Saturday, December 17, 2011

Sejarah lama akan berulang...PAS akan bergolak

Salam...

Saya tak suka nak bincang isu politik kepartian..tapi kali ini saya nak kongsi pandangan peribadi saya tentang isu Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa..saya tidak menyokong keduanya..dan tidak pula menentang keduanya..saya hanya pengundi atas pagar.


Saya yakin dan pasti yang Dato' Hassan Ali, mantan Pesuruhjaya PAS Selangor bersama Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS..akan keluar dari PAS dan menyertai UMNO...atau jika mereka tak sertai UMNO pun..mereka akan bersama golongan seperti ISMA, PERKASA atau PEKIDA.

Bukan rahsia lagi bahawa ramai kalangan pimpinan dan ahli PAS Selangor yang kurang senang dengan Hassan Ali berhubung beberapa tindakannya yang didakwa membelakangi dasar PAS Selangor dalam kerajaan pakatan rakyat negeri Selangor.

Antara tindakan Hassan Ali yang kurang disenangi adalah :
1. penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin oleh JAIS
2. penangkapan Bob Lokman oleh JAIS
3. isu bible solar
4. isu serbuan JAIS ke gereja
5. isu tauliah kepada penceramah politik oleh JAIS

Sebagai Exco Agama Islam, Hassan Ali sepatutnya ada kuasa


Walaupun Hassan Ali mendakwa itu adalah kehendak Sultan Selangor...tetapi sesiapa yang faham kerangka politik Raja Berperlembagaan yang diamalkan oleh Malaysia tahu bahawa Sultan Selangor tidak bertindak secara 'unilateral' sebaliknya melalui nasihat-nasihat yang diberi oleh pegawai kanannya.

Sudah tentu Sultan bertindak atas nasihat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)..bukankah Hassan Ali adalah Timbalan Pengerusi MAIS??...dan MAIS pula bertindak atas platform Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor DAN dasar-dasar yang dibuat oleh Jawantankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Negeri Selangor dimana Hassan Ali adalah Pengerusi.

Segala tindakan MAIS, Sultan adalah atas nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor..sudah tentu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan membuat keputusan selepas memperakui keputusan  Jawantankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Negeri Selangor.

Dengan erti kata lain...Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak bertindak secara unilateral tetapi selepas mendapat keizinan daripada MAIS yang dinasihati oleh  Jawantankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Negeri Selangor. Sebab itu ramai ahli PAS Selangor yakin bahawa Hassan Ali adalah 'di belakang' kepada segala tindakan JAIS yang penuh kontroversi. Ramai ahli PAS Selangor berfikir macam itu..saya dah soal ramai di kalangan mereka dan itulah jawapan mereka...

Saya pula (secara peribadi) menganggap bahawa JAIS dan MAIS bertindak tanpa mengikut nasihat Hassan Ali..dan Hassan Ali pula tidak tegas kepada JAIS dan MAIS.. sepatutnya Hassan Ali menggunakan kuasanya sebagai Exco Agama Islam..tetapi dia tidak melakukannya sebaliknya mempertahankan pula MAIS dan JAIS yang ramai pegawainya masih ditakuk pemikiran lama....(kalau salah harap betulkan).

PAS akan kembali bergolak

PAS pernah kehilangan Presiden iaitu Dato' Asri Muda yang masuk UMNO..PAS juga pernah kehilangan Naib Presiden iaitu Dato Nakhaie Ahmad..ramai dah pimpinan PAS yang lari dari Jemaah..yang lari masuk UMNO..yang lari masuk Hizbut Tahrir...yang lari masuk ISMA..yang lari masuk KITA, BERJASA, AKIM

Tapi PAS tetap teguh berdiri..malah makin kuat..PAS ibarat tin kosong di atas air..semakin kita tekan tin kosong itu ke dalam air..semakin kuat daya tin kosong itu menolak kita balik untuk keluar dari dalam air (hukum fizik).

Saya secara peribadi yakin yang PAS akan tetap menang di kemudian hari..sama seperti Ikhwanul Muslimin, Hamas, Parti An-Nahdah, AKP dan banyak lagi parti Islam yang dulu sudah kelihatan lesu dan layu..tapi tiba-tiba menang...

Tanda-tanda sesuatu kemenangan akan hampir adalah apabila terlalu banyak ujian daripada Allah untuk mematangkan seseorang individu atau kumpulan supaya mereka dapat menguruskan kemenangan itu nanti dengan bijaksana...itu yang saya lihat..

dan tanda-tanda kekalahan itu sudah hampir adalah..semakin banyak kesilapan dilakukan oleh individu atau kumpulan itu sehingga memudahkan pihak lawannya menang....

Apa yang saya nampak..PAS semakin banyak diuji..sebaliknya UMNO/BN semakin banyak buat silap....

bersedia menghadapi perubahan yang sangat besar dan bersejarah..wallahualam

No comments:

Post a Comment