Sunday, January 27, 2013

20% kepada negeri tidak akan bankrap Petronas

Salam,

Dakwaan bahawa pemberian 20% royalti kepada negeri-negeri pengeluar petroleum dan gas oleh Petronas boleh menyebabkan Petronas atau negara Malaysia bankrap adalah satu dakwaan bohong. Pemberian 20% royalti akan mengkayakan negara Malaysia sebenarnya. Ini fakta :

Ambil contoh Emiriyah Arab Bersatu (UAE)

UAE sama dengan kita, mereka merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem PERSEKUTUAN. UAE hanya berkeluasan 83,600 km persegi dengan mempunyai 7 buah negeri (emirate) iaitu Abu Dhabi, Dubai, Ajman, Fujairah, Ras al-Khaimah, Sharjah, dan Umm al-Quwain.

UAE seperti yang kita maklum adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber petroleum dan gas. Namun, kerajaan persekutuan UAE tidaklah membolot sumber ini sebaliknya meletakkan hal ehwal sumber minyak dan gas kepada kerajaan negeri.

File:UAE en-map.png
                                              Peta negara UAE

File:Flag of the United Arab Emirates.svg
                       bendera UAE

Hasil petroleum dan gas pula diberikan sebanyak 70% kepada kerajaan negeri, manakala kerajaan persekutuan hanya mengambil sebanyak 30% sahaja.

Adakah UAE bankrap apabila kerajaan persekutuan hanya mengambil 30% sahaja hasil???..jawapannya TIDAK !....ini faktanya :

1. Setiap negeri yang kaya hasil petroleum dan gas telah maju dan kaya raya. Negeri yang berkenaan adalah Abu Dhabi dan Dubai.

2. Walaupun kerajaan pusat hanya ambil 30% hasil minyak dan gas..namun kerajaan persekutuan tetap untung besar dari sudut kutipan cukai dimana sudah tentu negeri Abu Dhabi dan Dubai membayar cukai kepada kerajaan persekutuan.

3. Negeri lain yang tiada sumber minyak dan gas juga menjadi kaya raya melalui peruntukan kerajaan persekutuan dengan membangunkan industri yang lain pula.

File:Zabeel Park.jpg
                                                                          Dubai

Akhirnya, setiap negeri UAE sekarang menjadi kaya raya DAN kesannya seluruh UAE adalah kaya, aman dan makmur. Teori domino juga boleh berlaku dalam ekonomi dan terbukti di UAE.

Kesimpulan, percayalah..jika Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Pahang kaya raya melalui hasil petroleum dan gas....seluruh negeri dalam Malaysia juga akan kaya dan kerajaan persekutuan juga menjadi kaya melalui kesan domino ekonomi akibat daripada kemakmuran yang melimpah dari negeri-negeri berkenaan seperti mana yang berlaku di UAE.

File:Abu Dhabi - Family Park Fountain.jpg
                                                             Abu Dhabi

Wednesday, January 9, 2013

Pulau Pinang lahir tokoh terbilang

Salam,

Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang kecil sahaja. Dari sudut geografi, Pulau Pinang merupakan negeri kedua terkecil di Malaysia dengan hanya berkeluasan 1,048 km persegi, besar lagi Daerah Kuala Selangor.


                                 peta negeri Pulau Pinang

Negeri Pulau Pinang terbahagi kepada dua wilayah iaitu Pulau Pinang dan Seberang Perai...yang merangkumi 5 daerah iaitu Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan. Disebabkan keluasannya yang kecil, negeri Pulau Pinang hanya mempunyai 2 Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai



                                                penang bridge


                                       Georgetown, Pulau Pinang

Namun, disebabkan negeri Pulau Pinang bebas daripada cengkaman pemikiran feudalisme..maka negeri ini banyak melahirkan tokoh-tokoh hebat sepanjang sejarah. Ini kerana, rakyat Pulau Pinang bebas pemikiran mereka disebabkan mereka tidak dibelenggu dengan amalan feudalisme.

Tokoh besar yang berjaya dilahirkan Pulau Pinang ialah :

Politik
1. Tun Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia ke-5)
2. DS Anwar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-7)
3. Lim Chong Eu (Ketua Menteri Pulau Pinang ke-2)
4. Koh Tsu Koon (Ketua Menteri Pulau Pinang ke-3)
5. Karpal Singh (Pengerusi DAP)
6. Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS)
Ulama/Tokoh Islam
1. Haji Yusof Rawa (Mursyidul Am PAS pertama)
2. Haji Abdullah Fahem (tokoh Ulama)
3. Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Mufti Perlis dari 2006-2009)
4. Sheikh Al-Hadi (penggerak Ulama muda)
Organisasi
1. Parti Islam se-Malaysia (PAS) - didaftarkan di Pulau Pinang pada 1955 no.daftar 733
2. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) - persatuan pengguna paling lantang
3. Universiti Sains Malaysia (USM) - universiti terbaik Malaysia dan pertama bertaraf APEX
4. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (kini Institut Pendidikan Guru Kampus P.Pinang) - banyak lahirkan tokoh pendidik terbilang
Perniagaan
1. Jimmy Choo (pereka kasut terkenal)
2. Loh Boon Siew (pengasas Honda Malaysia)
Sukan
1. Eddy Chong (juara All England 5 kali)
2. Lee Chong Wei (pemain badmintan no 1 dunia)
3. Nico Ann David (ratu Skuash)
Seni/Budaya
1. P Ramlee
2. Ahmad Daud
3. Hail Amir
4. Razif Ismail
5. Nasir Wahab
6. Pie
7. Pakman Telo
8. Imuda
9. Ahmad Nawab
10. Ahmad Nisfu
11. Nordin Ahmad
12. Alleycats...........dan ramai lagi

Thursday, January 3, 2013

Mufti Perlis difitnah ?

Salam,

Kasihan Mufti Kerajaan Negeri Perlis....

~yang keluarkan kenyataan bahawa berkahwin dalam masjid seperti mengikut adat kristian dan berdosa adalah ahli Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh BUKAN Mufti Perlis, Dr Juanda....tapi tak pasal2..Mufti Perlis yang "dibodohkan" dan "dibengongkan" oleh Ulama terkenal ini..inikah akhlak yg baik..semberono membodohkan org tanpa usul periksa???...berdosa kan fitnah org???...rujuk sini

untuk rekod...Jabatan Mufti Perlis tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian malah menafikannya...dan Datuk Ahmad Jusoh hanya ahli Majlis Agama Islam Perlis dan tiada kena mengena dalam Jabatan Mufti Perlis...

Tapi tak pasal-pasal..ramai menghina dan memaki Mufti Perlis sedangkan beliau tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian....sangat sedih akan hal ini....rujukan


                          gambar hiasan (Dewan Undangan Negeri Perlis)