Sunday, December 8, 2013

Percutian ke Kuala Kangsar, Perak

KUALA KANGSAR, PERAK
Kuala Kangsar, Perak merupakan bandar diraja bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Secara geografinya, Kuala Kangsar merujuk kepada 2 perkara :
     1. Daerah Kuala Kangsar
     2. Bandar Diraja Kuala Kangsar

Daerah Kuala Kangsar
Daerah Kuala Kangsar seluas  2,563 km persegi dan meliputi kawasan seperti Sungai Siput, Padang Rengas, Lubuk Merbau, Salak, Sauk dan Manong.

Bandar Diraja Kuala Kangsar
Merujuk kawasan didalam pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Kangsar berkeluasan 205 km persegi dan berpusat di bandar Kuala Kangsar.

Tempat Menarik
Banyak tempat menarik di Kuala Kangsar, anda boleh merujuk portal berikut :
            ~ Majlis Perbandaran Kuala Kangsar
            ~ Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar
Manakala gambar dibawah adalah tarikan utama pelancong ke Kuala Kangsar:

1. Masjid Ubudiah


2. Istana Kenangan


3. Galeri Sultan Azlan Shah


4. Kompleks Sejarah Pasir Salak


Tempat Makan
Anda boleh menikmati makan yang sedap di Medan Laksa dan Cendol Kuala Kangsar yang terletak di pinggir sungai Persisiran Sayong Kuala Kangsar. Bermacam menu makanan melayu Kuala Kangsar yang sedap dihidangkan disitu.

Untuk sarapan pagi, anda boleh mencuba gerai-gerai makan yang terletak di kompleks kraftangan juga menghadap Persisiran Sayong Kuala Kangsar.

Penginapan
Saya cadangkan anda menginap di Ezz Inn Hotel yang terletak di Taman Raja Idris, Jalan Tun Razak. Hotel ini adalah milik penuh Koperasi Pegawai Kerajaan Kuala Kangsar Berhad. Harga sebilik adalah lebih kurang antara RM 60 hingga RM 80 semalam.

Penginapan sangat 'basic' namun selesa dan sesuai untuk anda sekeluarga. Sila hubungi no. 05-777 1111

Anda juga boleh menginap di Ku Inn Hotel di Jln Dato Sagor, sila hubungi 05-776-2418



Informasi lanjut tentang hotel-hotel yang terdapat di Kuala Kangsar, anda boleh merujuk portal Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang saya sediakan 'link' nya diatas.

Selamat Bercuti.....





No comments:

Post a Comment