Monday, December 30, 2013

Ikhwanul Muslimin...mengalah sahaja lah...contohi AKP Turki

Salam,

Terlalu murah harga dan nilai nyawa rakyat Mesir hanya semata-mata kerana berebut jawatan Presiden Mesir. Adakah pemimpin-pemimpin politik Mesir terlalu taksub dengan kuasa hingga sanggup menggadai nyawa pengikut atau penyokong mereka?.

Amatlah buruk menumpahkan darah hanya kerana berebut jawatan Presiden sedangkan bukan hanya satu cara sahaja untuk mendapat jawatan tersebut. Banyak lagi cara atau kaedah untuk memenangi jawatan itu.

bangunan University Al-Azhar dibakar penyokong pro-Ikhwan
Belajar daripada Turki

Apa yang sedang berlaku di Mesir, pernah berlaku di Turki.

Lambang Parti Refah
Pada 1995, Parti Refah telah menang dalam Pilihanraya Turki. Pemimpin Refah iaitu Necmettin Erbakan telah dilantik menjadi Perdana Menteri Turki, pemimpin pertama daripada kalangan Islamis sejak 1920.

File:Necmettin-Erbakan.jpg
Necmettin Erbakan, Perdana Menteri Turki 1996-1997
Namun, pada 1997 kerajaan pimpinan Erbakan digulingkan oleh pihak Tentera Turki. Berlaku tunjuk perasaan di seluruh Turki oleh penyokong Parti Refah hingga menyebabkan Parti Refah diharamkan oleh Mahkamah Perlembagaan Turki pada 1998.

Bagi mengelak berlaku kekacauan lebih besar, pemimpin Parti Refah telah menubuhkan Parti Fazilet. Itupun Parti Fazilet diharamkan juga oleh Mahkamah Perlembagaan Turki pada 2001.

File:Adalet ve Kalkınma Partisi (logo).png
Lambang Parti AKP
Menyedari 'Api lawan Api hanya akan membakar diri'..maka beberapa pemimpin Parti Fazilet telah mengambil tindakan drastik pada Ogos 2001 dengan menubuhkan Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) yang bersifat lebih sederhana dan menanggalkan label Islamis serta mengambil pendekatan pro-Barat dan pro-Eropah.

Beberapa pemimpin Parti Fazilet yang masih 'tegar' idea Islamis mereka telah tidak bersetuju dengan cara AKP dan menubuhkan parti lain iaitu Parti Saadet yang bersifat 'kepimpinan ulama'.

AKP bijak berpolitik

AKP mengambil pendekatan politik kebajikan dengan lebih menekankan hal kebajikan rakyat daripada sibuk dengan ideologi 'Negara Islam' berbanding Parti Saadet yang ideologinya seperti Ikhwanul Muslimin.

Pendekatan AKP telah menarik minat ramai rakyat Turki samada yang menyokong ideologi sekular atau Islam. Ini terbukti apabila selepas setahun penubuhannya, AKP telah menang besar dalam Pilihanraya Umum Turki 2002. AKP memenangi 363 kerusi daripada 550 kerusi (66%).

File:S7000218.JPG
Poster AKP
Naib Pengerusi AKP, Abdullah Gul dilantik menjadi Perdana Menteri Turki dan memerintah dari 2002 hingga 2003. Kemudiannya Pengerusi AKP, Recep Tayyip Erdoğan mengambil alih jawatan Perdana Menteri Turki pada 2003 dan memerintah sehingga sekarang.

AKP telah memerintah Turki dengan sangat cemerlang walaupun tanpa mengguna pakai ideologi 'kepimpinan ulama' atau 'Negara Islam'. AKP berjaya menaikkan ekonomi Turki dan menurunkan Kadar Inflasi sebanyak 8.8% yang pertama dalam 30 tahun.

Majalah The Economist telah menamakan AKP sebagai parti pemerintah terbaik Turki sepanjang zaman sejak penubuhan Republik Turki pada 1923.

AKP terus menambat hati rakyat Turki

AKP terus menang dalam Pilihanraya Umum Turki pada 2007 dan 2011. Lebih menarik lagi apabila pemimpin kanan AKP, Abdullah Gul telah menang pemilihan Presiden Turki pada 2007 dan memerintah sehingga sekarang. 

Ini menjadikan Abdullah Gul, pemimpin berjiwa Islam pertama memegang jawatan Presiden yang juga merupakan Commander-in-chief atau Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Turki.

File:Ak parti miting.jpg
Himpunan penyokong AKP
Walaupun pihak sekularis Turki cuba mengharamkan AKP, namun usaha mereka gagal apabila majoriti rakyat Turki termasuk yang berideologi sekular menentang pengharaman AKP. Sehinggakan hakim-hakim dan pemimpin kanan Tentera Turki turut menyebelahi AKP.

Islamisasi dalam pemerintahan AKP

Walaupun AKP secara rasmi mengambil pendekatan pro-Barat dan pro-EU, namun dalam diam mereka secara sedikit demi sedikit mengislamisasikan negara Turki. Antara langkah yang mereka lakukan adalah :

1. Mengiktiraf bangsa Kurdistan di Turki (konflik sejak 1974)
2. Mengharamkan penjualan arak secara terbuka
3. Membina banyak sekolah agama sehinggakan Turki kini punyai antara paling ramai penghafaz Al-Quran di dunia.
4. Membenarkan semula pemakaian hijab/tudung di sekolah dan universiti (diharam sejak 1923)
5. Membenarkan semula pemakaian hijab/tudung di Parlimen Turki.
6. Memberi bantuan berjuta dollar kepada negara-negara dan umat Islam seluruh dunia khususnya di Palestine, Myanmar, Mesir dan sebagainya.
7. Menghakis ideologi sekularisme secara sedikit demi sedikit dalam sistem pendidikan Turki.
8. Membenarkan semula pembukaan Fakulti Pengajian Islam di semua universiti milik Kerajaan Turki.

Kesimpulan

Ikhwanul Muslimin perlu ambil pendekatan mengalah seperti Erdogan. Bubarkan sahaja Ikhwanul Muslimin dan tubuhkan parti baru yang sederhana dan bijak berpolitik seperti AKP. Jika tetap tegar dan degil dengan ideologi 'kepimpinan ulama' hingga menumpahkan banyak darah..apalah ertinya.

Adalah lebih baik bertindak secara bijak seperti AKP yang memerintah dalam kerangka demokrasi,sekular tetapi sedikit demi sedikit berjaya mengislamisasikan negara Turki sehingga generasi muda Turki kini lebih berjiwa Islam berbanding generasi sebelumnya.

"Mengalah tidak semestinya kalah tetapi bangkit dengan strategi yang lebih bijak dan berkesan"

Sunday, December 8, 2013

Percutian ke Kuala Kangsar, Perak

KUALA KANGSAR, PERAK
Kuala Kangsar, Perak merupakan bandar diraja bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Secara geografinya, Kuala Kangsar merujuk kepada 2 perkara :
     1. Daerah Kuala Kangsar
     2. Bandar Diraja Kuala Kangsar

Daerah Kuala Kangsar
Daerah Kuala Kangsar seluas  2,563 km persegi dan meliputi kawasan seperti Sungai Siput, Padang Rengas, Lubuk Merbau, Salak, Sauk dan Manong.

Bandar Diraja Kuala Kangsar
Merujuk kawasan didalam pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Kangsar berkeluasan 205 km persegi dan berpusat di bandar Kuala Kangsar.

Tempat Menarik
Banyak tempat menarik di Kuala Kangsar, anda boleh merujuk portal berikut :
            ~ Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
            ~ Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar
Manakala gambar dibawah adalah tarikan utama pelancong ke Kuala Kangsar:

1. Masjid Ubudiah


2. Istana Kenangan


3. Galeri Sultan Azlan Shah


4. Kompleks Sejarah Pasir Salak


Tempat Makan
Anda boleh menikmati makan yang sedap di Medan Laksa dan Cendol Kuala Kangsar yang terletak di pinggir sungai Persisiran Sayong Kuala Kangsar. Bermacam menu makanan melayu Kuala Kangsar yang sedap dihidangkan disitu.

Untuk sarapan pagi, anda boleh mencuba gerai-gerai makan yang terletak di kompleks kraftangan juga menghadap Persisiran Sayong Kuala Kangsar.

Penginapan
Saya cadangkan anda menginap di Ezz Inn Hotel yang terletak di Taman Raja Idris, Jalan Tun Razak. Hotel ini adalah milik penuh Koperasi Pegawai Kerajaan Kuala Kangsar Berhad. Harga sebilik adalah lebih kurang antara RM 60 hingga RM 80 semalam.

Penginapan sangat 'basic' namun selesa dan sesuai untuk anda sekeluarga. Sila hubungi no. 05-777 1111

Anda juga boleh menginap di Ku Inn Hotel di Jln Dato Sagor, sila hubungi 05-776-2418



Informasi lanjut tentang hotel-hotel yang terdapat di Kuala Kangsar, anda boleh merujuk portal Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang saya sediakan 'link' nya diatas.

Selamat Bercuti.....





Friday, November 29, 2013

Kelantan GAJI ADUN PALING MAHAL ?

Salam sejahtera....

Kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor telah menjadi polemik media massa kerana kenaikannya dikatakan mencecah hampir 350%. Semua ahli politik samada dari pihak BN atau PR telah memberi komen buruk akan kenaikan tersebut.

Namun, mereka lupa bahawa sebelum Selangor, negeri Sarawak juga telah menaikkan gaji ADUN mereka hingga mencecah 370%.

Untuk mengukur samada gaji ADUN sesuai dengan tugas mereka..kita perlu kira secara matematik supaya kita tahu negeri mana yang gaji ADUN mereka berpadanan dengan tugas mereka. Negeri yang mempunyai nisbah purata gaji penduduk yang lebih besar memerlukan ADUN mereka mempunyai kemampuan kewangan yang lebih besar berbanding negeri yang sedikit purata gaji penduduknya.

Jadual dibawah adalah perbandingan nisbah gaji ADUN negeri-negeri dengan purata pendapatan rakyat negeri masing-masing. Jelas menunjukkan bahawa gaji ADUN paling mahal adalah negeri Kelantan dan gaji ADUN paling murah adalah Pulau Pinang jika diukur nisbah gaji ADUN dengan purata gaji rakyat.

Selangor pula pada ranking ke-8, maka jelas kenaikan gaji ADUN Selangor adalah berpatutan.
Sekian dimaklumkan.

NEGERI
 PENDUDUK
 GAJI ADUN
 PURATA GAJI RAKYAT
 NISBAH
Kelantan
        1,539,601
RM 8,650
RM 8,273
          1.05
Kedah
        1,947,651
RM 6,961
RM 13,294
          0.52
Perak
        2,352,743
RM 7,612
RM 16,088
          0.47
Sarawak
        2,471,140
RM 15,000
RM 33,307
          0.45
Sabah
        3,206,742
RM 7,300
RM 17,242
          0.42
Johor
        3,348,283
RM 8,150
RM 20,911
          0.39
Perlis
            231,541
RM 5,612
RM 15,296
          0.37
Selangor
        5,462,141
RM 11,250
RM 31,363
          0.36
Melaka
            821,110
RM 8,000
RM 24,697
          0.32
Terengganu
        1,035,977
RM 6,112.79
RM 19,225
          0.32
Pahang
        1,500,817
RM 6,012
RM 22,743
          0.26
Negeri Sembilan
        1,021,064
RM 5,500
RM 27,485
          0.20
Pulau Pinang
        1,561,383
RM 6,112.79
RM 33,456
          0.18
Rujukan : gaji ADUN

Friday, November 22, 2013

Ranking terbaru : Negara terbaik untuk didiami

1. Norway


 

2. Switzerland

 File:Zurich.JPG

3. Canada

Vertical triband (red, white, red) with a red maple leaf in the centre File:Gardiner Expressway Downtown Toronto.jpg

4. Sweden

File:Flag of Sweden.svg 

5. New Zealand

 

6. Denmark

Dannebrog File:Colourful façades along Nyhavn.jpg

7. Australia

File:Flag of Australia (converted).svg




8. Finland

File:Flag of Finland.svg 

9. Belanda

File:Flag of the Netherlands.svg 

10. Luxembourg

File:Flag of Luxembourg.svg 

Sunday, November 10, 2013

Kawasan kejiranan paling bahaya di dunia

Berikut adalah kawasan kejiranan yang perlu anda elakkan pergi ke sana.

1. East St. Louis, Illinois, USA
Kawasan kejiranan paling bahaya di Amerika Syarikat. Dengan kadar jenayah paling tinggi, ramai penduduk telah keluar berhijrah ke tempat lain dan tinggal hanya para gangster, pengedar dadah dan penjenayah.



2. Tiraspol, Republik Transnistria / Moldova
Ibu negara Republik Transnistria, sebuah wilayah dalam negara Moldova yang telah tanpa kebenaran mengistiharkan kemerdekaan daripada Moldova pada 1990. Sehingga kini hanya Russia yang mengiktiraf kemerdekaan berkenaan dan Moldova masih menuntut kedaulatan ke atasnya. Ketidaktentuan politik ini menyebabkan republik ini khususnya ibu negaranya Tiraspol menjadi sangat berbahaya untuk didiami.



3. Nyanga, Cape Town, Western Cape, Afrika Selatan
Kawasan paling berbahaya di Afrika Selatan khususnya di Cape Town bandaraya utama pelancongan dunia. Walaupun pelbagai usaha pemulihan dilakukan oleh Kerajaan wilayah Western Cape dan Kerajaan pusat Afrika Selatan, namun kerana masalah sosial yang teruk di kawasan ini maka segala usaha dilakukan kerajaan telah gagal.



4. Vladikavkaz, North Ossetia-Alania, Russia
Pusat kegiatan utama gerakan pemberontakan ke atas Kerajaan Russia.



5. La Perla, San Juan, Puerto Rico
Kawasan mencatat kadar jenayah tertinggi di Puerto Rico. Puerto Rico merupakan wilayah jajahan Amerika Syarikat, malahan pada 2012 penduduk Puerto Rico mengundi untuk tanahair mereka menjadi negeri ke-51 Amerika Syarikat.




6. Barrio Santa Fe, Bogota, Colombia
Pusat utama penyebaran dadah antara Colombia ke Panama. Kawasan ini merupakan pusat pemprosesan dan pengedaran dadah dan semua pelancong asing dilarang memasuki kawasan ini.



7. Spanish Town, Jamaica
Pusat kegiatan utama jenayah di Jamaica. Masalah kemiskinan menyebabkan penduduk kawasan ini tiada cara lain untuk hidup kecuali dengan melakukan jenayah.



8. Ferghana Valley (sempadan negara Uzbekistan, Kyrgyzstan, and Tajikistan)
Pusat utama kegiatan pemberontakan di Asia Tengah. Al-Qaeda sangat aktif di kawasan ini termasuk juga Taliban.



9. Iztapalapa, Mexico City, Mexico
Kawasan mempunyai kadar jenayah tertinggi di Mexico City. Ia juga merupakan kawasan paling banyak mencatatkan serangan ke atas wanita. Rekod juga menunjukkan kawasan ini mencatatkan satu pembunuhan dalam setiap dua hari.



10. Complexo do Alemao, Rio de Janeiro, Brazil
Kawasan 'favelas' atau setinggan yang paling berbahaya di bandaraya terkenal Brazil iaitu Rio de Janeiro. Polis dan Tentera hampir tidak mampu mengawal kegiatan dadah dan jenayah di kawasan ini.



11. Petare, Caracas, Venezuela
Disebabkan rasuah dan polisi kerajaan yang lemah, ibu negara Venezuela iaitu Caracas kini menjadi pusat kegiatan dadah, gangster dan jenayah terancang. Petare merupakan kawasan paling berbahaya di Caracas.




12. Cite Soleil, Port-Au-Prince, Haiti
Kawasan setinggan yang menempatkan orang-orang miskin di Haiti. Kegiatan jenayah yang tidak terkawal ditambah dengan kewujudan geng-geng gangster menjadikan kawasan yang bahaya untuk didiami.



13. Chamelecón, San Pedro Sula, Honduras
Tempat utama kegiatan dadah dan geng mafia di Amerika Tengah.



14. Solntsevo, Moscow, Russia
Pusat kegiatan mafia di Russia. Menempatkan kumpulan mafia paling berbahaya iaitu Solntsevskaya Brotherhood.



15. Dora, Baghdad, Iraq
Pusat pertempuran antara golongan Sunnah dengan Syiah.

Tuesday, November 5, 2013

Bandaraya paling bersih di dunia ?

Berikut senarai 10 bandaraya paling bersih di seluruh dunia...ikut rating Mercer Financial

1. Calgary, Alberta, Canada



2. Honolulu, Hawaii, USA



3. Ottawa, Canada



4. Helsinki, Finland



5. Wellington, New Zealand



6. Minneapolis, Minnesota, USA



7. Adelaide, South Australia, Australia



8. Copenhagen, Denmark



9. Kobe, Japan



10. Oslo, Norway



Persoalan :

Mana bandaraya milik negara Islam???...ohh lupa, Kota Bharu, Kelantan yang diberi status Bandaraya Islam pun sangat kotor dan menjijikkan....