Monday, April 22, 2013

Menjawab Dakwaan BN 2



Menjawab tuduhan BN 2 :

1.  Apa salah UEC diiktiraf??...jika Australia dan Britain iktiraf, kenapa tak Malaysia sendiri. Lagipun, pengiktirafan itu bersyarat iaitu Bahasa Melayu menjadi syarat WAJIB LULUS oleh UEC.
2. PPSMI hebat dibantah DAP?...baguslah menunjukkan DAP juga perjuangkan Bahasa Melayu. Lagi satu, Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri yang dah mansuhkan PPSMI.
3. Sila namakan ahli Parlimen dan ADUN tersebut...yang pasti Ahli Parlimen Batu Sapi (BN),  Linda Tsen Thau Lin yang terbukti langsung tidak boleh berbahasa Melayu.
4. Kenapa pulak 20% Royalti Minyak dipertikai?..sedangkan Royalti tersebut diberi kepada KERAJAAN NEGERI Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu. Rakyat tetap dapat manfaat.
5. Kelantan layak dapat Royalti melalui Perjanjian antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan PETRONAS pada 1975 yang disahkan sendiri oleh Ketua UMNO Bahagian Gua Musang iaitu Tengku Razaleigh dimana semasa perjanjian tersebut dibuat, Tengku Razaleigh adalah Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas.

baca juga : Menjawab Dakwaan BN 1

Sunday, April 21, 2013

Menjawab Dakwaan BN 1




MENJAWAB TUDUHAN BN 1 :
1. Bagus apa cadangan caruman ni..mengajar suami supaya bertanggungjawab..kerana WAJIB suami tanggung isteri...walau hanya RM100...duit suami duit isteri tapi duit isteri bukan duit suami.
2. Elaun Ibu Tunggal telah kerajaan Selangor bayar kepada yg layak melalui Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)..masalahnya ramai yg saman tu tidak memohon melalui MES..mcm mana kerajaan nak bagi jika tidak mohon???....




MENJAWAB TUDUHAN BN 1 :
1. Kos selenggara lebuhraya dan semua jalan memang sepatutnya ditanggung kerajaan kerana rakyat telah BAYAR CUKAI JALAN setiap tahun. dan itu fungsi cukai dibayar.
2. Tidak akan merencatkan pembinaan lebuhraya baru kerana setiap tahun pun lebuhraya bertol dibina menggunakan duit kerajaan (tak caya, check dalam bajet).
3. Tol di Pulau Pinang dan Selangor tidak dihapuskan kerana hanya KERAJAAN PERSEKUTUAN melalui KEMENTERIAN KEWANGAN/KERJA RAYA yang ada kuasa hapuskan tol dan bukan kerajaan negeri.
4. Saham 20% adalah milik PKNS dan dibeli sejak sebelum 2008. Saham itu tidak dijual sebab ia diguna sbg "cover" disebabkan banyak peruntukan kewangan kepada negeri Selangor "ditahan" oleh menteri kewangan.

Sunday, April 7, 2013

Kajian PRU 13 TERKINI - Perlis

Kajian kelolalan Pusat Kajian Trend Baru Rakyat (PNTRC) sebuah badan bebas yang tidak terikat dengan mana-mana organisasi kerajaan, bukan kerajaan dan parti. Kajian difokuskan kepada pandangan, pendapat rakyat marhen...

Berikut dijangkakan keputusan PRU13 bagi negeri PERLIS

Parlimen
BN = 2 (Padang Besar, Arau)
PR = 1 (Kangar)

DUN
BN = 10
PR  = 5 (PKR = 3, PAS = 2)

DUN PERLIS