Thursday, December 8, 2011

Kiraan had kifayah zakat pendapatan kurang tepat...

Salam...

Kiraan zakat pendapatan semua Majlis Agama Islam Negeri-Negeri bagi saya kurang tepat dan tidak mengikut kiraan keperluan hidup semasa....

Jika anda mengira kelayakan zakat pendapatan anda, anda akan dapati had kifayah perbelanjaan diri adalah RM 8,200 setahun. (sebagai contoh rujuk kalkulator Lembaga Zakat Selangor)

Anda setuju dengan had kifayah perbelanjaan hanya RM 8,200 setahun ??..atau bermakna RM 22.47 sehari??...sedangkan perbelanjaan diri sekarang pun akan lebih RM 22 sehari...

Harga makanan yang mahal sekarang (kicap manis cap kipas udang pun dah berharga RM 8)..bermakna sehari seseorang di Malaysia perlu membelanjakan sekurang-kurang RM 30 sehari...itu belum dikira kos pengangkutan..bil-bil dan sebagainya.

ini bermakna sepatutnya had kifayah perbelanjaan diri sepatutnya melebihi RM 50 sehari atau RM 18,250 setahun...jika tidak nanti ada yang terpaksa ikat perut untuk bayar zakat pendapatan...

Saya nasihatkan semasa anda mengira kelayakan zakat..sila tolak had kifayah perbelanjaan diri sebanyak RM 18,250 dan bukan RM 8,200....

sekadar pandangan peribadi....

1 comment:

  1. Saya kurang arif dalam hal ini, boleh tak pihak admin sendiri hantar persoalan ini kepada JAKIM, DAN SEMUA PUSAT ZAKAT NEGERI. Jika dapat jawapan positif atau sebaliknya sila siarkan keseluruhan supaya kami semua tahu duduk perkara sebenarnya.

    HBY

    ReplyDelete