Wednesday, January 11, 2012

Menjawab Tohmah UMNO

Salam...

Berikut petikan berita komen Muhyidin, Timbalan Presiden UMNO berkaitan pemecatan Hassan Ali.


Muhyiddin: Umno lebih bertimbang rasa dari PAS
Umno akan memberi peluang kepada bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali untuk membela diri dan tidak memecatnya secara melulu seperti yang dilakukan oleh parti itu, kata timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ini perkara dalaman PAS, yang kita tidak pernah campur tangan. Tetapi dalam dalam Umno, kita ada sistem demokrasi yang berdasarkan Islam,”  kata Muhyiddin yang juga adalah timbalan perdana menteri.

“Jika ahli membuat kesilapan, kita tidak pecat secara melulu. Tiada tindakan disiplin akan diambil tanpa memberinya peluang membela diri,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Jika kita imbas kembali pada tahun 1998, semasa Dato' Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan Malaysia dan merangkap Timbalan Presiden UMNO telah dipecat secara drastik tanpa langsung dihadapkan dahulu ke Lembaga Disiplin UMNO.

Pemecatan Anwar Ibrahim menggemparkan seluruh Malaysia kerana secara tiba-tiba berita pemecatan itu diumumkan pada malam 2 September 1998. Saya masih ingat lagi waktu itu, seluruh rakyat Malaysia terkejut memandangkan Anwar Ibrahim adalah menteri kabinet paling disukai rakyat disebabkan polisinya yang banyak membela rakyat.

Tiada amaran, tiada perbincangan..Anwar Ibrahim terus dipecat hanya kerana terbit satu buku fitnah '50 Dalil mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM' oleh penulis bernama Khalid Jafri (yang dah pun meninggal dunia).

Sedangkan dalam kes Hassan Ali..PAS telah pun memberi amaran kepada Hassan Ali..malah Hassan Ali juga dipanggil menghadap oleh Presiden dan Mursyidul Am di Kota Bharu, Kelantan dan diberi peringatan...namun disebabkan Hassan Ali degil juga, maka pemecatan berlaku.

Sedangkan dalam kes Anwar Ibrahim..langsung tiada amaran..malah Presiden UMNO waktu itu Tun Mahathir langsung tidak panggil Anwar menghadap untuk memberi penjelasan...terus sahaja Anwar dipecat dan selepas dipecat barulah Anwar dipanggil menghadap Majlis Tertinggi UMNO yang menyaksikan Anwar bertegang urat dengan Ibrahim Ali yang ketika itu Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Jelas..UMNO yang sebenarnya parti kuku besi....sekadar berkongsi kenangan lalu.

No comments:

Post a Comment