Sunday, November 10, 2013

Kawasan kejiranan paling bahaya di dunia

Berikut adalah kawasan kejiranan yang perlu anda elakkan pergi ke sana.

1. East St. Louis, Illinois, USA
Kawasan kejiranan paling bahaya di Amerika Syarikat. Dengan kadar jenayah paling tinggi, ramai penduduk telah keluar berhijrah ke tempat lain dan tinggal hanya para gangster, pengedar dadah dan penjenayah.



2. Tiraspol, Republik Transnistria / Moldova
Ibu negara Republik Transnistria, sebuah wilayah dalam negara Moldova yang telah tanpa kebenaran mengistiharkan kemerdekaan daripada Moldova pada 1990. Sehingga kini hanya Russia yang mengiktiraf kemerdekaan berkenaan dan Moldova masih menuntut kedaulatan ke atasnya. Ketidaktentuan politik ini menyebabkan republik ini khususnya ibu negaranya Tiraspol menjadi sangat berbahaya untuk didiami.



3. Nyanga, Cape Town, Western Cape, Afrika Selatan
Kawasan paling berbahaya di Afrika Selatan khususnya di Cape Town bandaraya utama pelancongan dunia. Walaupun pelbagai usaha pemulihan dilakukan oleh Kerajaan wilayah Western Cape dan Kerajaan pusat Afrika Selatan, namun kerana masalah sosial yang teruk di kawasan ini maka segala usaha dilakukan kerajaan telah gagal.



4. Vladikavkaz, North Ossetia-Alania, Russia
Pusat kegiatan utama gerakan pemberontakan ke atas Kerajaan Russia.



5. La Perla, San Juan, Puerto Rico
Kawasan mencatat kadar jenayah tertinggi di Puerto Rico. Puerto Rico merupakan wilayah jajahan Amerika Syarikat, malahan pada 2012 penduduk Puerto Rico mengundi untuk tanahair mereka menjadi negeri ke-51 Amerika Syarikat.




6. Barrio Santa Fe, Bogota, Colombia
Pusat utama penyebaran dadah antara Colombia ke Panama. Kawasan ini merupakan pusat pemprosesan dan pengedaran dadah dan semua pelancong asing dilarang memasuki kawasan ini.



7. Spanish Town, Jamaica
Pusat kegiatan utama jenayah di Jamaica. Masalah kemiskinan menyebabkan penduduk kawasan ini tiada cara lain untuk hidup kecuali dengan melakukan jenayah.



8. Ferghana Valley (sempadan negara Uzbekistan, Kyrgyzstan, and Tajikistan)
Pusat utama kegiatan pemberontakan di Asia Tengah. Al-Qaeda sangat aktif di kawasan ini termasuk juga Taliban.



9. Iztapalapa, Mexico City, Mexico
Kawasan mempunyai kadar jenayah tertinggi di Mexico City. Ia juga merupakan kawasan paling banyak mencatatkan serangan ke atas wanita. Rekod juga menunjukkan kawasan ini mencatatkan satu pembunuhan dalam setiap dua hari.



10. Complexo do Alemao, Rio de Janeiro, Brazil
Kawasan 'favelas' atau setinggan yang paling berbahaya di bandaraya terkenal Brazil iaitu Rio de Janeiro. Polis dan Tentera hampir tidak mampu mengawal kegiatan dadah dan jenayah di kawasan ini.



11. Petare, Caracas, Venezuela
Disebabkan rasuah dan polisi kerajaan yang lemah, ibu negara Venezuela iaitu Caracas kini menjadi pusat kegiatan dadah, gangster dan jenayah terancang. Petare merupakan kawasan paling berbahaya di Caracas.




12. Cite Soleil, Port-Au-Prince, Haiti
Kawasan setinggan yang menempatkan orang-orang miskin di Haiti. Kegiatan jenayah yang tidak terkawal ditambah dengan kewujudan geng-geng gangster menjadikan kawasan yang bahaya untuk didiami.



13. Chamelecón, San Pedro Sula, Honduras
Tempat utama kegiatan dadah dan geng mafia di Amerika Tengah.



14. Solntsevo, Moscow, Russia
Pusat kegiatan mafia di Russia. Menempatkan kumpulan mafia paling berbahaya iaitu Solntsevskaya Brotherhood.



15. Dora, Baghdad, Iraq
Pusat pertempuran antara golongan Sunnah dengan Syiah.

No comments:

Post a Comment