Saturday, August 19, 2023

Resepi 4 : Nasi Lemak

NASI
Bahan-bahan
  • Beras
  • Daun Pandan (2 hiris)
  • Santan (1 kotak)
  • Garam
  • Gula
Cara-cara
  • Masak nasi seperti biasa
  • Tuangkan santan 1 kotak
  • Masukkan sedikit garam
  • Masukkan sedikit gula
  • Letakkan daun pandan
SAMBAL
Bahan-bahan
  • 1 labu bawang holand.
  • 5 ulas bawang merah.
  • Halia.
  • Belacan.
  • Ikan Bilis
  • Gula
  • Garam
  • Air Asam Jawa
  • Perisa Tambahan
Cara-cara
  • Blanderkan bawang holland, bawang merah, sedikit halia, sedikit belacan dan ikan bilis.
  • Tumis sampai pecah minyak.
  • Masukkan cili kisar 6 sudu besar.
  • Masukkan gula/nisan, garam, sedikit air asam jawa dan perasa tambahan.
Selepas masak, hidangkan.

Friday, June 30, 2023

Resepi 3 : Sup Kosong

Bahan-bahan
  • Bawang putih (2 ulas diketuk)
  • Kiub ayam (1 kiub)
  • Lada sulah
  • Garam
  • Perencah sup daging & tulang Adabi / Perencah sup sayur 
  • Bawang goreng
  • Daun sup
Cara-cara
  • 5 cawan air dipanaskan.
  • Masukkan semua bahan-bahan di atas.
  • Tambahkan lada sulah dan garam secukup rasa.
  • Biarkan sampai mendidih.
  • Taburkan daun sup dan bawang gorang.
Gaul hingga rata dan hidang.

Resepi 2 : Telur Mata Cili Padi

TELUR
  • Goreng 4 biji telur (deep fried).
  • Jadikan crispy (jangan terbalikkan).
SAMBAL
Bahan
  • Bawang putih (5 ulas)
  • Bawang merah (1 biji)
  • Cili padi merah (5 biji)
  • Cili padi hijau (5 biji)
  • Serai (1 batang)
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Kicap manis
  • Garam
  • Gula
  • Perasa (Ajinomoto)
Cara-cara
  • Kisar bawang putih, bawang merah, cili padi merah, cili padi hijau.
  • Tumiskan bahan kisar tadi bersama 1 batang serai.
  • Tambahkan 1 sudu sos tiram dan 1 sudu sos ikan
  • Tambahkan 1/2 sudu kicap manis
  • Tambahkan sedikit garam, gula dan perasa.
Gaulkan hingga rata dan hidangkan bersama telur mata.

Resepi 1 : Ayam Bakar Mayonis


Bahan-bahan:
  • Ayam bahagian peha yang dibuang tulang
  • 2 sudu mayonis
  • Sedikit Kicap lemak manis
  • Serbuk paprika atau serbuk cili
Cara Penyediaan:
  1. Bahagian ayam telah dibuang tulang
  2. Letakkan 2 sudu mayonis
  3. Campurkan sedikit kicap manis
  4. Letakkan serbuk paprika atau serbuk cili
  5. Gaul sekata
  6. Letakkan pada aluminum foil 
  7. Bakar dalam air fryer pada suhu 200 darjah celcius selama 7-10 minit
Rujukan : Che Sayang