Saturday, April 12, 2014

Albert Einstein dan Israel

File:Einstein 1921 by F Schmutzer.jpg
Albert Einstein
Siapa tidak kenal Albert Einstein...seorang saintis terkemuka dunia yang telah memenangi beberapa Hadiah Nobel dalam bidang Sains terutama Fizik dan Kimia. Sehinggakan gelaran 'Einstein' merujuk orang yang bijak atau genius.

Albert Einstein yang berasal dari Jerman dan kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat menjadi ikon sangat terkenal melalui Teori Relativiti....Teori E=mc2 sangat sinonim kepada beliau. Beliau juga terkenal sebagai pencipta bom atom pertama dunia.

Kaitan Einstein dan Israel

File:Einsteinwiezmann.PNG
Albert Einstein bersama beberapa pemimpin Zionis
Albert Einstein berbangsa Yahudi dan menyokong gerakan Zionism. Namun, Einstein menolak idea negara Israel sebaliknya menyokong penubuhan negara Palestine yang dikongsi antara bangsa Arab dan Yahudi. (1)

Walaupun Einstein membantah penubuhan negara Israel melalui penjajahan Palestine, namun beliau tetap diberi penghormatan yang tinggi oleh Kerajaan Israel.

Pejabat Presiden Israel
Ini terbukti apabila Einstein ditawarkan jawatan sebagai Presiden Israel pada 1952. Namun, beliau menolak tawaran tersebut kerana tidak bersetuju dengan penubuhan Israel melalui penghapusan negara Palestine.

Rujukan

(1) Einstein and Complex Analyses of Zionism, the Jewish Daily, 2009

Saturday, April 5, 2014

TG Harun Din tidak faham keutamaan utama sebagai pemimpin negeri dan negara

Saya nak tanya TG Harun Din, selama ni yg halang Enakmen Hudud, DAP ker??..

in fact..Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP lagi bagus menjaga kebajikan rakyat daripada Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS sekarang..macam-macam skandal membabitkan kepimpinan negeri Kelantan sejak TG Nik Aziz tidak memegang jawatan Menteri Besar, gagal dijawab oleh kerajaan negeri....sehingga memaksa YB Husam Musa mengkritik kerajaan negeri di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Malahan bukan rahsia lagi yang ramai rakyat Kelantan sendiri terpaksa berhijrah mencari kerja di Pulau Pinang dan negeri-negeri lain sebab tiada peluang pekerjaan yang mencukupi di Kelantan....T

Sedangkan makan minum rakyat sendiri tak dapat nak urus dengan baik..tetiba hanya tahu nak menghukum jer...Islam memberi rahmat,bukan memberi hukuman....

Nabi SAW semasa membina negara Madinah...Saidina Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali semasa mula menjadi Khalifah tidak langsung menyebut hal hudud..malah perkara utama mereka sebut adalah menjaga makan minum rakyat, fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan keperluan rakyat...

Fikirkan

Monday, March 17, 2014

Percutian : Mersing, Johor

MERSING, JOHOR

Kenali Mersing

Mersing merupakan daerah paling utara bersebelahan kawasan timur negeri Johor. Berkeluasan 2,838 km persegi, Mersing hanya mempunyai seramai 70,000 orang penduduk. 

Mersing ditadbir oleh dua entiti iaitu :
1.  Pejabat Daerah dan Tanah Mersing





Bagaimana ke sana?

Jika menaiki kereta dari Kuala Lumpur...anda perlu memandu melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah ke Selatan atau arah ke Johor Bahru. Ambil EXIT Ayer Hitam dan terus menghala ke bandar Kluang. Apabila sampai di bandar Kluang, anda ikut sahaja tanda arah ke Mersing.

Anda akan melalui kawasan hutan simpan, dan ladang FELDA, FELCRA hingga anda sampai ke Kahang. Selepas itu, anda boleh mengikut arah Jemaluang ataupun anda ikut jalan pintas melalui FELDA NITAR hinggalah anda sampai ke bandar Mersing.

Penginapan

Ada banyak hotel bajet di Mersing. Namun, pilihan saya adalah :
1. Hotel Timotel
2. Hotel Riverside
3. Hotel Seri Malaysia

Tempat menarik

Antara aktiviti menarik di Mersing adalah :

1. Berehat dan bersantai di persisir pantai Mersing khususnya di Dataran Pulau yang terletak di Jalan Tun Dr Ismail off Jalan Abu Bakar.

2. Anda boleh menjelajah Hutan Rekreasi Gunung Arong yang terletak arah utara ke sempadan Pahang. Anda juga boleh mandi-manda di Pantai Air Papan yang terletak bersebelahan Gunung Arong.

3. Membeli belah makanan laut khususnya keropok di Medan Niaga Seri Tanjung di Jalan Makam.

4. Mersing adalah pintu masuk ke Pulau Tioman, Pahang. Anda boleh menaiki feri di Jeti yang terletak di Mersing

Tempat makan

Anda boleh menikmati makan yang sedap di restoran yang terletak di sebelah kanan arah utara ke Endau-Rompin selepas melintasi SMK Mersing...(saya lupa nama restoran tu)..memang sedap dan best.

Wednesday, January 22, 2014

Isu Azmin : Pemimpin kena bersikap terbuka

Salam sejahtera,

Isu pengguguran Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah jadi satu isu atau polemik yang tidak sepatutnya berlaku. Isu ini menyebabkan rakyat Selangor merasa gelisah kerana banyak isu lain yang lebih utama perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Selangor.



Kepimpinan PKR kena gentlemen

Azmin Ali, Anwar Ibrahim dan PKR Selangor sepatutnya bersikap 'gentlemen' dan profesional dalam isu pengguguran tersebut. Mereka sepatutnya menerima dengan hati terbuka pengguguran Azmin Ali daripada menjadi Ahli Lembaga Pengarah PKNS kerana Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor berhak melantik siapa saja untuk jawatan itu.

PKR harus ingat bahawa Menteri Besar Selangor berkhidmat untuk rakyat Selangor BUKAN berkhidmat untuk PKR Selangor.


Azmin, Anwar Ibrahim dan PKR sepatutnya mencontohi Khalid Al-Walid yang tidak marah pun apabila beliau dipecat daripada jawatan Panglima Perang oleh Saidina Umar bin Al-Khattab ketika Umar menjadi Khalifah Islam. Malah Khalid Al-Walid dengan rela hati menerima dan terus berjuang sebagai pejuang biasa dan memberi kerjasama padu kepada Panglima Perang yang baru.

Selangor bukan eksklusif milik PKR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sepatutnya sedar bahawa negeri Selangor bukan secara eksklusif milik PKR. Tidak seperti Pulau Pinang yang didominasi oleh DAP dan Kelantan yang didominasi oleh PAS, Selangor adalah negeri dimana tiada parti yang mendominasi.

Bangunan SUK Selangor
Malah PKR harus sedar bahawa PKR sebenarnya memiliki kerusi DUN paling sedikit dalam Dewan Negeri Selangor. Pelantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pun hanyalah ihsan daripada PAS dan DAP memandangkan Tan Sri Khalid Ibrahim telah berkhidmat dengan cemerlang sebagai MB pada penggal lalu.

PKR parti yang lemah

Isu ini mendedahkan bahawa PKR bukan sebuah parti yang kuat. Ini akan memberi kelebihan besar kepada BN dan UMNO dalam cuba merebut negeri Selangor dalam pilihanraya akan datang. Cukup-cukuplah bergaduh tu.............

Friday, January 3, 2014

Kenapa Exco Agama Selangor tidak dimaklum JAIS ?

Salam,

Kes serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Persatuan Bible Malaysia menimbulkan satu polemik yang dasyhat antara agama di Malaysia.

Lambang JAIS
Namun malangnya, Exco Agama Islam Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor tidak dimaklumkan mengenai serbuan tersebut sedangkan JAIS adalah agensi dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor. Kenapa ini berlaku?

Ibu Pejabat JAIS dan MAIS di Shah Alam
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 (pindaan 2008)

Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat satu pindaan pada tahun 2008 apabila telah meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003. Ketika itu, Exco Agama Islam Selangor adalah Dato' Hassan Ali (yang dipecat dari PAS pada 2012).

Lambang MAIS
Pindaan 2008 telah meletakkan JAIS dibawah kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sepenuhnya, malahan pindaan tersebut meletakkan Sultan Selangor berkuasa penuh dalam melantik Ahli Majlis, MAIS dan berkuasa penuh memberi arahan kepada MAIS.

Sedangkan sebelum ini, Sultan Selangor bertindak hanya selepas mendapat nasihat daripada Menteri Besar dalam melantik ahli majlis MAIS dan memberi arahan kepada MAIS.

Maka tindakan JAIS tanpa merujuk Exco Agama Islam dan Kerajaan Negeri adalah sah di sisi undang-undang.

 Untuk makluman juga, Dato' Hassan Ali masih ahli majlis MAIS dan Exco Agama ketika ini bukan ahli majlis MAIS.

*ini pemahaman saya tentang Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 (pindaan 2008)..jika ada kesilapan sila tegur nye... rujukan klik sini

Sekian