Salam,
Politik Amerika Syarikat (AS) sangat unik...dari dahulu hingga kini, pengundi Amerika sering membuat perubahan kerajaan. Parti Demokrat, Republikan dan Whig sering bersilih ganti memerintah AS...belum pernah dalam sejarah politik AS, ada parti yang memerintah melebihi 12 tahun..
Namun, walaupun sering bertukar kepimpinan..Amerika Syarikat tetap teguh sebagai antara kuasa dunia yang menguasai dunia sejak penubuhan negara AS pada 1776. Malahan negara AS terus berkembang, dari hanya 13 buah negeri..kini AS mempunyai 50 buah negeri, 1 wilayah persekutuan, 5 wilayah jajahan, 3 wilayah naungan dan 8 wilayah lindungan.
Terbaru, Puerto Rico telah memohon menjadi negeri ke-51 Amerika Syarikat melalui Referendum Rakyat pada 6 November 2012 di mana 61% rakyat Puerto Rico mahu negara mereka menjadi negeri dalam AS.
Puerto Rico
Negara Puerto Rico terletak di Kepulauan Caribean dan berjiran dengan negara Dominican Republic dan Virgin Island.
Puerto Rico berkeluasan 9,104 kilometer persegi (sama keluasan dengan negeri Kedah)...ia merupakan negara pulau dan beriklim tropika. Ibu negara adalah San Juan dan 70% penduduk adalah Hispanik.
Puerto Rico adalah wilayah jajahan Amerika Syarikat (AS) sejak 1898 selepas AS menang dalam Perang Sepanyol-Amerika. Pada tahun 1947, Puerto Rico diberi kuasa autonomi oleh Kongres AS walaupun statusnya sebagai wilayah jajahan AS kekal.
Walaupun ada gerakan menuntut kemerdekaan Puerto Rico, namun tidak mendapat sokongan sebaliknya rakyat Puerto Rico lebih suka jika negara mereka menjadi negeri dalam AS...sama seperti Hawaii dan Alaska yang menjadi negeri AS pada tahun 1959.
bendera Puerto Rico
bandaraya San Juan
Parlimen Puerto Rico (bangunan Capitol)
old San Juan
maklumat lanjut klik Puerto Rico
No comments:
Post a Comment