Friday, January 3, 2014

Kenapa Exco Agama Selangor tidak dimaklum JAIS ?

Salam,

Kes serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Persatuan Bible Malaysia menimbulkan satu polemik yang dasyhat antara agama di Malaysia.

Lambang JAIS
Namun malangnya, Exco Agama Islam Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor tidak dimaklumkan mengenai serbuan tersebut sedangkan JAIS adalah agensi dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor. Kenapa ini berlaku?

Ibu Pejabat JAIS dan MAIS di Shah Alam
Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 (pindaan 2008)

Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat satu pindaan pada tahun 2008 apabila telah meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003. Ketika itu, Exco Agama Islam Selangor adalah Dato' Hassan Ali (yang dipecat dari PAS pada 2012).

Lambang MAIS
Pindaan 2008 telah meletakkan JAIS dibawah kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sepenuhnya, malahan pindaan tersebut meletakkan Sultan Selangor berkuasa penuh dalam melantik Ahli Majlis, MAIS dan berkuasa penuh memberi arahan kepada MAIS.

Sedangkan sebelum ini, Sultan Selangor bertindak hanya selepas mendapat nasihat daripada Menteri Besar dalam melantik ahli majlis MAIS dan memberi arahan kepada MAIS.

Maka tindakan JAIS tanpa merujuk Exco Agama Islam dan Kerajaan Negeri adalah sah di sisi undang-undang.

 Untuk makluman juga, Dato' Hassan Ali masih ahli majlis MAIS dan Exco Agama ketika ini bukan ahli majlis MAIS.

*ini pemahaman saya tentang Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 (pindaan 2008)..jika ada kesilapan sila tegur nye... rujukan klik sini

Sekian

No comments:

Post a Comment