Saturday, April 12, 2014

Albert Einstein dan Israel

File:Einstein 1921 by F Schmutzer.jpg
Albert Einstein
Siapa tidak kenal Albert Einstein...seorang saintis terkemuka dunia yang telah memenangi beberapa Hadiah Nobel dalam bidang Sains terutama Fizik dan Kimia. Sehinggakan gelaran 'Einstein' merujuk orang yang bijak atau genius.

Albert Einstein yang berasal dari Jerman dan kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat menjadi ikon sangat terkenal melalui Teori Relativiti....Teori E=mc2 sangat sinonim kepada beliau. Beliau juga terkenal sebagai pencipta bom atom pertama dunia.

Kaitan Einstein dan Israel

File:Einsteinwiezmann.PNG
Albert Einstein bersama beberapa pemimpin Zionis
Albert Einstein berbangsa Yahudi dan menyokong gerakan Zionism. Namun, Einstein menolak idea negara Israel sebaliknya menyokong penubuhan negara Palestine yang dikongsi antara bangsa Arab dan Yahudi. (1)

Walaupun Einstein membantah penubuhan negara Israel melalui penjajahan Palestine, namun beliau tetap diberi penghormatan yang tinggi oleh Kerajaan Israel.

Pejabat Presiden Israel
Ini terbukti apabila Einstein ditawarkan jawatan sebagai Presiden Israel pada 1952. Namun, beliau menolak tawaran tersebut kerana tidak bersetuju dengan penubuhan Israel melalui penghapusan negara Palestine.

Rujukan

(1) Einstein and Complex Analyses of Zionism, the Jewish Daily, 2009

No comments:

Post a Comment