Wednesday, December 21, 2011

Negeri mana paling tinggi kadar jenayah ?

Salam..

Hari ini saya hendak kemukakan fakta negeri mana di Malaysia yang mempunyai kadar jenayah paling tinggi...dan negeri mana yang paling selamat diduduki.

Kiraan adalah mengikut kadar jenayah per 100,000 orang penduduk...

Bermakna..jika data menunjukkan bahawa kadar jenayah adalah 989 per 100,000 orang penduduk = negeri tersebut punya kadar jenayah yang sangat tinggi.

dan jika data menunjukkan bahawa kadar jenayah adalah 2 per 100,000 orang penduduk = negeri tersebut punya kadar jenayah yang sangat rendah.

Berikut adalah senarai kadar jenayah per 100,000 populasi di negeri-negeri di Malaysia :

Negeri
Jumlah penduduk
indeks jenayah
jenayah per 100,000 populasi
Kuala Lumpur
1,809,699
18,869
1,043
Selangor
5,180,000
33,814
653
Melaka
770,000
3,600
468
Pulau Pinang
1,578,000
7,354
466
Johor
3,385,000
15,635
462
Negeri Sembilan
1,014,000
4,660
460
Kedah
2,000,000
8,330
417
Perlis
241,000
882
366
Perak
2,393,000
7,387
309
Pahang
1,543,000
4,577
297
Kelantan
1,635,000
4,596
281
Terengganu
1,121,000
2,771
247
Sarawak
2,504,000
4,774
191
Sabah
3,400,000
2,127
63

Jelas menunjukkan bahawa Kuala Lumpur adalah negeri paling tidak selamat dimana kadar jenayahnya sangat tinggi iaitu kadar 1,043 per 100,000 orang penduduk. Manakalah negeri kedua Selangor dan seterusnya Melaka.

Negeri paling selamat pula adalah negeri Sabah dengan kadar jenayah yang rendah iaitu 63 per 100,000 penduduk..diikuti Sarawak dan Terengganu. (tahniah Borneo...bukti Sabah Sarawak makmur dalam Malaysia..takkan nak merdeka jugak kot)..

Saya terima hakikat yang negeri kelahiran saya Kuala Lumpur mempunyai kadar jenayah yang tinggi..mungkin ini harga yang perlu dibayar untuk menjadi negeri kaya kot...apapun Polis Kuala Lumpur kena tingkatkan usaha banteras jenayah dan bukan sibuk nak tangkap mahasiswa atau orang politik.

Polis dibayar gaji untuk banteras jenayah dan bukan banteras ahli politik pembangkang..sebab pembangkang pun bayar cukai. (sekadar nasihat)...

Kesimpulannya...Malaysia semakin tidak selamat..

5 comments:

  1. Yeah!...Borneo juga la...klu bukan ramai PTI di Sabah indeks jenayah lagi rendah.... Orang Semenanjung perlu belajar sesuatu dari Orang Borneo!

    ReplyDelete
  2. sarawak banyak kes. tapi tempat terpencil. kes juga terpencil. tidak jadi kes polis.

    ReplyDelete
  3. orang selangor jahat..hahaa..

    ReplyDelete
  4. Kalau kira percentage camne pulak?

    ReplyDelete