Wednesday, December 7, 2011

Harga petrol di Malaysia...mahal...Gaji rakyat..Murah !!!

Salam...

Di sini saya ingin jelaskan betapa mahalnya harga petrol di Malaysia setelah dihitung kira dengan jumlah purata pendapatan rakyat berbanding harga petrol di negara luar.

Berikut perbandingan antara Malaysia (negara pengeluar minyak) dengan Australia (negara bukan pengeluar minyak) mengikut kiraan dalam Dollar U.S (sebagai standard perbandingan) :


Pendapatan Purata Rakyat (KDNK per kapita / GDP per capita) :

Malaysia : US$ 8,624
Australia : US$ 66,983

Gaji minimum pekerja restoran McDonalds antara Malaysia dan Australia :

Malaysia : US$ 255.72 sebulan (Malaysia tiada undang-undang gaji minimum)
Australia : US$ 2,419.58  sebulan (Australia ada undang-undang gaji minimum)

Harga petrol RON95 :

Malaysia : US$ 0.60 (harga subsidi), US$ 1.18 (harga sebenar)
Australia : US$ 1.33 (harga sebenar tanpa subsidi)

Lihatlah tuan..puan...gaji minimum rakyat Malaysia sangat rendah..hanya sekitar US$ 255 sebulan tetapi rakyat Malaysia perlu membayar harga petrol yang sebanyak US$ 0.60..ia dikira mahal jika dibandingkan dengan kemampuan kewangan minimum rakyat Malaysia...

Sedangkan rakyat Australia mempunyai gaji minimum US$ 2,419 !!!...ini adalah akta gaji minimun yang ditetapkan kerajaan Australia..tetapi rakyat mereka hanya perlu membayar petrol sebanyak US$ 1.33...ini dikira sangat murah dengan kemampuan kewangan minimum mereka....

Sedarlah wahai rakyat Malaysia.......

5 comments:

  1. ape la g banding ngan aus.. nape x baning ngan afrika ke, china ke, singapore ke... lol..

    ReplyDelete
  2. xnk bandingkan dgn Jepun ke US ke Britain ke

    ReplyDelete
  3. Jom pg Aus. nk jd PR sane la

    ReplyDelete
  4. kate nak negara maju, tu banding dengan negara lagi maju..nak maju tapi pergi banding dengan negara miskin dapat apa? ni la yang jadi rosak orang malaysia ni..

    "syukur, negara kita lagi maju dari zimbabwe"<ayat orang melayu lemah

    ReplyDelete
  5. saudra x brpijak d bumi nyata..

    y not saudra pnulis mmbezakn antra pmbangkng d australia brbanding pmbngkang d mlayisa..its better.

    dr situ prsoalan saudra lbh mudah trjwb.

    Insyaallah..

    ReplyDelete