Tuesday, November 27, 2012

Legatum Prosperity Index 2012..Malaysia ranking ke-45

Salam,

Legatum Prosperity Index adalah kajian ilmiah seluruh dunia oleh Legatum Institute iaitu sebuah badan NGO berpusat di London, United Kingdom dan kajiannya ditaja oleh Legatum Center, Massachusetts Institute of Technology (MIT) ~ universiti terbaik di dunia.

Legatum Prosperity Index mengukur kedudukan negara paling makmur di dunia, di mana ukuran berikut diambil kira :

1. Ekonomi
2. Kesihatan
3. Keusahawanan dan Peluang
4. Keselamatan dan Keamanan
5. Pentadbiran Kerajaan
6. Kebebasan Individu
7. Pendidikan
8. Social Capital

Malaysia secara keseluruhannya berada di ranking ke-45 daripada 142 negara, satu kedudukan yang baik kerana dari segi ekonomi Malaysia dikira sangat kondusif untuk pelaburan asing. Namun, ada beberapa faktor perlu diambil kira :

1. Skor bagi Keselamatan dan keamanan Malaysia rendah. Ini bermakna Malaysia bukanlah sebuah negara yang dikira selamat. (ranking 62/142) dan semakin jatuh tahun ke tahun.

2. Skor bagi Kebebasan Individu juga rendah (ranking 111/142).

3. Skor bagi Social Capital juga rendah (ranking 100/142).

4. Skor kepuasan hati rakyat Malaysia hanya 5.79 / 10 sahaja..bermakna rakyat Malaysia tak puas hati dengan kehidupan mereka.

Rujukan klik sini

No comments:

Post a Comment