Friday, December 16, 2011

PRU13..Januari ini

Salam...

Saya tak berapa pasti bila tarikh PRU13..hanya Perdana Menteri, Najib Tun Razak sahaja yang tahu....tapi saya sangat yakin bahawa PRU13 akan diadakan pada bulan Januari 2012...sebab makin lama Najib tangguh..makin besar liabiliti yang akan ditanggung UMNO.

Strategi Najib makan diri

Bila Najib umum beri RM100 kepada semua murid sekolah...isu mungkin menaikkan rating Najib..tapi malang..ramai pula ibubapa yang marah..kerajaan dilihat cuba gula-gula rakyat...Najib gagal tarik perhatian rakyat dalam isu ini..

Bila Najib umum pemberian RM500 kepada semua isi rumah bawah RM3,000 sebulan..pun ada bunyi-bunyi sumbang..rakyat jadi marah sebab nampak dah jadi isu politik bila bilik gerakan BN ambil alih proses pendaftaran di beberapa tempat menggantikan LHDN..sekali lagi jadi liabiliti kepada rakyat...

Bila Najib umum SBPA...tak diduga..kakitangan kerajaan yang berjumlah 1.4 juta marah sebab ada term-term yang didakwa akan aniaya kakitangan kerajaan sampai Cuepacs nak buat piket..
Sekali lagi imej kerajaan Najib tercemar...

Itu belum isu NFC..dan banyak lagi...

Jadi..sebelum nama BN/UMNO semakin busuk..baiklah Najib cepatkan PRU13 sementara masih ada yang teragak-agak untuk alih undi kepada Pakatan Pembangkang...

p/s:...aisey..saya kena undi pos la sebab saya jadi petugas pilihanraya bagi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masa PRU13 nanti.....tak sabar nak bertugas...jumpa di PRU13

No comments:

Post a Comment