Friday, December 9, 2011

Malaysia patut malu dengan negara Liechtenstein

Salam...

Pasti ramai anda di luar sana tidak kenal dengan sebuah negara kecil di benua Eropah...negara tersebut adalah negara Liechtenstein.


Negara Liechtenstein hanya berkeluasan 161 km persegi iaitu separuh keluasan Kuala Lumpur. Ibu negara Liechtenstein ialah Vaduz.





Bahasa rasmi negara Liechtenstein ialah Bahasa Jerman. Jumlah penduduk negara Liechtenstein hanya seramai 36,010 orang sahaja. Negara ini juga tidak mempunyai sumber minyak dan gas, tiada sumber mineral seperti emas dan perak, tiada juga sumber kayu balak.

Namun, negara ini merupakan antara negara terkaya di dunia. Ini terbukti apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita negara Liechtenstein ialah sebanyak US$ 134,915 !!...jauh lebih tinggi daripada Malaysia..di mana KDNK per kapita Malaysia hanyalah sebanyak US$ 8,373.


Ini bermakna purata pendapatan rakyat Liechtenstein adalah 16 kali ganda daripada purata pendapatan rakyat Malaysia. Malahan, kadar pengangguran negara Liechtenstein adalah 1.5% jauh lebih rendah daripada Malaysia (kadar pengangguran Malaysia adalah 3.4%)

Negara Liechtenstein sebenarnya bijak menguruskan ekonomi mereka...walaupun tanpa sumber minyak,gas,galian,kasino..mereka tetap berjaya memajukan ekonomi mereka dengan menjadikan negara mereka sebagai pusat kewangan terkemuka di Eropah (selepas Switzerland dan Luxembourg)

Malah..jumlah syarikat berdaftar di negara Liechtenstein jauh lebih banyak daripada jumlah penduduk..menunjukkan bahawa bijaknya rakyat Liechtenstein dalam perniagaan. Amat malu apabila Malaysia yang dikurniakan sumber minyak dan gas, galian seperti emas, perak..malah negara kita juga memiliki Kasino terbesar di Asia..tetapi kita masih miskin daripada negara Liechtenstein.


Liechtenstein juga mempunyai kadar jenayah paling rendah di dunia..di mana kes bunuh yang terakhir direkodkan adalah 15 tahun yang lalu !!..sedangkan Malaysia..setiap hari ada kes orang kena bunuh...

Malu tak anda ????...berubahlah wahai rakyat Malaysia sebelum terlambat

Berikut ringkasan perbandingan negara Malaysia dengan Liechtenstein


Malaysia
Liechtenstein
Keluasan
329,847 km persegi
161 km persegi
Penduduk
28,334,135
36,010
Ekonomi
Ada sumber minyak, gas, galian (emas,perak), pelabuhan perdagangan, industri perkilangan dan ada kasino.
Tiada sumber asli, tiada kasino, tiada pelabuhan, hanya bergantung kepada sektor kewangan
KDNK
US$ 247.781 billion
US$ 4.797 billion
KDNK per kapita
US$ 8,373
US$ 134,915
Kadar pengangguran
3.4 %
1.5 %

1 comment:

  1. begitu juga dengan kita org melayu ditahan air sendiri patut malu kerana kaum pendatang lebih kaya dan mengaut kekayaan dinegara kita dimana silap nya kita???

    ReplyDelete