Thursday, December 20, 2012

Negeri mana perkhidmatan pendidikan terbaik ? (Part 1)

Salam,

Negeri mana di Malaysia menyediakan perkhidmatan pendidikan (sekolah rendah) terbaik ?...berikut adalah statistik yang menunjukkan jawapannya. Statistik dikira berdasarkan nisbah guru-murid.


Nisbah ini menunjukkan...jumlah guru dalam per 1,000 murid. Semakin tinggi nilai bermakna semakin baik perkhidmatan pendidikan dapat diberikan kerana guru dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada murid.

Namun, semakin rendah nilai nisbah menunjukkan kebarangkalian yang tinggi negeri berkenaan mengalami masalah kekurangan guru yang sekaligus mengurangkan tumpuan guru kepada murid kerana bilangan murid yang terlalu ramai untuk diurus oleh guru.

NEGERI
GURU(SK)
MURID(SK)
Bil. Guru Per 1'000 Murid
Johor
27,777
344,699
80.58
Kedah
17,447
207,808
83.96
Kelantan
16,043
186,800
85.88
Melaka
7,574
84,328
89.82
Negeri Sembilan
9,708
106,426
91.22
Pahang
14,981
152,581
98.18
Pulau Pinang
10,913
142,020
76.84
Perak
22,333
226,915
98.42
Perlis
2,434
24,075
101.10
Selangor
33,669
520,589
64.67
Terengganu
11,837
128,275
92.28
Sabah
25,211
269,698
93.48
Sarawak
25,409
258,406
98.33
Kuala Lumpur
9,511
134,885
70.51
Labuan
718
7,700
93.25
Putrajaya
748
9,200
81.30

Data menunjukkan..negeri TERBAIK dalam pendidikan (dari sudut nisbah guru-murid) adalah negeri Perlis, Perak dan Sarawak. Manakala negeri TERBURUK adalah Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Memang bukan perkara baru lagi dimana negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang memang mengalami masalah kekurangan guru yang teruk. Pihak Kementerian Pelajaran harus mengambil berat permasalahan ini.

Sekadar kongsi info...
                           pegawai kementerian jangan hanya duduk senang lenang di pejabat

Friday, December 14, 2012

Negeri mana perkhidmatan kesihatan terbaik ?

Salam Sejahtera,

Di dalam menentukan perkhidmatan kesihatan terbaik...salah satu ciri kritikal yang dinilai adalah jumlah katil hospital awam yang disediakan oleh perkhidmatan kesihatan. Ini bermakna (secara teori) semakin banyak katil..semakin baik perkhidmatan kesihatan yang dapat diberikan.


                                            katil hospital sangat perlu

Jika jumlah katil disediakan terhad...dan keperluan banyak..maka sudah tentu pihak perkhidmatan kesihatan tidak dapat menyediakan khidmat dengan baik..malah kebarangkalian besar pesakit disuruh balik sahaja kerana kekurangan katil.

Berikut adalah perbandingan jumlah katil hospital per 1,000 penduduk di Malaysia.

NEGERI
PENDUDUK
KATIL
per 1'000
Putrajaya
72,413
            278
           3.84
Perlis
231,541
            404
           1.74
Johor
3,348,283
         5,010
           1.50
Negeri Sembilan
1,021,064
         1,527
           1.50
Sarawak
2,471,140
         3,615
           1.46
Sabah
3,206,742
         4,446
           1.39
Kuala Lumpur
1,674,621
         2,229
           1.33
Pahang
1,500,817
         1,996
           1.33
Terengganu
1,035,977
         1,372
           1.32
Labuan
86,908
            109
           1.25
Pulau Pinang
1,561,383
         1,930
           1.24
Melaka
821,110
         1,006
           1.23
Kedah
1,947,651
         2,314
           1.19
Kelantan
1,539,601
         1,652
           1.07
Perak
2,352,743
         2,214
           0.94
Selangor
5,462,141
         4,495
           0.82

Jelas menunjukkan bahawa negeri paling baik perkhidmatan kesihatan adalah WP Putrajaya, Perlis dan Johor...manakala negeri paling teruk adalah Selangor, Perak dan Kelantan.


Bukan rahsia lagi masalah di Selangor dimana banyak hospital awam mengalami kesesakan dan kekurangan katil untuk menampung pesakit. Ramai pesakit yang disuruh balik...malah ada yang dipaksa ke hospital swasta yang sudah tentu mengenakan caj yang mahal.

Kementerian Kesihatan Malaysia nampaknya memerlukan transformasi yang besar...berubahlah wahai rakyat.

Sekadar kongsi info

Thursday, December 13, 2012

Krisis Kesihatan di Selangor ?

Salam,


                    peta Selangor

Selangor sedang mengalami satu krisis kesihatan yang teruk tanpa disedari oleh rakyat kebanyakkan. Hospital awam di Selangor sebenarnya tidak mencukupi untuk menampung keperluan kesihatan rakyat negeri Selangor.


                                  bandaraya Shah Alam

Walaupun Selangor mempunyai banyak hospital swasta..namun perlu disedari bahawa tidak semua rakyat mampu membiayai kos perubatan di hospital swasta. Hanya golongan kaya berpendapatan RM 7,000 sebulan dan ke atas mampu ke hospital swasta.

Sedangkan majoriti rakyat tidak mampu sebaliknya terpaksa bergantung sepenuhnya kepada hospital awam untuk mendapatkan rawatan yang perlu. Amat menyedihkan apabila jumlah katil di hospital-hospital awam di Selangor sangat sedikit untuk menampung permintaan yang semakin tinggi.


                            hospital shah alam yang terbengkalai

Lihat statistik dibawah :

Populasi penduduk Selangor : 5.6 juta orang
Hospital awam di Selangor    : 10 hospital awam sahaja!
Jumlah katil seluruh Selangor : 4,495
Katil hospital (per 1,000 penduduk) : 0.80

Lihat perbandingan antara Selangor dengan Malaysia :

Katil hospital (per 1,000 penduduk) Malaysia : 1.28
Katil hospital (per 1,000 penduduk) Selangor  : 0.80

Ini bermakna Selangor mengalami krisis yang teruk dari segi jumlah katil hospital untuk menampung jumlah penduduk negeri. Bermaksud..Selangor alami kekurangan katil hospital yang sangat teruk !. sumber


                                             Hospital Serdang 

Tidak hairanlah jika anda ke hospital-hospital di Selangor khususnya di Serdang dan Sg.Buloh anda akan dapati hospital berkenaan kekurangan katil yang teruk. Terutama di Wad Bersalin apabila (diberitakan) ramai yang terpaksa duduk di lantai kerana kesesakan yang teruk...malah ada yang disuruh balik...ada pula yang ditolak ke hospital swasta.

Jika Kementerian Kesihatan Malaysia tidak mampu mengurus hospital di Selangor..saya cadangkan bidang kuasa kesihatan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor sahaja...itu lebih baik.

Sekadar kongsi info

Tuesday, December 11, 2012

Senarai negara paling banyak hutang

Salam,

Berikut adalah senarai negara di dunia paling banyak hutang. Hutang yang dimaksudkan ialah hutang awam (public debt) iaitu hutang kerajaan pusat samada dengan institusi dalam atau luar negara.

Kiraan adalah berdasarkan peratusan nilai hutang dengan pendapatan negara kasar (GDP) seperti yang diunjurkan oleh IMF (International Monetary Fund). Semakin tinggi nilai peratus hutang...semakin tinggi kebarangkalian negara berkenaan untuk bankrap.

1. Jepun


                                                          Tokyo, Jepun

Hutang negara Jepun adalah 229.77% daripada nilai GDP iaitu paling tinggi di dunia. Ia mencecah $13.64 trillion. Hutang Jepun tinggi disebabkan negara Jepun mengalami beberapa bencana alam yang dashyat iaitu gempa bumi, tsunami dan kebocoran reaktor nuklear.

Wang pinjaman berkenaan digunakan oleh kerajaan Jepun untuk membangunkan semula bandar-bandar yang musnah akibat daripada bencana alam tersebut.

2. Greece

Hutang negara Greece adalah 160.81% daripada nilai GDP iaitu paling kedua tertinggi di dunia. Ini disebabkan sikap kerajaan Greece yang suka berhutang...maka negara mereka telah bankrap pada tahun 2009.

Rusuhan berlaku..ramai kakitangan kerajaan dipecat...dan negara Greece mengalami huru-hara hingga memaksa Kesatuan Eropah (EU) dan IMF campurtangan. IMF telah memberi pakej hutang pada 2010 sebanyak €45 billion (euro)

File:Greece public debt 1999-2010.svg
                hutang negara Greece sejak 1999


                                               negara Greece yang cantik

3. Saint Kitts and Nevis

File:Flag of Saint Kitts and Nevis.svg

Hutang negara Saint Kitts and Nevis adalah 153.41% daripada nilai GDP. Negara yang terletak di Kepulauan Caribbean ini mengalami hutang teruk akibat bencana alam iaitu Taufan Georges pada tahun 1998 yang menyebabkan kerugian sebanyak $445 juta (dollar).

Walaupun bencana berkenaan sudah berlaku selama 14 tahun...namun kesan teruk terhadap ekonomi Saint Kitts and Nevis kekal hingga kini.

File:Stkitts-view-lookingatsea.jpg
                                              Saint Kitts and Nevis negara yang cantik

4. Jamaica

Hutang negara Jamaica adalah 138.98% daripada nilai GDP. Jamaica mengalami krisis rasuah yang sangat teruk hingga menyebabkan negara berkenaan gagal mengurus ekonomi mereka dengan baik.

Ini menyebabkan perbelanjaan kerajaan kekal defisit sejak 1999 dan untuk mengatasi masalah berkenaan Jamaica terpaksa meminjam dengan IMF dan Bank Dunia dengan jumlah pinjaman yang banyak.

File:Kingston, Jamaica.jpg
                                                           Kingston, Jamaica

5. Lebanon

Hutang negara Lebanon adalah 136.22% daripada nilai GDP. Kita sedia maklum bahawa negara Lebanon telah mengalami krisis perang yang panjang. Maka, negara tersebut terpaksa berhutang untuk membangunkan negara mereka daripada perang.


                                                           Beirut, Lebanon

Bagaimana dengan Malaysia?...

Setakat makluman terkini...hutang Malaysia adalah 52.56% daripada GDP. IMF menjangkakan hutang Malaysia akan meningkat ke angka 60% daripada GDP pada 2016.

Segeralah buat perubahan wahai rakyat Malaysia.

Saturday, December 8, 2012

Antara guru agama dan ketua pengarah kesihatan

Salam,

Ramai yang mempertikaikan hukuman ke atas bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman dengan hukuman ke atas guru agama di Labuan. Tulisan ini bukan hendak menghukum atau membela sesiapa...namun mahu menjelaskan dari sudut dasar dan peraturan kerajaan.

Kes 1 : Guru agama JAWI


    lambang JAWI

Qatrun Nada Latfi, guru agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah dipecat selepas didapati menghadiri ceramah Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Labuan.

Kita harus faham bahawa Qatrun Nada Latfi hanyalah guru sementara iaitu dilantik secara kontrak dan boleh ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa oleh JAWI. Malah lantikan beliau tidak diurus oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) melalui waran perjawatan tetapi diurus terus oleh JAWI kerana jawatan itu bersifat sementara.

Walaupun tidak wajar saudari Qatrun Nada Latfi dipecat hanya kerana hadiri ceramah politik..namun dari segi undang-undang...JAWI berhak memecatnya walaupun bermacam alasan tidak munasabah diberikan..kerana itu hak JAWI seperti yang tertera dalam kontrak lantikan sementara itu.

Kes 2 : Ketua Pengarah Kesihatan (Gred Turus II) dan Jururawat Gred U41


             pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya

Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman dan Jururawat, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan adalah kakitangan tetap kerajaan. Keduanya dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan telah disahkan dalam perkhidmatan awam (jawatan TETAP).

Seperti yang kita sedia maklum, setiap pelantikan jawatan tetap oleh SPA atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) adalah melalui waran perjawatan yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Maka, adalah sangat sukar untuk memecat kakitangan kerajaan. Mereka hanya boleh dipecat jika didapati secara jelas membahayakan keselamatan negara, menentang kerajaan, dipenjarakan atau apa-apa yang difikirkan merugikan kerajaan.

Dalam kes 2, kedua-duanya tidak dipenjarakan kerana membayar denda yang dikenakan..kes mereka pun sebenarnya bersifat peribadi. Maka, pemecatan tidak dilakukan sebaliknya tindakan tatatertib lain yang diberikan. Tindakan SPA itu dikira wajar dan adil.

Kesimpulan,

Secara moralnya...pemecatan dalam kes 1 adalah kurang wajar walaupun JAWI berhak melakukannya kerana sudah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia..setiap warganegara berhak mengundi / menyokong mana-mana calon / parti yang mereka sukai. Sekatan kepada penjawat awam..hanyalah sekatan untuk memegang jawatan dalam parti dan BUKAN menghadiri ceramah parti.

Secara moralnya juga adalah tidak wajar dalam kes 2, mereka ditohmah dan dihina kerana kita tidak mengerti apa yang sebenarnya yang telah berlaku. Kalaupun, mereka mengaku salah berkhalwat..ingatlah Firman Allah :

Firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

DAN..ingatlah kisah 2 Sahabat Nabi SAW, Saidina Umar Ibn Khatab dan Abdurrahman bin Auf :
Imam Al Syaukani membaca Surah al-Hujurat ayat 12, Kemudian beliau mengemukakan dalil riwayat al-Hakim daripada ‘Abd ar-Rahman bin ‘Auf (Al-Syaukani, Al-Sail al-Jarar, 4/591 Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah/1405H) :

“Bahawa dia berkawal bersama Umar bin al-Khattab r.ahuma pada suatu malam di Madinah. Ketika mereka sedang berjalan, tiba-tiba ternampak nyalaan api di sebuah rumah. Mereka pun pergi menuju ke situ sehingga apabila hampiri didapati pintunya berkunci, di dalamnya ada sekumpulan orang dengan suara yang kuat.

Lalu Umar r.a. berkata -sambil memegang tangan ‘Abd ar-Rahman-: “Kau tahukah ini rumah siapa?”. Jawab: “Tidak”. Kata Umar: “Ini rumah Rabi’ah bin Umayyah bin Kalaf, mereka sekarang sedang mabuk arak, apa pendapat kau?”. Kata ‘Abd ar-Rahman: “Aku berpendapat kita sekarang telah melakukan apa yang Allah larang, Allah berfirman: “Jangan kamu mengintip”. Kita telah mengintip. Maka Umar pun pergi dan meninggalkan mereka”.( Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai sahih serta sokong oleh al-Zahabi).

Kata al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) :
“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pencegahan) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini” (Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair/1990).

Sekadar renungan...


                                                   Labuan yang indah

Saturday, December 1, 2012

Jangan mudah menghukum Canada

Salam,


                              bendera Canada

Apabila negara Canada mengundi "NO" terhadap resolusi 67/19 pengiktiran Palestine sebagai sebuah negara di PBB...ada ramai dari kalangan kita yang mencemuh negara Canada. Sedangkan ramai yang mencemuh itu tidak faham situasi politik Canada.

Kenapa Canada undi NO ?


                               peta negara Canada

Canada sedang mengalami masalah politik kerana terdapatnya beberapa gerakan menuntut kemerdekaan di wilayah Quebec dan Alberta. Lebih buruk lagi apabila parti pro-kemerdekaan Quebec iaitu Parti Quebecois (PQ) baru sahaja menang dalam pilihanraya Kerajaan Quebec.

Walaupun Parti pro-Canada masih mendapat sokongan kuat rakyat Quebec (51% rakyat Quebec masih mahu Quebec kekal dalam Canada)..namun, pengaruh PQ dikhuatiri semakin kuat akibat daripada kemenangan tersebut kerana margin sokongan yang semakin mengecil.


            Quebec dalam Canada

                bendera Quebec dan Canada

Maka, kerajaan Canada risau sekiranya mereka menyokong Palestine dalam resolusi 67/19..gerakan seperti PQ akan menggunakan isu tersebut untuk bertindak secara keras dalam menuntut wilayah Quebec keluar daripada Canada. Ini akan memberikan ketidakstabilan dalam politik Canada dan dikhuatiri menimbulkan "kesan domino".

Akibatnya, kerajaan Canada terpaksa mengundi NO dalam Resolusi 67/19 yang juga merupakan isyarat daripada kerajaan Canada kepada PQ dimana kerajaan Canada tidak akan mengiktiraf sebarang usaha memecahbelahkan negara Canada.

Canada bukan anti-Islam

Kita harus ingat...Canada adalah negara yang menyokong kuat penubuhan negara Islam Kosovo pada Mac 2008. Canada juga negara yang bertanggungjawab mengheret Serbia untuk menandatangani Perjanjian Dayton ~ iaitu perjanjian yang mewujudkan negara Islam Bosnia.

Canada juga telah menyumbang sebanyak C$144 juta (RM 446 juta) kepada pembangunan Bosnia selepas perang, satu angka yang jauh lebih tinggi daripada sumbangan kerajaan Malaysia.

Kesimpulan...jangan mudah menghukum jika tidak mahir....sekian

                                        bandar Toronto, Ontario, Canada