa pro-aspirasi ibarat gali kubur sendiri

Salam...

Kepada adik-adik mahasiswa yang pro-aspirasi (BN)...silalah buka mata anda..sedarlah bahawa anda sebenarnya menggali kubur sendiri.

Anda ingat dengan menyokong BN anda akan punya masa depan cerah??...senang dapat kerja bila dah grad nanti??...senang posting??...anda silap wahai adik-adikku.

Sedarkah anda bahawa kerajaan BN sekarang sudah memberhentikan pengambilan kakitangan perkhidmatan awam kerana BN ingin kecilkan saiz perkhidmatan awam....rujukan klik sini....jika ada pengambilan pun hanya bersifat kontrak iaitu boleh ditamatkan bila-bila masa.

Manakala jika mahu kerja di sektor swasta pula..kerajaan BN telah memperkenalkan rang undang-undang buruh yang akan menyebabkan nasib dan kebajikan pekerja sektor swasta tidak terbela.

Majikan boleh sewenang-wenang kurangkan gaji pekerja konon ikut gaji pasaran semasa...banyak insentif wajib yang majikan patut beri akan tidak lagi diberi..majikan dengan mudah membuang pekerja tanpa perlu bayar ganti rugi...

Itulah masa depan anak muda kita...berubahlah wahai mahasiswa...Undilah Pakatan Rakyat demi masa depan Malaysia yang lebih baik.

Thursday, January 5, 2012

2020 tinggal 8 tahun lagi..Malaysia hanya angan-angan mat jenin

Salam...

Kalau mengikut perancangan, Malaysia sepatutnya diistiharkan sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020...iaitu 8 tahun lagi dari sekarang....dan ukuran utama sesebuah negara diberi taraf negara maju ialah purata pendapatan rakyatnya yang tinggi.

Ukuran paling tepat masakini dalam menentukan purata pendapatan rakyat ialah GDP perkapita (PPP)... PPP bermaksud 'purchasing power parity'. Iaitu purata pendapatan rakyat yang diukur selepas mengambil kira kuasa beli dan kos hidup rakyat.

Bermakna semakin tinggi nilai GDP perkapita (PPP)..semakin baik purata pendapatan rakyat sesuatu negara.

Malaysia hanya berangan ?

Jika diukur anggaran GDP perkapita (PPP) sehingga 2016...Malaysia tidaklah berada dalam keadaan yang baik. Saya hanya mengambil perbandingan peratus peningkatan purata pendapatan rakyat di rantau Asia Tenggara....itupun Malaysia berada dalam kedudukan yang rendah..sedangkan untuk mencapai taraf negara maju...Malaysia perlu meningkat secara mendadak dan menyaingi Singapura atau Brunei...tetapi itupun nampaknya Malaysia akan gagal.

Berikut adalah peratus peningkatan purata pendapatan rakyat sehingga 2016 (perbandingan dalam dollar US)

Bil
 negara
2011
2016
Peratus naik
1
Timor Leste
             3,031
             4,423
45.93%
2
Vietnam
             3,327
             4,803
44.36%
3
Laos
             2,598
             3,675
41.45%
4
Cambodia
             2,251
             3,183
41.40%
5
Indonesia
             4,657
             6,556
40.78%
6
Thailand
             9,598
           12,680
32.11%
7
Myanmar
             1,307
             1,678
28.39%
8
Malaysia
           15,385
           19,541
27.01%
9
Philippines
             3,891
             4,852
24.70%
10
Singapore
           59,124
           72,179
22.08%
11
Brunei
           49,719
           55,089
10.80%

Menurut kajian IMF menjelang tahun 2016 seperti yang terkandung dalam jadual diatas...purata pendapatan rakyat Malaysia hanyalah $ 19,541 setahun atau bermakna $ 1,628 sebulan. Manakala Singapura purata pendapatan rakyat mereka adalah $ 6,015 sebulan dan Brunei $ 4,591 sebulan.

Nampaknya, impian nak jadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dan seterusnya negara maju menjelang 2020 hanyalah sekadar mimpi di siang hari..kena tunggu 50 tahun lagi kot agaknya...

Sekadar berkongsi..

Tuesday, January 3, 2012

Orang Malaysia lemah pengetahuan am

Salam...

Kenapa rakyat Malaysia mudah sangat kena tipu???...rekod Polis menunjukkan jenayah penipuan sangat banyak di Malaysia membuktikan bahawa mudahnya orang Malaysia kena tipu. Sebab apa???

Sebab orang Malaysia sangat lemah pengetahuan am..ilmu mereka sangat kurang...sifat suka membaca di kalangan rakyat Malaysia sangat rendah...

Buktinya :

SEBAHAGIAN penduduk melakukan demonstrasi kerana perkhidmatan bas awam dihentikan.
Aktiviti penduduk Taman Sentosa terjejas khidmat pengangkutan dihenti

KLANG: Lebih 100,000 penduduk Taman Sentosa di sini, semalam mengadakan demonstrasi mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyelesaikan segera masalah perkhidmatan bas di kawasan itu yang dihentikan kerana ia menjejaskan aktiviti harian kira-kira 5,000 pengguna.
 

Mereka berbuat demikian kerana kecewa selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas, Dr A Xavier Jayakumar, gagal membantu mereka menangani masalah itu yang berlaku sejak dua bulan lalu.
Seorang penduduk, G Segaran, berkata pemberhentian perkhidmatan itu menimbulkan masalah kepada ramai pengguna yang bergantung kepada bas untuk melakukan aktiviti seharian.
"Apa yang mengecewakan kami, tiada sebarang notis yang dikeluarkan supaya perkhidmatan bas terbabit diberhentikan. 

"Oleh itu, kami minta Menteri Besar menyelesaikan masalah ini secepat mungkin, lebih-lebih lagi sesi persekolahan akan bermula esok,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
 rujukan 

Tidakkah rakyat Taman Sentosa, Klang sedar bahawa hal-ehwal pengangkutan awam bukan dibawah bidang kuasa kerajaan negeri????....rujuk perlembagaan Malaysia..pengangkutan bukan dibawah kuasa kerajaan negeri. Pengangkutan adalah dibawah kuasa kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Dewan Undangan Negeri Selangor tiada kuasa membicarakan dan membuat undang-undang tentang hal pengangkutan...DUN hanya berkuasa terhadap hal ehwal tanah,hutan,pertanian,kerajaan tempatan,parit,sungai,kerja negeri,kebajikan masyarakat,haiwan,perancangan bandar,kesihatan awam...itu sahaja...tiada disebut pengangkutan.

Hanya Parlimen Malaysia boleh membicarakan hal pengangkutan...sebab tu di Selangor tiada Exco Pengangkutan..sebab itu diluar bidang kuasa kerajaan negeri. Masalah tentang pengangkutan awam tidak sepatutnya dirujuk kepada ADUN atau Menteri Besar..sebab itu bukan dibawah tanggungjawab mereka. Jika kerajaan Selangor nak buat apapun..masih tetap perlu mendapat kebenaran kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan.

Pengangkutan awam bawah kuasa SPAD

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebuah agensi Kementerian Pengangkutan yang bertanggungjawab mengurus hal-ehwal pengangkutan awam..sebab mereka yang mengeluarkan lesen kepada pengusaha bas dan teksi..bukan kerajaan negeri !!...

Jadi menyalahkan Menteri Besar..ADUN dan kerajaan negeri dalam isu pemberhentian perkhidmatan bas awam cityliner di Klang adalah tindakan sangat bodoh...yang bersalah adalah SPAD dan Menteri Pengangkutan yang tidak peka terhadap masalah pengangkutan awam di Selangor.

Wahai rakyat Malaysia..tinggal 9 tahun lagi untuk Malaysia menjadi negara maju iaitu pada tahun 2020....belajarlah..rajin-rajinlah membaca dan tuntut ilmu..jangan terus biarkan diri anda dalam kebodohan.....

Sekadar meluahkan pandangan peribadi....

Monday, January 2, 2012

Guru mesti bangkit...UPSI 'starting point'

File:Universiti Pendidikan Sultan Idris logo.png

Salam...

Guru....pergilah ceruk rantau..jelajah lah ke seluruh dunia...golongan pendidik ini iaitu guru..tak kira guru sekolah, tadika, universiti, kolej (pensyarah juga adalah guru) merupakan satu kelas masyarakat yang paling berpengaruh sekali.

Sedar atau tidak..masa muda kita dihabiskan bersama dengan guru (dari tadika..sekolah..hingga universiti)....dan guru memainkan peranan besar dalam membentuk pemikiran kita. Percaya atau tidak, hakikatnya..minda kita sekarang adalah acuan guru kita.

Hatta di negara maju seperti di Amerika Syarikat...guru tetap memainkan peranan sangat penting dan kritikal dalam masyarakat di sana. Kesatuan Sekerja paling besar di Amerika ialah Persatuan Pendidik Kebangsaan (NEA)...manakala pesaing NEA iaitu Persekutuan Guru Amerika (AFT) di tangga ke enam.

Malah setiap kali Amerika melantik Presiden baru...pasti isu pendidikan dan guru dijadikan isu utama selain daripada pertahanan dan ketenteraan.


          Presiden Bush di dalam bilik darjah semasa 9/11..imej paling popular tahun 2001

Datuk Bandar New York City, New York iaitu Mayor Blommberg juga menjadi Datuk Bandar New York City paling berjaya kerana usahanya mereformasikan pendidikan dan kerjaya guru di New York City. Bukan kerana isu ekonomi atau kewangan..tetapi isu pendidikan yang telah mengangkat nama Blommberg.


Mayor Blommberg melawat bilik darjah di sekolah milik Pentadbiran Bandaraya New York

Sejarah Malaysia juga diadun oleh guru

Sejarah awal kebangkitan gerakan kemerdekaan juga diadun dan dipelopori oleh para guru. UMNO sendiri ditubuhkan oleh para guru. PKMM, AWAS, API, Hizbul Muslimin juga dipelopori oleh golongan pendidik.

PAS sendiri diasaskan oleh guru-guru agama bersama ulama (ulama adalah guru...orang agama tidak akan dilabel ulama jika dia tidak mengajar). Malahan semasa Tunku Abdul Rahman berunding di London untuk menuntut kemerdekaan daripada British...di Malaya, para guru telah bersedia untuk melancarkan piket besar-besaran jika rundingan kemerdekaan gagal.

Rosli Dobi, wira kemerdekaan negeri Sarawak juga adalah seorang guru..dimana dia pernah mengajar di Sekolah Rakyat Sibu semasa hayatnya.

Anak muda anti-BN kerana acuan guru/pensyarah mereka

Menyedari betapa besarnya pengaruh guru...UMNO telah mengharamkan penglibatan para guru dalam politik pada 1980an iaitu semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dengan alasan guru adalah golongan 'berbahaya' dan berpengaruh yang boleh mencetuskan huru-hara. rujukan

Bermula dari era itu..golongan pendidik ditindas dengan teruk sekali oleh UMNO..mungkin golongan kaya dan golongan tidak berpelajaran dalam UMNO takut guru akan menguasai UMNO jika dibenar berpolitik...yang akan menyebabkan mereka hilang jawatan.

Kesannya..guru rasa tertindas dan teraniaya..dan ramai guru telah secara senyap aktif dalam politik melalui platform parti PAS, Semangat 46, PKR, DAP dan sebagainya. Guru/pendidik juga secara halus dan senyap telah menyebar fahaman anti-establishment dan anti-BN kepada anak murid mereka.

Sebab itu kita lihat..anak muda sekarang sangat kritikal dan benci kepada UMNO/BN..sebab semasa di sekolah..guru mengasuh minda mereka yang BN adalah penindas, zalim...semasa di universiti pula..pensyarah mengasuh minda mereka bahawa BN merosakkan negara...akhirnya lahirlah anak-anak muda yang anti-establishment.

UPSI 'starting point' kebangkitan guru masakini

Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) adalah institusi pendidikan tinggi paling tua di Malaysia (ditubuh pada 1921). Semasa ia dinaiktaraf menjadi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1997...kerajaan BN berjanji kepada guru bahawa UPSI adalah institusi milik guru dan diguna untuk melatih guru baru dan lama.

Tapi guru dikhianati apabila UPSI seolah telah berorientasikan keuntungan semata-mata. Guru lulusan UPSI sudah lagi tidak dijamin menjadi guru tetap..malah lebih menyedihkan jika dulu UPSI diletakkan dibawah tanggungjawab Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (jawatan tertinggi bagi guru dalam Kementerian Pelajaran)....

Kini UPSI dibawah kuasa Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi yang dikuasai PTD (pegawai tadbir diplomatik). Akibatnya..UPSI huru hara dan kelam kabut jadinya.

Namun, kebangkitan mahasiswa UPSI yang mencetus api reformasi mahasiswa iaitu Adam Adli telah menyuntik satu semangat...ditambah dengan demo kebebasan akademik yang mencetus kontroversi di depan kampus UPSI pada malam tahun baru dilihat sebagai 'starting point' kepada guru untuk kembali mencetus kebangkitan politik seperti era 1940-an dan 1950-an.

Saya yakin golongan akar umbi masyarakat ini...akan menjadi pencetus era baru pada PRU 13 yang akan menjelang tiba....tunggu dan saksikan kebangkitan mereka.

Sekadar berkongsi pandangan peribadi...