Monday, April 22, 2013
Menjawab Dakwaan BN 2
Menjawab tuduhan BN 2 :
1. Apa salah UEC diiktiraf??...jika Australia dan Britain iktiraf, kenapa tak Malaysia sendiri. Lagipun, pengiktirafan itu bersyarat iaitu Bahasa Melayu menjadi syarat WAJIB LULUS oleh UEC.
2. PPSMI hebat dibantah DAP?...baguslah menunjukkan DAP juga perjuangkan Bahasa Melayu. Lagi satu, Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri yang dah mansuhkan PPSMI.
3. Sila namakan ahli Parlimen dan ADUN tersebut...yang pasti Ahli Parlimen Batu Sapi (BN), Linda Tsen Thau Lin yang terbukti langsung tidak boleh berbahasa Melayu.
4. Kenapa pulak 20% Royalti Minyak dipertikai?..sedangkan Royalti tersebut diberi kepada KERAJAAN NEGERI Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu. Rakyat tetap dapat manfaat.
5. Kelantan layak dapat Royalti melalui Perjanjian antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan PETRONAS pada 1975 yang disahkan sendiri oleh Ketua UMNO Bahagian Gua Musang iaitu Tengku Razaleigh dimana semasa perjanjian tersebut dibuat, Tengku Razaleigh adalah Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas.
baca juga : Menjawab Dakwaan BN 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment