Monday, January 2, 2012

Guru mesti bangkit...UPSI 'starting point'

File:Universiti Pendidikan Sultan Idris logo.png

Salam...

Guru....pergilah ceruk rantau..jelajah lah ke seluruh dunia...golongan pendidik ini iaitu guru..tak kira guru sekolah, tadika, universiti, kolej (pensyarah juga adalah guru) merupakan satu kelas masyarakat yang paling berpengaruh sekali.

Sedar atau tidak..masa muda kita dihabiskan bersama dengan guru (dari tadika..sekolah..hingga universiti)....dan guru memainkan peranan besar dalam membentuk pemikiran kita. Percaya atau tidak, hakikatnya..minda kita sekarang adalah acuan guru kita.

Hatta di negara maju seperti di Amerika Syarikat...guru tetap memainkan peranan sangat penting dan kritikal dalam masyarakat di sana. Kesatuan Sekerja paling besar di Amerika ialah Persatuan Pendidik Kebangsaan (NEA)...manakala pesaing NEA iaitu Persekutuan Guru Amerika (AFT) di tangga ke enam.

Malah setiap kali Amerika melantik Presiden baru...pasti isu pendidikan dan guru dijadikan isu utama selain daripada pertahanan dan ketenteraan.


          Presiden Bush di dalam bilik darjah semasa 9/11..imej paling popular tahun 2001

Datuk Bandar New York City, New York iaitu Mayor Blommberg juga menjadi Datuk Bandar New York City paling berjaya kerana usahanya mereformasikan pendidikan dan kerjaya guru di New York City. Bukan kerana isu ekonomi atau kewangan..tetapi isu pendidikan yang telah mengangkat nama Blommberg.


Mayor Blommberg melawat bilik darjah di sekolah milik Pentadbiran Bandaraya New York

Sejarah Malaysia juga diadun oleh guru

Sejarah awal kebangkitan gerakan kemerdekaan juga diadun dan dipelopori oleh para guru. UMNO sendiri ditubuhkan oleh para guru. PKMM, AWAS, API, Hizbul Muslimin juga dipelopori oleh golongan pendidik.

PAS sendiri diasaskan oleh guru-guru agama bersama ulama (ulama adalah guru...orang agama tidak akan dilabel ulama jika dia tidak mengajar). Malahan semasa Tunku Abdul Rahman berunding di London untuk menuntut kemerdekaan daripada British...di Malaya, para guru telah bersedia untuk melancarkan piket besar-besaran jika rundingan kemerdekaan gagal.

Rosli Dobi, wira kemerdekaan negeri Sarawak juga adalah seorang guru..dimana dia pernah mengajar di Sekolah Rakyat Sibu semasa hayatnya.

Anak muda anti-BN kerana acuan guru/pensyarah mereka

Menyedari betapa besarnya pengaruh guru...UMNO telah mengharamkan penglibatan para guru dalam politik pada 1980an iaitu semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dengan alasan guru adalah golongan 'berbahaya' dan berpengaruh yang boleh mencetuskan huru-hara. rujukan

Bermula dari era itu..golongan pendidik ditindas dengan teruk sekali oleh UMNO..mungkin golongan kaya dan golongan tidak berpelajaran dalam UMNO takut guru akan menguasai UMNO jika dibenar berpolitik...yang akan menyebabkan mereka hilang jawatan.

Kesannya..guru rasa tertindas dan teraniaya..dan ramai guru telah secara senyap aktif dalam politik melalui platform parti PAS, Semangat 46, PKR, DAP dan sebagainya. Guru/pendidik juga secara halus dan senyap telah menyebar fahaman anti-establishment dan anti-BN kepada anak murid mereka.

Sebab itu kita lihat..anak muda sekarang sangat kritikal dan benci kepada UMNO/BN..sebab semasa di sekolah..guru mengasuh minda mereka yang BN adalah penindas, zalim...semasa di universiti pula..pensyarah mengasuh minda mereka bahawa BN merosakkan negara...akhirnya lahirlah anak-anak muda yang anti-establishment.

UPSI 'starting point' kebangkitan guru masakini

Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) adalah institusi pendidikan tinggi paling tua di Malaysia (ditubuh pada 1921). Semasa ia dinaiktaraf menjadi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1997...kerajaan BN berjanji kepada guru bahawa UPSI adalah institusi milik guru dan diguna untuk melatih guru baru dan lama.

Tapi guru dikhianati apabila UPSI seolah telah berorientasikan keuntungan semata-mata. Guru lulusan UPSI sudah lagi tidak dijamin menjadi guru tetap..malah lebih menyedihkan jika dulu UPSI diletakkan dibawah tanggungjawab Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (jawatan tertinggi bagi guru dalam Kementerian Pelajaran)....

Kini UPSI dibawah kuasa Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi yang dikuasai PTD (pegawai tadbir diplomatik). Akibatnya..UPSI huru hara dan kelam kabut jadinya.

Namun, kebangkitan mahasiswa UPSI yang mencetus api reformasi mahasiswa iaitu Adam Adli telah menyuntik satu semangat...ditambah dengan demo kebebasan akademik yang mencetus kontroversi di depan kampus UPSI pada malam tahun baru dilihat sebagai 'starting point' kepada guru untuk kembali mencetus kebangkitan politik seperti era 1940-an dan 1950-an.

Saya yakin golongan akar umbi masyarakat ini...akan menjadi pencetus era baru pada PRU 13 yang akan menjelang tiba....tunggu dan saksikan kebangkitan mereka.

Sekadar berkongsi pandangan peribadi...

1 comment: