Saturday, December 10, 2011

Perbelanjaan melampau Kerajaan Malaysia ?

Salam....

Ramai tertanya, kenapa Malaysia yang kaya dengan sumber minyak, gas asli, galian (emas,perak), kayu balak, kelapa sawit, sumber perikanan dan banyak lagi..tetapi kekayaan tersebut tidak sampai kepada rakyat..malahan kerajaan dikhabarkan kekurangan duit sehingga terpaksa berjimat cermat...

Sedangkan hasil bumi Malaysia banyak..tetapi kenapa boleh jadi sedemikian...Berikut adalah data  ekonomi Malaysia yang dikeluarkan oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA), Amerika Syarikat....(kerajaan Malaysia mungkin takkan keluarkan data ini secara meluas supaya rakyat tidak tahu)...saya agak la..tapi sila rujuk Jabatan Perangkaan Negara..ada tu semua data

Data ini mungkin berbeza dengan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, IMF..mungkin CIA menggunakan formula kiraan yang berbeza dengan Bank Dunia (data dalam nilai dolar US sebagai standard perbandingan)


KDNK                    : $ 247.781 billion
KDNK per kapita : $ 8,624
Inflasi                    : 1.7 %
Kadar Kemiskinan : 3.6 %
Pengangguran      : 3.4 %
Hutang Luar          : $ 72.6 billion (belum kira hutang dalam negara)
Hasil Kerajaan       : $ 49.56 billion
Perbelanjaan kerajaan : $ 63 billion
Beza hasil-belanja         : - $ 13.44 billion


Lihatlah tuan..puan....pemimpin negara sibuk suruh rakyat berjimat cermat dan belanja berhemah..tetapi kerajaan sendiri berbelanja diluar kemampuan kewangan kerajaan. Kalau hasil negara hanya sekitar $ 49.56 billion..kenapa berbelanja sehingga mencecah $ 63 billion???

Tidak bolehkah dikurangkan perbelanjaan yang mengarut seperti penganjuran F1, citrawarna, pesta air yang jelas tidak memberikan pulangan yang lumayan pun...(pelancong ke Malaysia bukan nak tengok semua tu)...

Ramai pelancong asing datang ke Malaysia hanya semata-mata mahu menjelajah negeri Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Terengganu (sebab negeri tersebut ada hutan dan pulau-pulau yang cantik)...

Tepuk dada..tanya selera...sekadar berkongsi...(nak tau mana saya dapat info??..rajin-rajin google search nye ^-^ )

3 comments:

  1. diorang belanja pegi mana ek.. ke pegi subsidi tuk rakyat, perubatan, pendidikan? ke gaji kakitangan awam.. emmm berfikir jap..:D

    ReplyDelete
  2. admin rajin-rajinlah google search berapa billion perbelanjaan kerajaan ke atas subsidi, pendidikan, perumahan, kesihatan, pembangunan dll.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, bro, boleh tanya x mana dapat sumber2 ni semua. Bagi link sekali kalau boleh ye. Sebabnya bukan apa, menarik juga semua info2 ini, lagipun senang utk sy cari data2 utk assignment kalau ada sumber. Kerapkali saya cari data statistik kt internet tp xdpt.

    ReplyDelete