Thursday, November 22, 2012

Malaysia negara tak bahagia - INI BUKTI KUKUH

Salam,

Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bahawa Malaysia negara ke-8 paling bahagia di dunia..sebenarnya tidak tepat. Jelas bahawa Tan Sri Ismail terburu-buru dalam mengeluarkan kenyataan tersebut.

Sebenarnya memang sudah ada kajian tepat tentang Indek Negara Paling Bahagia di dunia oleh satu badan kajian ilmiah bebas iaitu New Economics Foundation (NEF). NEF adalah sebuah organisasi 'think-tank' yang berpusat di United Kingdom (UK).

Happy Planet Index

Sejak 2006 hingga kini, NEF telah membuat kajian bebas secara ilmiah tentang negara mana paling bahagia di dunia iaitu dikenali sebagai Happy Planet Index (HPI). HPI diiktiraf sebagai sebuah kajian ilmiah yang boleh diguna pakai dalam mengukur negara mana paling bahagia atau tidak.

Dan menurut kajian HPI...Malaysia berada dalam ranking ke-84 daripada 151 negara paling bahagia...ini bermakna Malaysia bukan sebuah negara yang bahagia !...

Ini adalah bukti Happy Planet Index (HPI)...

No comments:

Post a Comment