Friday, November 29, 2013

Kelantan GAJI ADUN PALING MAHAL ?

Salam sejahtera....

Kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor telah menjadi polemik media massa kerana kenaikannya dikatakan mencecah hampir 350%. Semua ahli politik samada dari pihak BN atau PR telah memberi komen buruk akan kenaikan tersebut.

Namun, mereka lupa bahawa sebelum Selangor, negeri Sarawak juga telah menaikkan gaji ADUN mereka hingga mencecah 370%.

Untuk mengukur samada gaji ADUN sesuai dengan tugas mereka..kita perlu kira secara matematik supaya kita tahu negeri mana yang gaji ADUN mereka berpadanan dengan tugas mereka. Negeri yang mempunyai nisbah purata gaji penduduk yang lebih besar memerlukan ADUN mereka mempunyai kemampuan kewangan yang lebih besar berbanding negeri yang sedikit purata gaji penduduknya.

Jadual dibawah adalah perbandingan nisbah gaji ADUN negeri-negeri dengan purata pendapatan rakyat negeri masing-masing. Jelas menunjukkan bahawa gaji ADUN paling mahal adalah negeri Kelantan dan gaji ADUN paling murah adalah Pulau Pinang jika diukur nisbah gaji ADUN dengan purata gaji rakyat.

Selangor pula pada ranking ke-8, maka jelas kenaikan gaji ADUN Selangor adalah berpatutan.
Sekian dimaklumkan.

NEGERI
 PENDUDUK
 GAJI ADUN
 PURATA GAJI RAKYAT
 NISBAH
Kelantan
        1,539,601
RM 8,650
RM 8,273
          1.05
Kedah
        1,947,651
RM 6,961
RM 13,294
          0.52
Perak
        2,352,743
RM 7,612
RM 16,088
          0.47
Sarawak
        2,471,140
RM 15,000
RM 33,307
          0.45
Sabah
        3,206,742
RM 7,300
RM 17,242
          0.42
Johor
        3,348,283
RM 8,150
RM 20,911
          0.39
Perlis
            231,541
RM 5,612
RM 15,296
          0.37
Selangor
        5,462,141
RM 11,250
RM 31,363
          0.36
Melaka
            821,110
RM 8,000
RM 24,697
          0.32
Terengganu
        1,035,977
RM 6,112.79
RM 19,225
          0.32
Pahang
        1,500,817
RM 6,012
RM 22,743
          0.26
Negeri Sembilan
        1,021,064
RM 5,500
RM 27,485
          0.20
Pulau Pinang
        1,561,383
RM 6,112.79
RM 33,456
          0.18
Rujukan : gaji ADUN

2 comments:

  1. Saya fikir analisi ini adalah tidak betul kerana risiko tanggungjawab bagi setiap ADUN bagi sesebuah negara itu adalah sama maka imbuhan bagi jawatan tersebut sepatutnya sama atau sekurang-kurangnya sama. Jadi analisis ini adalah satu analisis yang menyimpang. Kalaulah gaji ADUN itu hendak dinisbahkan kepada bilangan penduduk maka gaji ADUN bagi kawasan-kawasan DUN yang penduduknya lebih ramai sepatutnya menerima gaji yang lebih tinggi berbanding yang kurang penduduknya. Contoh: DUN Pandan, Selangor jumlah pengundi 73074 manakala DUN Belawai, Sarawak 4853. Maka YB DUN Pandan, Selangor patut menerima gaji 15 kali lebih besar daripada gaji DUN Belawai Sarawak. Gaji DUN Belawai setelah semakan gaji ADUN Sarawak pada 2013 ialah RM15000.00 maka gaji DUN Pandan sepatutnya RM 225000, patutkah itu wahai Batuapi? Jadi Batuapi betulkanlah kerasionalan nisbah pengiraan matematik anda!

    ReplyDelete
  2. Salam Batuapi, yang saya bagi sebelum ini ialah berdasarkan jumlah pengundi atau rakyat yang berumur 21 tahun ke atas. Batuapi mendasarkan pengiraan gaji ADUN itu dengan nisbah gaji rakyat vs gaji ADUN. Ditakan gaji rakyat Kelantan ialah RM 8,273 dan gaji ADUNnya ialah RM 8,650. Soalan saya ialah bagaimana Batuapi mengira gaji rakyat Kelantan yang dikatakan puratanya hanya RM 8,650 dan Sarawak amat tinggi RM 33,307. Yang RM 33307 bukanlah gaji purata rakyat Sarawak! Ini adalah purata gaji taukeh-taukeh di Sarawak. Saya fikir purata gaji atau pendapat rakyat Sarawak adalah di bawah RM 10000,00, Jadi kalau dinisbah dengan gaji ADUNnya maka gaji ADUN Sarawak ialah 1.5! Justeru Batuapi, gaji ADUN Sarawak lebih tinggi daripada gaji ADUN Kelantan. Renung-renungkan Batuapi!

    ReplyDelete